Baru habis BDR..Berehat sebentar bersama kit-kat.Tapi kit-kat takdak.
Ubi kuning lebih menarik warnanya & teksturnya lebih liat.Ubi putih lebih gebu & rasa lemak-lemak bila dikunyah.Keduanya ada keistimewaan sendiri.
Apapapun ubi,akan lebih sedap dimakan bersulam hirupan kopi 0 panas.
Bancuh kopi cap gantang.Ni stok beli kat Kedah.Ada lagi yang dah buka bungkusannya stok order kat shopee..Setakat ni tekak saya hanya suka kopi cap gantang & cap raga from Kedah.Kopi lain yang ngam dengan tekak saya ialah kopi 434 Kluang .Kopi lain pun minum juga,cuma jarang-jarang.Tapi kopi mahal cap perempuan (sebutannya starbuck) tu saya belum try sebab tiada yang sudi nak belanja.hahahaha...
Alhamdulillah,perut dah penuh.Nak gerak masak lunch pulak...
Setakat ni saya ada dua jenis kopi dalam simpanan. Kopi Cap Kuda Terbang kiriman Pak Herman dari Padang, dan Kopi Cap Lampu hasil pembahagian bakul makanan PKPD yang lepas. Datang sini ada Kopi Cap Gantang pulak! Macam-macam jenama ada ye.
ReplyDeleteCap kuda terbang tu macam pernah tengok la
DeleteGambar kida warna merah bersayap.Tapi tak ingat product apa
Parut ubi kuning tu buat kek dik yum yum
ReplyDeleteAlaaaaaa....yang kuning dah habis...sebab hari tu mak nak bagi banyak saya jual mahal.Ni tinggal ubi putih sahaja
Delete