Tuesday, 27 July 2021

ASAM PEDAS TULANG

 

Asam Pedas Tulang.Biasa tulang asyik masak sup ja.Kali ni masak asam pedas pula.Tapi ni lauk beberapa hari lepas.


Asam pedas tulang pun sedap la...

Tapi sebab tulang ni dah lama membeku dalam freezer.Kena rebus & buang airnya
Saya rebus kali pertama hingga mendidih & terus buang semua airnya.

Rebus kali ke-2 pun saya elok mendidih sahaja,buang airnya ,& basuh semula & rebus sekali lagi hingga empuk.


ASAM PEDAS TULANG


1kg tulang berdaging(rebus empuk)


1 sudu teh penuh pes asam jawa Adabi


1 sudu garam


1 sudu teh penuh gula melaka


5 helai daun limau purut


5 tangkai daun kesum


1/2 cawan minyak

Bahan Blend;


30 cili kering


1 bawang besar


3 bawang putih


1 batang serai


3 hiris lengkuas


3 hiris halia

1. Panaskan minyak & tumis bahan blend hingga naik minyak. 


2. Masukkan tulang rebus & masak hingga mendidih Tambah 3 cawan air & tutup kuali biar hingga daging empuk. 


3. Bila daging lembut barulah tambah air asam jawa (1 sudu teh pes asam jawa + 1cawan air). Adjust ikut kepekatan kuah


4.Tambah garam, gula, daun limau purut & daun kesum


5. Perlahankan api & masak dengan api perlahan supaya naik minyak & kuah cantik


6.Sesuaikan rasa. 


7 comments:

  1. X penah sy try menu ni kak.. selalu buat sup or dalca jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali try la...Kalau ekor lembu pun sedap Mim

      Delete
  2. Phewwww... Meleleh ayaq mata orang Johor tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..
      Bukan Johorean la kalau tak suka asam pedas...Ka ada yang tak suka???

      Delete
  3. Kak lin sllu rebus buat sup tulang je.. sdpnya lahai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau sup ratah @ makan dengan mihun saya suka.Kena gear box pulak...kayaaaa kolestrol...hihihi

      Delete
  4. Sedapnya!. Hilang dah segala lemak-lemak, rebus buang air, tukar air baru.

    ReplyDelete