Sebenarnya kalau perasan sejak Jumaat petang & Sabtu posting gambar lauk pinggannya Corelle.Maka,ceritanya itu pinggan mangkuk kat rumah Achik.Saya mana ada pinggan mangkuk Corelle untuk kegunaan harian.Hanya ada pinggan murahan sahaja...hihihi..
Ya,ceritanya Jumaat & Sabtu @ Kedah.Hari ni dah balik KL.
RTC Simpang Pulai..Lengang tiada orang.Memang kedai semua tutup kecuali Mydin & satu gerai makan sahaja yang buka.Hiway PLUS memang sunyi.Bukan senang nak rentas negeri kalau tak ada alasan & lampiran yang kukuh.Berkali gagal dalam permohonan & pengalaman yang tak seronok untuk dikenang hanya kita simpan sendiri sebagai kenangan & pengajaran.
Bila dah dapat kebenaran,bukan untuk berbangga kerana cerita disebaliknya hanya Allah yang tahu..
Cuaca panas sepanjang jalan.Ni kat lepas Tol Sungai Dua.Kalau zoom in antara 2 awan besar & kecil tu ada objek hitam.Jet TUDM sedang training.Dari KL tiada roadblock.Tapi kat Tol Juru memang polis check setiap kereta.Kereta diperiksa.Surat kebenaran diperiksa helai demi helai.Walau dah tercatat sebab & lampiran tetap kena soal.Walau mohon untuk 3 orang rentas negeri,
tapi hanya 2 orang dibenar dalam satu kereta.Makanya terpaksa tinggalkan Cella @ KL.Hanya balik berdua dengan Adah.
Ini lah yang saya kata hari Ahad baru boleh cerita sebab dah balik KL.
Atas faktor keselamatan,tu tak mantion ada kat Kedah.Risau kami dijalanan musim PKP ni sunyi sepi.Risau anak yang ditinggalkan di KL.
Now dah lega,dah sampai KL dah pun.
Itu sahaja,yang saya kata hari Ahad baru boleh cerita.
Gunung Jerai diselubungi si mega mendung.
Perjalan balik KL.
PLUS lengang kedua-dua hala.Ni keadaan sebaik keluar dari Terowong Menora.Lengang ...
Tol Duta sunyi,tapi tetap ada roadblock.Setiap kereta memang ditahan,bersoal jawab,dibuat pemeriksaan & surat rentas negeri diselak sehelai demi sehelai.
Alhamdulillah dah selamat sampai KL..
***Plan asal nak balik naik bas sahaja.Bila Adah check online ada bas pukul 10.45 pagi.Tapi bila nk book tak valid.Bila call centre depa suruh call TBS..Bila call TBS
katanya perkhidmatan ke utara hanya sampai Penang..Hanya ada beberapa perjalanan sahaja ke seluruh semenanjung yang valid.Antaranya Butterworth,Kuantan & JB..
Masa perjalanan balik Kedah & balik KL pun memang tak jumpa sebuah bas pun..
Sapa yang bergerak by bus better call dulu TBS.
rentas negeri diperketatkan
ReplyDeletesi dpt kebenaran juga baru2 ni melalui jabatan pertanian
Alhamdulillah...Allah mudahkan urusan
DeleteHaaa.. dah agak dah Mak Cella ada di Kedah. Kita perasan kat post udang tu, ada beritahu yg masa memasak udang tu bukan di KL. Yang gambar durian tu lagi la tunjuk lantai rumah Kedah, haha.
ReplyDeleteAllahu.. kesian Pokchik yg banyak berjasa. Semoga beliau diringankan kesakitan dan segera sembuh ya, Amiiinnn.
Hihihi...
DeleteAmiinnn....
Terima kasih atas doa
Semoga pokcik cepat sembuh dan achik,mak cella sekeluarga kuat menghadapi ujian ini
ReplyDeleteAmiinnn...In sha Allah
Delete& terima kasih atas kiriman doa
Alhamdulillah dh selamat sampai KL... sempat jugak merentas negeri walaupun sekejap.. semoga dipermudahkan urusan pakcik adah tu
ReplyDeleteAmiinn....Terima kasih Mim
DeleteTak dapat bayangkan kalau keadaan begini berterusan. Sakit kepala fikir nak cari jalan tikus hihihiii.
ReplyDelete