Friday, 9 July 2021

GULAI DAGING REBUS

Mak ada bekalkan daging.Dah plan nak simpan untuk masak Raya Haji nanti.Tapi terliur pula nak makan gulai daging.


Masak tak banyak pun.Tak sampai sekilo pun


Kalau masak gulai daging @ KL memang masak sacara saya ..saya akan rebus dulu daging hingga empuk.Kemudian baru saya hiris.Air rebusan daging dimasukkan sebagai kuah sebelum dicampur santan.Bukan takat masak gulai.Daging ni masak apapun biasanya saya rebus dulu.Faktor utama sebab saya malas nak tunggu lama masa memasak.Daging pun saya akan rebus dalam ricr cooker sahaja sebab tak payah nak jenguk-jenguk.Tapi biasa saya akan set reminder kat handphone sebab faktor umur..hihihi selalu lupa.Kalau nak masak pagi,biasanya malam saya dah rebus daging.Tak perlu lama.Masuk ketulan daging besar dalam rice cooker & isi air paras daging.Bila mendidih dalam beberapa minit,offkan rice cooker & jangan buka penutup.Esoknya  in sha Allah daging lembut.Kalau rebus kacang & kebanyakan benda lain juga saya guna tip yang sama.Rebua sampai mendidih.Matikan suiz & jangan buka penutup.Biar sampai sejuk.In sha Allah lembut elok

GULAI DAGING REBUS
600gm daging
(rebus empuk baru hiris)
2 biji kentang - belah 6
1/2 kotak santan
1 sudu garam
1 paket kecil rempah kari daging
1 paket rempah kari ikan
4 sudu minyak

Bahan Tumis
2 bawang merah hiris
2 bawang putih ketuk
2 hiris halia- racik jejari halus
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
5 cengkih
5 buah pelaga
1tangkai daun kari
(rempah tumis boleh beli pek rempah sup tulang,tapi ambil bahan tumis sahaja TANPA bunjutnya)

1.Panaskan minyak tumis bahan tumis

2. Masukkan rempah kari ikan +kari daging yang dibancuh dengan 1 cawan air

3. Bila naik minyak. Masukkan daging,kentang & air rebusan daging

4. Tambah air jika perlu  & biar mendidih hingga kentang empuk.

5. Masukkan garam & santan kotak & biar mendidih perlahan beberapa minit

6. Sesuaikan rasa.

Bila mendidih...atu rumah bau kari.


Keri sedap dimakan selepas beberapa jam dimasak supaya kuahnya sebati & pekat.
Kari ni la saya makan bersama roti canai frozen semalam.



Cella makan kari daging vs ulam petai

Kita tengah kopek petai nak frozen,dia kata terliur mata petai tu.Lalu diambilnya beberapa biji untuk makan bersama nasi & gulai daging.



8 comments:

  1. Hihi, hantu petai tu, tak ada sambal belacan pun jadik ek makan petai dengan kari, hihi.

    Kari daging kita dah wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya sedap la kalau awal-awal dah wassalam...hihihi

      Delete
  2. Terus mai sini sebab nampak gulai daging hihi...
    Fresh nampaknya petai tu. Buat sambal tumis la mama cella :)

    ReplyDelete
  3. Sedapnya.. lama tak makan lauk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..raya ni buat..
      Kalau dulu raya korban puas makan daging..raya haji kali ni tak tau la😭

      Delete
  4. Cantik betul isi petai. Nampak fresh. Teringat waktu kecik dulu, tolong Bonda kupas petai. sebji masuk mulut, sebiji masuk mangkuk. Paling suka petai tua yang nak masak tu, selaput isinya warna oren merah. Macam ada rasa manis pula bila makan petai masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...kita dulu2 semua jadi kudapan.
      Betul selaput oren tu manis kan..sesekali tergigit petai yang pahit..bau dia...aum

      Delete