Sunday, 11 July 2021

SAMBAL BERLADO PELALING + PETAI

 

Sambal Berlado Ikan Pelaling + Petai...

Mana petainya?????


Asalnya sambal berlado ni memang macam ni.Tanpa petai...hihihi.

Saya masak sambal berlado pelaling ni masa kat Kedah minggu lepas.

Saya sangat suka ikan-ikan yang kategori ikan murah.Kategori ika.Macam ikan pelaling,ikan selayang & ikan tongkol

SAMBAL BERLADO IKAN PELALING + PETAI

4 ekor ikan pelaling

2 papan petai-ambil bijinya

minyak,garam & secubit gula


Bahan Blend Kasar:

20 cili padi merah Vietnam

½ bawang besar

2 bawang putih


1. Garam kunyit ikan pelaling & goreng garing.Ketepikan.

2. Tinggalkan minyak anggaran 4 sudu & tumis bahan blend.Tambah asam,garam & gula.Masak hingga naik minyak.

3. Masukkan petai.Kacau sekejap & masukkan ikan goreng.Sesuaikan rasa.Siap


Elok sahaja sambal berlado ni siap,mak balik bawa 10 papan petai.Terus paanaskan semula sambal berlado ni dalam kuali & tambah petai..Hihihi

Benarlah,hanya saya yang sukanikan pelaling ni.Semua empat ekor ikan ni beserta petai semua tu saya sorang sahaja yang makan.Mak tak suka ikan pelaling.Aqil & Haikal makan ayam.Adah pun tak makan.




8 comments:

  1. bertambah nasi kalau lauk camni Cella he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...petai memang ramai peminat kan..sebab tu mahal..hihihi

      Delete
  2. kelihatannya sedap.
    tapi kalau wak makan, petainya wak ke tepikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut la wak tak tanam petai kat dusun...ka tanam senyapw..hihihi

      Delete
  3. Patutlah yg atas tak ada petai, petai sampai lambat rupanya

    ReplyDelete
  4. Ya ampuuunnn! Sedapnya sambal balado pelaling. Cukuplah lauk ni, ada petai lagi tu. Menambah-nambah nasi wei!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...kalau hantu petai memang tak lepas ni...

      Delete