Antara buah yang saya suka ialah betik. Sejak kecik makan betik. Sampai dah berumurpun suka betik. Bezanya dulu makan betik percuma pokok sendiri. Sekarang makan betik pokok orang & memang kena beli la.
Betik masak vs betik mengkal. Dua-dua saya suka. Dua-dua ada keistimewaan sendiri. Dua-dua ada kenangannya dalam hidup saya. Dulu-dulu masa zaman kanak-kanak kat kampung, seingat saya orang kampung saya tak reti makan betik masak. Bagi kami semua betik masak lembik tu hanya untuk burung, tupai, keluang & ayam itik sahaja. Kami hanya akan makan betik yang mengkal sahaja. Yang masih rangup. Dulu tengok orang beli betik saya pelik. Sekarang saya sendiri beli betik, tak la pula saya rasa pelik.. Hihihi
Separuh saya potong untuk terus makan. Separuh lagi saya wrap dengan plastic clibg & simpan dalam peti ais supaya lebih enak dimakan. Sebenarnya betik ni selain sedap dan menjadi favourite saya, saya juga makan betik ni sebagai pelawas.Kadang kalau ada masalah membuang, memang saya akan makan betik sebagai pelawas & in sha allah memang menjadi. Makan waktu malam. Esok pagi... Lajuuuuuuu sahaja.. Hihihihi
Betik Mengkal. Hari ni saya ada masak betik mengkal ni jadikan lauk. Tapi nak cakapnya betik mengkal ni famous dijadikan som tam la kan.Dulu-dulu kat pekan tepi stesen basa Mara, selalu nampak orang jual jeruk betik dalam balang besar tu. Kalau kat kampung saya zaman kanak-kanak dulu betik mengkal ni selalu jadi kudapan petang sambil mak-mak bergossip. Dimakan bersama colek atau cicahan khas dibuat menggunakan garam, belacan, cili padi, gula yang banyak dan air asam jawa pekat. Semua tu dipicit-picit hinga pekat sebati. Betuk dihiris hiria d dicicah dalam colek pekat tadi. Sedap makan beramai-ramai waktu petang sambil berbual. Memang tak sedar semangkuk colek tu habis. Satu lagi menu yang saya pernah tengok mak buat ialah halwa betik. Betik diukir bentuk bunga & ada yang dianyam kemas. Ada beberapa prosesnya & dimasukkan dalam air gula pekat yang diulang masak selama beberapa hari. Pernah menjadi salah satu hidangan raya zaman kanak-kanak saya. Hampir setiap rumah ada pokok betik yang hidup subur dibelakang dapur. Saya masih ingat & dapat bayangkan lagi dulu-dulu kebanyakan pokok betik tumbuh subur dibelakang rumah berhampiran "pondok termenung". Hihihihi
Saya pun peminat betik.sekali klu beli sampai 2 biji tapi yg kecik2 lah
ReplyDeletePotong sejukkan dan makan
Nyaman.yg betik yg di ukir dan di halwakan sering kali di jadikan sebahagian isi dulang waktu bertunag atau nikah
Kan hasnaamuaz.. Betik solo yang kecik-kecik tu sedap sangat kan.
DeleteManis
Saya pun suka betik 😊. Betik mengkal kalau dimasak tumis pedas sedap kak. Mak saya selalu masak dulu², tapi saya tak pernah masak sendiri 😂
ReplyDeleteBetul tu Jaja.. Saya pernah juga pernah masak pedas tu memang sedap. Bagi mak-mak la memang sedap.. Hihihi
DeleteOo baru tahu boleh beza kan anak pokok jantan & betina masa alihkan anak pokok.Selama ni sebarang je tanam,alih2 dah besar betik jantan rupanya.
ReplyDeleteKami ada juga tanam beberapa pokok betik tapi sejak2 ni buahnya kurang elok sebab dijangkiti lalat buah.Tapi kena juga ada stok betik utk memudahkan buang air terutama utk akak lah.🤭🤭
Betik ni sedap bila disimpan dalam aisbox,sejuk je terutama mhakan waktu cuaca panas.
Kan... Memang bagus untuk lawas kan.. Lagi bagus tu tinja pun bau betik🤣🤣🤣
DeleteMakan waktu cuaca panas memang heaven kan
Baru ku tahu cara nak kenal jantan betina,tengok akarnya...👌
ReplyDeleteSaya pun dapat ilmu dari perkongsian group pertanian. Saya panjangkan kepada yang berhajat. Semoga pahalanye mengalir kepada tuan asal yang kongsi ilmu bermanfaat ni
Delete