Laksa Lemak Utara.Saya masak hari Ahad baru ni.Laksa Lemak Utara ni antara laksa yang saya sealu masak.Kalau semak balik dalam old post memang tiada laksa utara versi laksa asam yang saya masak.Saya memang tak pandai nak masak laksa asam.Tak cukup kick macam adik saya Achik .Achik pandai masak laksa asam.Saya memang pernah masak laksa asam tapi saya sendiri rasa kureng.Saya lebih tahu masak Laksa Lemak Utara & Laksa Kelantan.Laksa Kelantan kuahnya lemak putih tapi Laksa Lemak Utara kuahnya lemak merah
Laksa Lemak Utara masakan saya hari Ahad .Adahla paling suka laksa lemak utara ni.Dia bukannya reti banyak cakap.Dia bukan reti nak minta tapi kalu saya masak memang berulang dia makan sampai ke malam.Esok pagi nya hari Isnin pun bila saya balik petang tengok kuah & laksa baki semalm tu dah habis.Memang say tahu Adah yang habiskan sebab dia memang suka.Kalau abangnya memang semua laksa pun dia tak makan sebab kuahnya ikan.Mana ada kuah laksa isinya ayam atau daging.Tak tahulah kalu Laksa Singapore yang ada isi ayam dia makan..mana nak cari..hihihihi
Sepatutnya kaya dengan ulaman & bawang besar, limau nipis macam ni...Kalu Laksa Lemak Kelantan kuahnya putih.Kalu di Kedah yang saya tahu ada 3 versi kuah.Laksa Kuah Asam Pedas a.k.a Laksa Asam.Laksa Kuah Belacan (tak pedas) & Laksa Kuah Lemak ni la.Laksa Asam biasa banyak gerai yang jual.Kat pasar malam pun banyak.Laksa Kuah Belacan sedap sangat tapi saya dah jarang jumpa ( atau saya yang jaranng balik Kedah) hihihi.Laksa Kuah Lemak ni memang ada dijual disesetengah gerai & kadang kat pasar malam pun ada jual.Kat kenduri kahwin pun selalu jumpa laksa kuah lemak utara ni.Tapi selalunya saya memang akan masak la kalau nak makan.Kalau di Kedah Laksamnya memang kuh macam ni kuah lemak merah ni.Kalau dulu jangan la cari laksam kuah putih kelantan tu memang tiada.Cuma sekarang rasanya sudah ada sebab ramai yang sudah mula pelbagaikan .Tapi itu dipanggil laksam kelantan la.Kalau laksam Kedah memang kuhnya gini.Laksamnya sama juga dibuat dengan tepung beras & kukus & digulung sama juga.Ulaman pun lebih kurang sama.Cuma kuahnya berbeza
Saya masak kuah hanya guna 4 ekor ikan selayang tapi ikannya size agak besar.Ada la dalam 1/2 kg .Tapi sebab tekak dah nak makan juga.Masak la juga walupun ikan hanya ada 4 ekor.Bilangan ikan bukan jaminan kuah sedap atau tidak.Hihihihi
Laksa Lemak Utara:
1 bungkus laksa kering( rebus lembut)
1/2 kg ikan selayang
1 bungkus (2 sudu besar) rempah kari ikan
1 biji kelapa parut- perah santan pekat agak-agak 3 cawan..x perlu banyak sangat sebab nanti akan guna banyak air masa blend ikan
5 asam keping
garam & sikit je gula
daun kesum /bunga kantan pun boleh
sikit minyak untuk tumis
5 bawang kecil-hiris
2 bawang putih-cincang
Ulaman:
1 ikat daun selom-
1 timun - potong bentuk batang mancis
1 Bawang besar-belah 2 & hiris nipis
cili padi- jika suka potong2
Limau nipis- belah2 & buang tengahnya
1. Ikan yang dah direbus diambil isinya & blend bersama air secukupnya.Ketepikan.
2. Blend kepala & tulang2 ikan hingga halus & tapis untuk ambil airnya...Ulang tambah air & tapis sisa tulang.
3.Panaskan anggaran 1/2 cawan minyak & tumis bawang kecil & bawang putih hingga garing
4.Masukkan rempah kari yang dah dibancuh dengan 1 cawan air.Biar hingga garing & naik minyak
5.Masukkan isi ikan yang dah blend & air tapisan tulang-tulang ikan.
6. Tambah garam,asam keping ,bunga kantan & biar hingga mendidih beberapa minit.
7.Tambah santan pekat & daun kesum & biar mendidih sekejap sebelum ditutup api...
8. Bila sentiasa dipanaskan kuah akan semakin pekat..Boleh saja tambah air untuk sesuaikan pekatnya.
Ulam pun tidak cukup syarat.Hanya ada timun ,bawang & cili sahaja.Sepatutnya ada daun selom atau pucuk putat baru ngam nak makan laksa lemak ni.Masa kanak-kanak memang gini la makan laksa.hanya ulam timun.Masa kanak-kanak & kebanyakan kanak-kanak pun memang tak suka ulaman daun-daun.Tapi bila dah berumur,ulam-ulam tu lah nak extra.
Oh, baru sy tahu ada Laksa Lemak utara ni, Mgkin sbb kedudukan kg mertua dekat dgn Penang, kami lbh byk makan Laksa Penang. Sy plak bukanlah peminat Laksa Penang, kalau ada sy makan, Tak ada sy Tak cari, tapi kalau Laksa Lemak mmg favourite la, haha.. tu pun bukanlah suka sgt, kalu Tak ada sy Tak cari jugak.
ReplyDeleteTak silap sy, Laksa sarawak Tak gunakan ikan, bolehlah si abang makan, hehe.
P/S walaupun orang JOHOR, sy Tak pernah lagi masak sendiri Laksa JOHOR, tapi mmg tu favorite sy
Panjang plak komen pasal Laksa ni
Nanti tahun depan kalau raya turn Kedah boleh pi umah saya kat sana pekena laksa ni SK.. Hihihi.. Tak lama dah pun. Lagi 2 minggu masuk tahun baru 2021 dah.. Bulan April puasa. Bulan Mei dah raya.
DeleteSedapnyee.. hujan² ni lapar pulaknye kak 😊.
ReplyDeleteHujan-hujan, jangan kata laksa Jaja.. Ubi rebus pun sedap
DeleteNampaknya macam sedap
ReplyDeleteKena cuba makan ni WP.. Hihihi
DeleteSemua laksa mmg faveret tapi malas msk sbb sendiri makan.tak beli yg di kedai biasanya order yg dah tau mana yg sedap
ReplyDeleteKalau jumpa yang sedap baik beli sahaja. Saya masak sebab laksa lemak kuah merah ni tak nampak lagi orang jual kat sini.
DeleteSaya apa jenis laksa pun dari kecil sampai ke lah ni tak minat.sedap mcm mana pun org cerita saya tak terliur
ReplyDeleteTak minat betul tu.. Hihihi..
Delete