Saturday, 12 December 2020

REZEKI PKPB 2.0

Beberapa hari lepas bertembung dengan pengerusi persatuan penduduk dalam lif. Katanya beliau baru balik dari menerima bekalan bantuan PKPB untuk diagihkan kepada 30 orang penduduk yang layak. Kata beliau mungkin nama saya tersenarai. Jika ada akan dimaklumkan kemudian
Malam semalam sudah hampir 12 tengahmalam terima jemputan melalui  whatsApp daripada beliau memaklumkan majlis penyerahan bantuan tersebut akan diadakan di pejabat persatuan penduduk pada hari Sabtu 12 Disember 2020 pukul 10.00 pagi. Semua penerima diwajibkan memakai pelitup muka & mematuhi SOP covid 19.

Sumbangan yang diterima hari ini.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menurunkan rezeki ini melalui  bantuan PKPB 2.0.Perasaan bercampur baur. Segan juga hendak menerima, terasa diri masih ada kudrat untuk mencari rezeki. Masih ada pendapatan saat ramai yang kehilangan kerja. Dalam masa yang sama, sangat bersyukur atas ingatan & keperihatinan persatuan penduduk, surau perumahan & semua yang terlibat memilih saya sebagai salah seorang penerima bantuan ini. Terasa diri diperhati & ada simpati yang dihulur sebagai tanda masih ada yang mengambil tahu.Bila orang memberi bukan semuanya  bermaksud kita tiada, tapi lebih kepada tanda ingatan kita tidak berseorangan. Ada insan-insan yang prihatin. Alhamdulillah. 

Ketika saya menunggu dilobby lif. Datang seorang wanita yang saya agak umurnya lingkungan 30an,menegur saya. Saya memang tidak perasan wajahnya kerana masing-masing memakai pelitup muka. Melihat saya mengendong barangan ini,dia menegur adakah saya dari majlis penyampaian sumbangan itu & saya mengiakan. Katanya dia juga sspatutnya mendapat sumbangan itu tapi kali ini namanya tiada dalam senarai. Saya serba salah.Tapi sempat saya katakan mungkin pemberian ini secara berperingkat & barangkali namanya ada dalam peringkat yang seterusnya. Tiba di rumah saya terfikir, kenapa tidak saya kongsikan sahaja sebahagian barangan itu tadi bersamanya.? 

6 comments:

  1. Alhamdulilah rezeki mak cella sekeluarga.Tempat akak pun yb ada gitau siapa yang nak kan bantuan jumpa beliau.Akak cakap dengan suami tak payah lah sebab ramai lagi yang memerlukan.Walaupun tak kaya tapi cukup lah seadanya setakat ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. الحمدالله...rezeki anak-anak..
      Kalau saya pun disuruh berjumpa YB untuk meminta bantuan,rasanya tidak terpergi saya.. Hihihi

      Delete
  2. Allahhumma.nikmat apA yg aku peroleh dan diperoleh dia antara makhlukmu, yg esa dan tidk bersekutu.makA bagimu segala syukur..alhamdullilah

    ReplyDelete
  3. Syukur alhamdulillah. Rezeki tak pernah salah alamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Betul, walaupun mereka tahu saya bekerja tetapi ada sudut lain yang mereka adili melayakkan saya menerimanya

      Delete