Petang ni makan bubur jagung. Time rajin sikit la. Kalau time tak berapa nak rajin, ikut apa yang ada. Bukan jadi satu yang rutin pun untuk minum petang. Hihihi..
Letak sagu banyak-banyak pula. Asyikkkkk...
Kalau bulan puasa lagi la. Dalam sebulan puasa tu mesti akan ada hari yang saya masak bubur jagung. Cuma kalau bulan puasa guna setongkol jagung pun dah cukup sebab ada menu lain juga kan.
BUBUR JAGUNG BERSAMA SAGU
3 tongkol jagung
1/2 cawan sagu - basuh dan rendam 15 minit
1 kotak santan
4 cawan air
1 gula melaka
gula pasir ikut manis
1 sudu teh garam
1 helai pandan
1. Hiris jagung ambil isinya sahaja
2. Rebus isi jagung bersama 3 cawan air hingga mendidih
3. Bila mendidih masukkan sagu dan biar hingga sagu jernih sepenuhnya sambil dikacau sekali sekala
4. Bila sagu dah jernih baru masukkan garam,gula melaka dan pandan
5. Bila gula larut baru tambah santan dan sentiasa kacau supaya tidak meruap
6. Sesuaikan rasa
** Masak beberapa jam awal supaya bila nak makan bubur akan jadi pekat..
Saya masak bubur jagung ni pagi tadi lagi. Saja masak awal supaya nak makan nanti bubur sah pekat sedap
Saya memang peminat jagung. Cokodok ke, rebus ke,bakar ke, bubur ke.. Semua saya sukaBak kata orang kampung
Dariapda cempedak baiklah nangka
Daripada takdak,baiklah ada...
Saya pun kalau bubur jagung,kacang memang suka makan dgn biskut cream crackers atau roti.tambah2 klu yg dh di sejukkan dlm peti ais
ReplyDeleteKan.. Makan sejuk-sejuk. Kunyah crwam creaker rangup krup krup.. Asyikkk
DeleteSuka jugak bubur jagung tapi, tak pandai pulak makan ngan biskut. Selalu bubur kacang je makan ngan biskut 😊
ReplyDeleteBubur kacang lagi ngam makan dengan cream creaker. Tapi bubur jagung ni nak ngam kena makan dengan roti kapai(biskut kapal)
DeleteSedap betul bubur jagung makan ramai-ramai!
ReplyDeleteKan
DeleteBubut jagung tak pernah jemu