Saturday, 19 December 2020

TUN RAHAH MENINGGAL

 Semalam petang, negara kehilangan sorang Serikandi Negara iaitu Tun Rahah  Mohamad Noah. 

                        (pic dari The Star) 
Balu kepada Perdana Menteri Malaysia ke-2  merangkap ibu kepada mantan Perdana Menteri ke-6.


Al-Fatihah kepada Allahyarhamah & takziah kepada keluarganya. 

Saya memang menyaksikan majlis pengkebumian Allahyarhamah di TV 1 dari mula hingga selesai. Saya memang mengagumi susuk wajah Tun Rahah ssjak zaman saya masih sekolah menengah. Dulu wajah keibuannya sering memenuhi majalah kewanitaan & juga majalah ilmu. 


Dimakamkan di Makam Pahlawan Masjid Negara bersebelahan makan kekandanya Toh Puan Suhaila yang juga isteri kepada Perdana Menteri ke-3.Kalau tidak silap rasanya Allahyarham Tun Suhaila juga dikebumikan pada hari Sabtu. 

Gambar dari TV 1.DYMM  Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung turut hadir. Disebelah baginda berbaju hitam tu PM Tan Sri Muhyiddin Yassin. 


Saya memang mengadap depan TV melihat pengkebumian ini

Berbaju hitam  dengan face mask hitam ni isteri bekas PM ke-6.. 



Hinggalah  bacaan talqin selesai, terasa seperti saya turut berada di sana. Semoga Allah menempatkan roh alllahyarham serta kaum keluarga kita serta saudara-mara kita semua dalam kalangan orang beriman & mendapat syafaat dari baginda Rasulullah s. a. w. Begitu juga dengan kita semua agar Allah mengurniakan Hasnul Khotimah dipengakhiran hidup kita.. Aamiinn





2 comments: