Wednesday, 7 July 2021

POKOK MOKTAN DI TEPI PARIT

 

Pokok moktan di tepi parit.


Sudah mula memerah.Kata mak lepas Pakcik masuk hopital,ada  beberapa orang pekerja pembersihan berkenduri moktan ni di bawah pokok.Bukankah lebih manis meminta izin terlebih dulu...?Tiga hari kemudian,sekumpulan remaja yang tak dikenali datang nak kendurikan rambutan ni macam pokok tidak bertuan.Tapi mak sempat nampak & menegur mereka.Kemudian mak kaitkan untuk mereka.

Mak cakap sebelum ni pokok jambu madu jiran depan rumah Achik licin dikerjakan tetamu tak diundang.Bukan ambil setangkai dua,tapi licin sepohon jambu diangkut  sang penyangak..!


Baru baca dalam group sebelah..
Salah PKP atau salah manusia sudah hilang pertimbangan?


Hanya sepohon ni sahaja yang mula masak.
Lagi dua pokok masih hijau..

Nak jadi rezeki kami.
Dapat merentas negeri walau sekejapan.
Dapat la menikmati moktan ni.

Manis bersari.


Pokok hasil tanaman Pakcik.Mak mengait dwngan galah bergunting dari dalam pagar.Padahal kalau keluar pagar,boleh capai dengan tangan sahaja..hihihi

Tuannya di hospital.Tapi buah rambutan ni dah rentas negeri ke KL..

Kata anak bujang saya,rambutan ada dijual tepi jalan depan kuaters tu.Sekilo RM10...Hampir menyamai durian kampung.
Alhamdulillah rezeki moktan dari pokok dibtepi parit.


10 comments:

  1. Mesti moktan kat rumah mertua sy pun tgh banyak skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harap sebelum habos moktan tu dapatlah rwntas negeri...huhuhu

      Delete
  2. Bila tgk pokok2 rambutan akak yg masak tu, tetiba teringat rambutan kt rumah mertua saya di Jengka 05..mak ckp hr tu xde sape anak2 yg blk sbb pkp ni la..monyet2 je la yg tlg habiskan..rezeki dorang la kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu..
      Betul tu agaknya dah tertulis rezeki monyet.
      Insha Allah jika ada rezeki kita dapat rentas negeri.

      Delete
    2. mudah2an kak, insha Allah..smg Allah makbulkan segala doa2 kita kak..

      Delete
    3. Amiinn...
      Eh,macamana pulak boleh terskip reply yg ni...mohon maaf🙏

      Delete
  3. best tu bila moktan berbuah lebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...betoi
      Kalau zaman budak2 dulu syok kerabat pokok..

      Ni pokok kat rumah adik.

      Delete
  4. Alolooo moktan! Tingat zaman kanak-kanak dulu. Entah pokok moktan sape, asal nampak terus panjat! Ada moktan kat tepi rumah. Buah masih hijau, habis kami kekah macam monyet! Buah tak sempatlah nak masak, nampakkuning sikit pun dah kira masak sangatlah tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul laaaaa...
      Apa yang cikgu cerita ni macam ternampak2 dalam ingatan...Eh,macam kita sekampung pulak...hihihu

      Delete