Nasi Lemak Sambal Paru vs Sambal Petai...Teh O panas.
Tak perlu sempurna sejak PKP entah versi ke berapa ni.Petai bisa sahaja mengambil tempat timun kerana petai lagi kayangan berbanding timun.Kecuali yang tak makan petai.hihihi
Padahal sambal paru ni favourite anak-anak.Semua organ lain depa tak makan tapi paru semua suka.
Paru & serai yang mak bekalkan.Balik Kedah yang sekejapan tu cadang nak beli seafood kat pekan nat Sabtu.Rupanya takdak pekan nat Sabtu & Pasar Tani pun takdak sejak PKP. Pasar basah aka "merket" istilah orang Kedah...pun tengah renovation.Hanya pasang khemah sementara dekat tapak parking.Memang lecak macam pasar era 80-an.
Nasib baik mak bekalkan daging lembu tempatan & serba sikit organ dalaman lembu.Ada sikit paru,hati & limpa.Daging tu agak banya & dapatlah simpan untuk dimasak Raya Haji nanti.
Menu popular kelempong ni kalau dulu-dulu terutama ketika kenduri ialah kelempong rebus cicah air asam kerisik.
Paru ni masa rebus dia kembang penuh periuk.Bila dah sejuk dia kecut.Tapi kena la rebus juga supaya senang nak hiris.Kalau tak rebus memang payah nak potong.
Saya hanya masak macam sambal biasa sahaja.Tapi biar kering pecah minyak & lebihkan sikit gula nissey supaya lebih sedap nak makan dengan nasi lemak.
SAMBAL PARU.
½kg paru
1 cawan cili blend
2 sudu bawang blend
1 serai
1 sudu garam
⅙ gula nissey
minyak
1. Bersihkan paru & rebus ½ jam.Biar sejuk & hiris.
2. Gaul paru dengan sikit garam & goreng garing.
3. Panaskan minyak anggaran ¼ cawan & tumis serai & bawang blend.Tambah cili blend & masak hingga mendidih.
4. Tambah garam,gula nissey & masak hingga naik minyak.
5. Masukkan paru goreng & masak hingga kering berminyak.Sesuaikan rasa
Saya juga masak sambal petai untuk anak tekak sendiri...hihihi
Petai cantik from Kedah.Actually nasi lemak sambal paru ni semalam weekend punya menu.
Masak nasi lemak sebab lepas malam tu tak makan nasi sebab makan sate..
Kata Cella dah beberapa hari tak makan nasi.Dah tinggalkan duit beli makanan dia kata sayang nak order sebab stok makanan kering & makanan segera banyak.Hari-hari makan roti,nugget,megi & telur.
Lauk ada tapi sebab malas nak masak nasi.
Seingat saya masa masih sekolah dia rajin masak untuk diri sendiri kakau dtinggalkan.Sekarang bila tanya,dia cakap sejak sambung belajar & dah tak jenguk blog ni dia dah hilang terus minat memasak.Dia selalu sebut nak belajar rajin-rajin,nak doa dapat kerja yang gaji banyak sebab nak beli rumah sendiri.Paling penting nak ada maid sebab taknak masak & taknak kemas dapur.
Hahahaha..sampai begitu sekali.Berubah benar dah ni.Sanggup tak makan nasi sebab malas nak masak.Ingat nak makan nasi impit masa abang dia beli sate.
Sate pun takdak nasi impit,timun,bawang bagai.Hanya sate ayam & kuah kacang.Bajet betul peniaga sekarang pun.Sama macam kita semua juga.Hidangan tak semestinya sempurna lengkap..Hihihi
Hihihi.. sama macam Iman la, malas nak masak nasi, lebih rela makan ramen.
ReplyDeleteKecur tengok sambal paru, sy pun suka makan dengan nasi lemak, petai??? Wallawehhhh
Hihihi...
DeletePetai menggantikan petai..idea SK la tu...hihihi
Sedapnya kak, saya dulu klu kat opis mmg hari2 beli paru masak sambal..ratah gitu je beli dlm rm 5 minum plk ngan kopi O..hahaha..ptg blk keje br mkn nasi..oohhh bahagia hahaha..
ReplyDeleteRatah memang sedap..
DeleteTapi undang2 mak-mak tak boleh ratah lauk..
Mak buat takpa🤣
Tengok sambal paru aka kelempong teringat stok dlm peti beku nak buat rendang paru. mak sorang je la makan gayanya.
ReplyDeleteSyok la mak boleh makan sorang-sorang..hahaha
DeleteTapi tak syoknya kena masak lauk lain la untuk anak2...hihihi
Cantik sungguh rupa petai kayangan tu!
ReplyDeleteSambal paru memang sedap kan Mama Cella. Kalau saya jumpa memang suka ratah gitu jew!
Teringat masa kecik-kecik dulu, 'kelempong' tu kalau orang kampung masak masa kenduri, aromanya ya ammpuunn! Very very sodap. Tapi tak tahu masak apa.
Sayangnya masakan yang sedap tunhanya tinggal kenangan..
DeleteMungkin mak cikgu tahu masakan tu agaknya...Kalau dah dapat nanti jangan lupa kongsi resipi ..macam menarik tu
lama xmakan nasilemak lauk paru...sedapnya
ReplyDeleteNasi lemak kalau lama tak makam pasti akan rindu kan..
Delete