Tuesday, 22 December 2020

SPAGHETTI OLIO SIMPLE SEDAP

Hari ni balik Italy.. Hihihi.....Masak acah-acah Italian untuk kesekian kali. Bila dah tak ada idea, pasta lah jadi penyelamat perut selain mihun. 


Masak sekuali Spaghetti Olio yang simple. Tapi cukup sedap pada selera saya



Takdak ayam, takdak seafood pun. Just guna protien kaya lemak ni jer. Sosej Daging Ramly brand.. Hihihi


Eh.. Terlebih sedap la pulak walupun  simple sahaja. Hari tu anak bujang bawa balik spaghetti Olio. Katanya Haziq ajak support kawan berniaga foodtruck kat Melawati. Dibelikan adiknya spaghetti olio. Beria dia suruh saya rasa masakan kawan depa. Sedap sangat walaupun hanya rencah ayam. Cukup rasa & yang saya boleh cam ada rasa minyak bawang putih & banyak chilly flakes. Hari ni saya cuba inspire dari deria rasa spaghetti olio yang kawan depa masak tu. Saya rasa hampir 95% sama. Lidah saya la. Kalau Chef Joe & Cheff Zubir yang komen memang berasap telinga lagi ni. Hihihi... 

SPAGHETTI OLIO SIMPLE SEDAP
1 paket spaghetti (tapi saya guna yang kecik sikit - vermicelli) 
10 batang sosej daging Ramly-hiris bulat
1 bawang Holland-cincang
10 bawang putih - cicncang
5 sudu minyak bawang putih
1 sudu teh garam
1 kiub ayam
2 sudu chilly flakes
Parsley - cincang

1. Jerang air hingga mendidih.Rebus pasta 5 minit 
2. Panaskan minyak & tumis bawang holland & bawang putih hingga nampak jernih. 
3.Masukkan sosej & goreng hingga nanpak sosej & bawang keperangan. 
4. Masukkan garam, kiub ayam kacau rata
5. Tambah spaghetti rebus. Tak perlu tapis, terus sepit dan masukkan dalam tumisan
6.Kalau rata & jika pasta masih belum lembut, tambah air rebusan pasta anggaran 1/4 cawan & kacau  lagi
7. Tabur chilly fakes dan parsley  cincang. 
8.Tambah minyak bawang putih + bawang putih garing masa hidang. 


Bekal hari ni... Semalam & hari ni banyak guna tenaga membuat operasi 5S..Setiap hujung tahun wajib buat 5S untuk mood baru. Setiap kali nak masuk tahun baru, bulan Disember adalah bulan untuk 5S rumah & tempat kerja. Bukanlah bersih sangat pun.hihihihi... Tapi setiap Disember memang kena buat la sebelum 1 Januari. Baru rasa semangat sikit. Kemudian, start Januari, kumpul lagi segala macam barang untuk 12 bulan berikutnya. Bayangkan la setahun punya hangkut masuk rumah & tempat kerja. Saya bukan pengemas sangat pun, tapi kalau tak di 5S kan, alamat lagi la serabut kepala. Dulu masa anak-anak sekolah, hujung tahun semua pakat ikat segala buku terpakai kat rumah untuk jual kat lori surat khabar lama. Masing-masing berebut time nak jual. Dapatlah habuan beli ais krim. Itu antara moment yang mak-mak akan rasa rindu. 


Budak ni sudah kepenatan online class sambil temankan saya. Semalam dia taknak ikut. Hari ni lega sikit bila cleaner banyak tolong saya.Lunch tadi bawa depa lunch sebab depa banyak bantu. Esok depa kata depa tak dapat keluar lunch. Depa nak bawa bekal nasi. Macam nak join depa la bawa nasi. Tapi nak masak lauk apa la pulak. 


6 comments:

  1. 5s mmg serabut ,nak simpang tak de tempat,nak sisih bila cari terus Tak jumpa. Mkn berjemaah apa pun sodap .dulu masa kerja bekal betik mengkal
    asam rebus yg lain bawak sambal belacan ikan masin telur dadar makan smpi mak mentua lalu pn tak sedar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...
      Sama la saya, bila nak cari srba tak jumpa..
      Tapi kalau tak buat lagi serabut. .
      Tu la, macam teringin nak makan kerabu.tetapi tak tau apa nak dikerabukan..

      Delete
  2. Bodo-bodo tak bagus sebut.
    Kena cari wording lain yang lebih sesuai.
    apa2 pun nampak sedap kejadiannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak...
      Terima kasih WP atas teguran. Saya ubah kepada nama yang lebih baik.

      Delete
  3. Terima kasih bunda.. Semoga bznznya diberkati.. Aminnn

    ReplyDelete