Saturday, 3 July 2021

SAMBAL SOTONG KELAR,AYAM KICAP TOGEL & IKAN GORENG SEKETUL

 

Lauk Sambal Sotong Kelar.Sambal sotong biasa ja.Cuma kelar sebab takmau potong putus.
Selalu saya masak kari memang akan kelar sotong macam ni.Cari oldpost jumpa la kari sotong bulan Ramadhan 8 tahun lalu..hihihi
KAT SINI...Pastu jumpaKARI SOTONG ...kat sini..Tapi ni masak sambal.
Tapi bukan kat rumah KL ni...

SAMBAL SOTONG KELAR

1/2 kg sotong - kelar

1 asam keping kecik

1 sudu teh garam

1 sudu teh gula

1/4cawan minyak


Bahan Blend:

20 cili kering

1/2 bawang besar

2 bawang putih


1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan sotong dan masak hingga sotong berubah warna

2. Angkat sotong dan ketepikan. 


3. Panaskan minyak anggaran 1/4 cawan dan goreng kentang hingga masak..Ketepikan..


4. Dalam minyak yang sama tumis bahan blend hingga garing dan naik minyak


5. Masukkan asam keping,garam dan gula.

5. Bila naik minyak,masukkan sotong yang sudah 1/2 masak tadi

6. Sesuaikan & masak hingga sotong kecut dan sambal kering serta naik minyak..


Ikan goreng seketoi..

Ayam kicap togel.Takdak eksesori.


Karipap samosa..kulit karipap,inti samosa.Karmosa.





6 comments:

  1. Karmosa 😂😂😂 hibrid spesis ni

    ReplyDelete
  2. Sedapnya...nanti nak masak lauk sotong kelar macam ni la...

    ReplyDelete
  3. Hari tu dia kelar telur, ni kelar sotong pulak, esok2, apa agknya dia kelar??

    ReplyDelete