Friday 30 September 2022

REZEKI JUMAAT

Salam Jumaat penuh barokah..



Pagi ni sarapan roti wholemeal bakar disapu mentega dan dua biji telur rebus...Juga secawan kopi O panas.



Baca dalam group whatsApp...Ekin pelawa suruh ambil  cenderahati dan jamah oleh-oleh buahan kering dari Tanah Suci Mekah.. 
Ekin pergi umrah awal bulan baru ni..
Ekin la yang kongsi rezeki LEMPENG DALAM KOTAK ... hari tu.Menarik perkongsian rezeki Ekin masa tu ada lempeng dan sambal serta dessert.

Semua dapat sorang satu naskhah surah yassin dan seutas tasbih biru..
Terima kasih Ekin..
(ala...Ekin bukan baca blog ni..takda sesapa pun rakan-rakan saya yang tau blog ni kecuali norimah dan hasuzana kot..🤭)


Baru je dapat lagi rezeki Jumaat...
Alma datang bagi box ni..Katanya hari ni birthday dia...
Laaaa....tak tau pun,takda la beli apa-apa..
Bukan ke selalunya orang yang bagi hadiah kat birthday boy/girl..ni dah terbalik...hihihi
Jom,buka...

Ada  Hershey's Kisses Chocolate dan sehelai tuala tangan digubah seperti mini bear.Cantik tuala buat macam tu..comel!
Kata-kata pada kad pun menarik dan positif 
"Bersama Menuju Kejayaan"
Kenapa saya sangat lah mengantuk niiii...
Baru pukul 11.30 pagi..tapi mengantuk yang amat...
Tengah mengadap pc ni entah apa-apa yang saya taip penuh typo... rasa nak ja letak kepala atas meja & zzzzzz...!

12 comments:

  1. sama menu bfast..2 pcs roti wholemeal but without the coffee & egss...spread ngan peanut butter jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan roti ni bakar akan rasa rangup cebisan sekam gandum

      Delete
  2. eh lupa nak komen, comei nya teddy bear from towel tu...cute sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...
      Nanti saya nak try buka dan try buat semula ikut lipatan

      Delete
  3. Lumayan rezekinya alhamdulillah...
    Cutenya towel teddy bear tu.

    ReplyDelete
  4. Syukur.. rzki jumaat..
    Towel teddy bear tu mmg ohsem!! 🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...saya pun mula ingatkan keychain teddy bear tu..rupanya towel

      Delete
  5. Saya pulak mengantuk sangat lepas balik kerja. Adui! Rasa nak tidur sampai ke malam!
    Teddy bear tu cute betul. Eh, sama warna tuala teddy bear tu dengan tuala yang saya dapat,entah hadiah apa saya pyn lupa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah buka hadiah tu nanti update cikgu .🤭

      Delete
  6. Bsstnya makan roti bakar...ada strawberry jam ke..peanut butter ke..mesti best...

    ReplyDelete