Sunquick Susu. Minuman yang pernah viral dulu-dulu. Masa tu mana ada boba, mana ada tealive lagi kot. Hihihi
Buatkan Sunquick susu ni untuk upah Cella catkan toilet. Toilet tu jadi peta sebab saya sudah tersalah guna asid untuk bersihkannya. Kesannya jadi peta yang sangat buruk mata memandang.Cella offer diri nk cat tutupkan kawasan berpeta tu. Kurang sikit sakit mata memandang. Sementara ada 1 hari dia lapang tiada kelas. Itupun katanya limited time sampai pukul 12 sahaja dia nak buat assigment dia pula.Berebut juga masa nak catkan sikit toilet yang berpeta tu.
Dia minta upah segelas Sunquick susu. Apalah sangat kan.Bab mengecat bagai memang saya langsung tak pandai & tiada skil.Kalau minta upah setakat segelas sunquick susu, saya boleh sediakan. Tapi saya memang tak suka pun Sunquick susu ni. Pada saya rasa dia macam antibiotic. Tapi Cella kata rasanya macam orange flavour vitagen
SUNQUICK SUSU
2 sudu sunquick
2sudu susu pekat
1/2 gelas air masak sejuk
ais kiub/ketulan ais
1. Tuang 2 susu sunquick dalam gelas & tambah air masak hingga separuh gelas.kacau
2. Bubuh ais kiub atau ketulan ais..
3. Kemudian, baru tuangkan susu pekat & kacau
Anak akak selalu buat sunquick susu ni.Mulanya akak bising lah sebab takut terlebih manis.Bila dah rasa sedap lah pulak , lagi suruh anak buatkan 🤭🤭
ReplyDeleteHihihi... Kalau mak yang dah terpikat rasa, haruslah anak-anak suka... Saya tak suka la pulak sebab saya rasa macam antibiotik.. Hihihi dah tak suka tu macam-macam la kan. Padahal banyak yang suka dari tak suka
Deletetak pernah cuba lagi
ReplyDeleteMencubanya kena masukkan ais dulu WP.. Biar air tu sejuk baru dicampur susu & sunquicknya.. Supaya sebati & tidak berkeladak seperti susu basi. Kena kacau cepat-cepat kasi sebati
Delete