Thursday, 17 December 2020

BETIK MASAK vs BETIK MENGKAL

 Antara buah yang saya suka ialah betik. Sejak kecik makan betik. Sampai dah berumurpun suka betik. Bezanya dulu makan betik percuma pokok sendiri. Sekarang makan betik pokok orang & memang kena beli la. 

 Betik masak merah. Bukan ayam masak merah. Sedap betik ni manis & juicy. Tengok betik masak ni teringat dalam buku Sains Rumah Tangga form 1 dulu-dulu ada diajarkan cara hidang buah. Masih terbayang gambar dalam buku teks tu, buah manggis dihidangkan dalam pinggan hidang dengan kulitnya dipotong separuh menampakkan bahagian atas isinya. Begitu juga buah rambutan dihidangkan dengan separuh kulit bawahnya sahaja menampakkan isinya yang seksi. Manakala buah betik pula dihidangkan siap dipotong & diletakkan sepotong limau nipis. Masa tu saya terfikir kenapalah betik tu dah elok-elok manis, dihidangkan dengan limau nipis yang masam. Berpuluh tahun kemudian, bila dah ada Astro saya selalu nampak dalam chanel 703 & 707 memang omputih makan betik mereka akan perah limau nipis atas betik sebelum memakannnya. Sekali lagi saya terfikir kenapalah buah yang sudah manis dimasamkan dengan limau nipis? Hihihi, manusia ni complicated. Saya pun selalu marah diri saya, kerana suka fikir perkara yang tidak patut fikir. Suka semakkan kepala... Hihihi

Betik masak vs betik mengkal. Dua-dua saya suka. Dua-dua ada keistimewaan sendiri. Dua-dua ada kenangannya dalam hidup saya. Dulu-dulu masa zaman kanak-kanak kat kampung, seingat saya orang kampung saya tak reti makan betik masak. Bagi kami semua betik masak lembik tu hanya untuk burung, tupai, keluang & ayam itik sahaja. Kami hanya akan makan betik yang mengkal sahaja. Yang masih rangup. Dulu tengok orang beli betik saya pelik. Sekarang saya sendiri beli betik, tak la pula saya rasa pelik.. Hihihi


Betik masak. Merah cantik isinya. Manis rasanya. Banyak bijinya. Kalau kat kampung bolehlah tabur bijinya. Manalah tahu ada rezeki tumbuh pokok betiknya. Untung nasib tumbuh pokok betina & berbuah lebat. Kalau untung nasib tumbuh pokoknya jantan dapat makan pucuk & bunganya sebagai ulam dan  sayur. Macamana nak kenal pokok jantan & betina.? Pokok betina bunganya keluar dari celah ketiak pelepah daun. Pokok jantan bunganya keluar tangkai panjang berjuntai & dihujung tangkai panjang tu bunganya berjambak. Saya pernah baca info pertanian. Masa kita semai biji benih ia akan tumbuh anak benihnya. Masa kita cabut anak benih untuk diubah kita sudah boleh kanal jantina betik. Anak pokok yang ada akar tunjang lurus memanjang tu adalah anak pokok betik jantan. Kalau ditanam maka jadilah pokok betik jantan. Anak pokok betik betina mempunyai akar serabut & tiada akar tunjang. Info yang saya baca tu beserta gambar anak pokok betik yang dicabut & memang nampak perbezaan jenis akar tunjang & ada jenis akar serabut. Semoga bermanfaat kepada yang nak tahu. Walluhu'alam. 


Bila dah dibuang bijinya barulah nampak bersih & selera nak makan. 

Separuh saya potong untuk terus makan. Separuh lagi saya wrap dengan plastic clibg &  simpan dalam peti ais supaya lebih enak dimakan. Sebenarnya betik ni selain sedap dan menjadi favourite saya, saya juga makan betik ni sebagai pelawas.Kadang kalau ada masalah membuang, memang saya akan makan betik sebagai pelawas & in sha allah memang menjadi. Makan waktu malam. Esok pagi... Lajuuuuuuu sahaja.. Hihihihi

Betik Mengkal. Hari ni saya ada masak betik mengkal ni jadikan lauk. Tapi nak cakapnya betik mengkal ni famous dijadikan som tam la kan.Dulu-dulu kat pekan tepi stesen basa Mara, selalu nampak orang jual jeruk betik dalam balang  besar tu. Kalau kat kampung saya zaman kanak-kanak dulu betik mengkal ni selalu jadi kudapan petang sambil mak-mak bergossip. Dimakan bersama colek atau cicahan khas dibuat menggunakan garam, belacan, cili padi, gula yang banyak dan air asam jawa pekat. Semua tu dipicit-picit hinga pekat sebati. Betuk dihiris hiria d dicicah dalam colek pekat tadi. Sedap makan beramai-ramai waktu petang sambil berbual. Memang tak sedar semangkuk colek tu habis. Satu lagi menu yang saya pernah tengok mak buat ialah halwa betik. Betik diukir bentuk bunga & ada yang dianyam kemas. Ada beberapa prosesnya & dimasukkan dalam air gula pekat yang diulang masak selama beberapa hari. Pernah menjadi salah satu hidangan raya zaman kanak-kanak saya. Hampir setiap rumah ada pokok betik yang hidup subur dibelakang dapur. Saya masih ingat & dapat bayangkan lagi dulu-dulu kebanyakan pokok betik tumbuh subur dibelakang rumah berhampiran "pondok termenung". Hihihihi

8 comments:

  1. Saya pun peminat betik.sekali klu beli sampai 2 biji tapi yg kecik2 lah
    Potong sejukkan dan makan
    Nyaman.yg betik yg di ukir dan di halwakan sering kali di jadikan sebahagian isi dulang waktu bertunag atau nikah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan hasnaamuaz.. Betik solo yang kecik-kecik tu sedap sangat kan.
      Manis

      Delete
  2. Saya pun suka betik 😊. Betik mengkal kalau dimasak tumis pedas sedap kak. Mak saya selalu masak dulu², tapi saya tak pernah masak sendiri 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Jaja.. Saya pernah juga pernah masak pedas tu memang sedap. Bagi mak-mak la memang sedap.. Hihihi

      Delete
  3. Oo baru tahu boleh beza kan anak pokok jantan & betina masa alihkan anak pokok.Selama ni sebarang je tanam,alih2 dah besar betik jantan rupanya.
    Kami ada juga tanam beberapa pokok betik tapi sejak2 ni buahnya kurang elok sebab dijangkiti lalat buah.Tapi kena juga ada stok betik utk memudahkan buang air terutama utk akak lah.🤭🤭
    Betik ni sedap bila disimpan dalam aisbox,sejuk je terutama mhakan waktu cuaca panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Memang bagus untuk lawas kan.. Lagi bagus tu tinja pun bau betik🤣🤣🤣
      Makan waktu cuaca panas memang heaven kan

      Delete
  4. Baru ku tahu cara nak kenal jantan betina,tengok akarnya...👌

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dapat ilmu dari perkongsian group pertanian. Saya panjangkan kepada yang berhajat. Semoga pahalanye mengalir kepada tuan asal yang kongsi ilmu bermanfaat ni

      Delete