Saturday, 19 December 2020

GULAI BETIK DENGAN SARDIN TIN

 

Gulai Betik Dengan Sardin Tin..Antara lauk nostalgia saya juga ni..

Hari tu asyik ubi kayu. Ni pasal betik pula. Gulai Betik ni gulai kari la. Kari betik mengkal dengan sardin. Memang sardin, bukan mecerel. Dulu-dulu mak saya pernah juga masak gulai betik mengkal ni. Tapi selalunya masak dengan ayam kampung. Jarang la mak masak dengan sardin sebab mak saya memang tak makan sardin.Kalau lauk dari betik memang mak & orang kampung saya akan masak kari dengan ayam. Tidak kiralah makanan harian atau pun kenduri kahwin. Kalau kenduri kahwin pun kari ayam akan dicampur betik. Kalau  daging pula akan dikari bersama ubi keledek atau nangka muda. Selalunya betik mengkal la sedap dicampur kari ayam. Kalau betik muda yang isinya masih putih selalunya direbus sebagai ulam sahaja. Pernah jugalah sesekali mak masak lemak putih betik. 



Dalam buku Sains Rumah tangga masa form 2 ada disertakan resipi salad betik. Saya masih ingat baham yang digunakan hanya garam, gula dan cuka dicampur bersama betik muda yang dihiris nipis.Diperap & kemudian dibuang airnya. Namanya salad betik, tapi saya rasa macam jeruk betik. Tapi sekarang kalau betik mengkal ni senonim dengam somtam la. Somtam ni kawan baik tomyam. Pada tekak saya somtam & tomyam yang peling sedap pernah saya makan di One Segamat. Somtamnya cukup masam manisnya & pedasnya. Tomyamnya jenis pekat pun sangatlah sedapnya. Pernah beberapa kali makan masa Adah masih belajar di UiTM Segamat beberapa tahun lepas. Tapi kari betik saya tak tahulah ada jual ke tidak dikedai-kedai makan sebab selalunya kari betik masak sendiri sahaja kalau nak makan. 



KARI BETIK DENGAN SARDIN
1 tin kecil sardin
1/4 biji betik mengkal
3 cawan santan cair
1 asam keping
garam
2 sudu rempah kari ikan
3 sudu minyak

Bahan tumis:
2 bawang merah
1 bawang putih
1 tangkai daun kari

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis
2. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan ½ cawan air
3.Masak sampai naik minyak
4. Masukkan betik dan tambah santan.
5. Masak hingga betik empuk baru dimasukkan asam dan garam
6. Masukkan pula sardin bersama sosnya..
7. Sesuaikan rasa
8. Untuk kuah cantik,kecilkan api dan biar mendidih perlahan sekejap sebelum dimatikan api

** Lebih sedap jika dimasak beberapa jam awal supaya rasa lebih sebati. 


4 comments:

  1. Replies
    1. Kalau masak dengan ayam kampung @ ayam pwncen lagi sedap WP.. Betik juga membantu melembutkan ayam kampung @ ayam pencen yang keras kerana betik mengandungi papain yang mengurai protien (dari info guru Sains saya masa darjah 6 tahun 1980's dulu)

      Delete
  2. Ini masakan yg sy tak pernah makan tapi kalau kari sardin memang sy suka sangat

    ReplyDelete