Wednesday, 7 July 2021

DURIAN 2021

 Durian 2021.Ingatkan tak dapat merasa dah sebab harga kayangan sangat.Tapi kalau dah hari-hari berzikir nak makan durian,Alhamdulillah Allah makbulkan.


Masa dapat balik Kedah beberapa hari lepas.Mak belikan 3 biji durian.Dua biji durian kampung & sebiji D24.Harganya RM90..Mak belanja anak makan.
hihihihi...
Kata mak makan bagi habis jangan tinggal jejak sebab kesian Achik & Pakcik kat hospital.Makan makan la kami 5 beranak cucu.Mak,saya,Adah Haikal & Aqil.Selesai sekali hadap.Tak tinggal jejak.Gambar pun tak berani usik takut ternampak dek Pakcik, Achik & Cella yang hantu durian.Anak jantan tu takpa dia tak suka durian 
Hanya snap pic buah yang belum kopek ni sahaja.Gambar isi durian pun tak snap ..hihihi


Esoknya,tetiba Haikal cakap ibunya call suruh ambil barang kat rumah kawan.Tapi yang pelik kenapa Haikal gi dengan kereta.Besar sangat ke barang sampai tak boleh bawa motor.Bila Haikal balik rupanya bawa balik durian,pulut & santan.Enam biji durian Achik order dari kawannya.Hihihi,konon makan durian mak belanja taknak Achik tahu.Sekali,haaa,Achik yang orderkan lagi banyak
Achik pesan ,suruh makan & habiskan jangan sampai ada bau di rumah.Kata Achik takut nanti kalau Pakcik dah dapat discharge,dapat balik rumah.Pakcik tu hantu durian.Tapi sekarang tengah sakit tak boleh la makan durian sebab makan ubat.Orang sakit ni kalau benda tak boleh makan,lagi rasa teringin.Tambah pula durian...!

Mak kalau tak dapat kopek durian sendiri memang tak puas.So,kita beri keutamaan untuk mak,walaupun saya sendiri sangat feel nak kopek sendiri durian tu.

Mak suruh Haikal buka bonet &  semua 4  pintu kereta tu supaya bau durian hilang...
Ada peristiwa berlaku pasal kereta ni.Hanya Allah...mak,saya & Haikal jer yang tahu peristiwanya.Tak boleh nak cerita sebab takut Achik terbaca ...hihihi..
Tapi apapun Alhamdulillah...
endingnya baik-baik sahaja...


Durian pertama.Isi kuning.

Tiga  biji yang kecik tu isi kuning.


Sebab mak guna penyepit makanan untuk keluarkan isi durian,dah tak cantik nampak benyek.

Hasil 6 biji durian yang Achik beli tu..
Penuh tippuware besar ni
Saya meneka harga tapi tak tahu nak agak harga sebenar.Mak cakap RM100++
Wallahua'lam...
Semoga Allah ganjarkan pahala melimpah untuk Achik & Anek yang belanja durian.!

Mak tanak pulut sebab Adah hanya akan makan durian dengan pulut santan.Kalau makan gitu sahaja dia taknak.Haikal pula hanya makan beberapa ulas sahaja.Anek pun sama.Aqil request suruh buat kuah durian nak makan dengan roti.Dia cakap taknak dah isi durian fresh sebab baru semalam tu makan yang Anek beli.Buatkan kuah durian dalam sebiji durian.Dua hari makan pun masih ada baki.

Sebab isinya banyak & semua orang pun macam tak minat sangat kecuali saya...hihihi puas la makan.


Anek frozenkan 10 ulas untuk Cella.Itupun masa nak balik KL masih ada baki beberapa ulas.Lenyekkan buat tempoyak & suruh Anek bawa balik simpan kat rumah saya supaya tiada bau & jejak durian@ rumah Achik.

Yang 10 ulas mak frozenkan tu,bawa balik KL memang masih beku.
Feeling betul Cella makan macam makan buah tembikai potong jer.Dia pegang plastik,makan seulas demi seulas.Abangnya tak nak.Tiga hari dia berjimat cermat nak makn durian ni.Dia cakap bajet sehari 3 ulas sahaja supaya dapat makan berulang kali.Kalau orang yang ada dusun tengok ni ...mau geleng kepala ni..hihihi...



10 comments:

  1. Kalau dah hari-hari zikir durian, tiab-tiba durian runtuh depan mata...syukur Alhamdulillah. Rezeki yang tak disangka. Sebab tu kena selalu bersangka baik, zikir durian hari-hari maka datanglah durian hahahaha! Nikmat Tuhanmu yang manakah lagi ingin kaudustakan...haaa ostazah dah ceramah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la niat tu jadi doa kan...
      Alhamdulillah dapat juga merasa.Harap-harap lepas ni berlaku la penurunan harga agar mampu makan beberapa kali ( pekebun durian jangan marah yer) hihihihi

      Delete
  2. Rasa macam nak join zikir sekali la sebab kita cuma dapat durian kampung dan durian kahwin ja, tu pun ada lagi dalam tipuware, nak habiskan takut yg tukang beli cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang saya tengah zikir nak dapatkan tangkap layar 20 juta pageview Johorean bloger.Harap ada rezeki...in sha Allah

      Delete
  3. Musim durian suda tiba sejengkal satu gerai durian spng jalan.tapi mampu tengok dan hidu je la sbb harga kayangan.tengok yg longgok takut kita tukang buang buah buruk.InsaaAllah minggu dpn dah menuai boleh beli nak lepas kempunan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la baca kat surat khabar kata dalam minggu depan harga bakal turun sebab buah dah mula gugur serentak.Harap ada la harga mampu makan berulang kali...durian ni kalau bau pun dah terliur

      Delete
  4. Alhamdulillah, rezeki dapat makan durian. Cantik-cantik isinya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...menumpang rezeki yang Allah sampaikan melalui mak & Achik ...
      Terima kasih Farah

      Delete
  5. makin lama makin kayangan durian ni kan huhuu
    sis tunggu peluang nak balik tgk durian , x lama lg nak luroh dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syoknya ada dusun durianm..
      Zaman muda pernah berangan nak cari pak mentua ada dusun..Ni dah tua berangan juga kot dapat besan ada dusun..hahahaha

      Delete