Thursday, 8 July 2021

MASAK LEMAK TEMPOYAK PISANG &TERUNG PIPIT

 

Masak tempoyak pisang +terung pipit..
Rupanya kat LD pun ada sambal bilis tempoyak la.Kat Pulai,Johor pun ada masak lemak cili api keli salai...tapi takdak la tempoyak sebab kat situ lebih senonim bau kari,sambal & kambing..hihihi


Lauk lunch semalam..


Terliur tengok Cikgu Amie masak lemak tempoyak pisang bulan lepas.Memang berangan nak masak juga masa Rose bagi pisang muda hari tapi belum sempat dimasak ,pisang tu dah kuning ...


Masa tengok mak masukkan pisang,serai...

Terung belanda & daun kunyit ni...
Dalam kepala dah plan nak buat masak lemak tempoyak ..
Tempoyak yang pakcik bekalkan 2019/2020 dah tak ingat tapi memang yang pakcik bagi la sebab cam balang tempoyak tu..
Sebab simpan dalam peti ais memang tahan lama la.Lagi pun guna berhemah,memang tahan la kan...hihihi kalau pasal makan memang planning bersungguh..


MASAK LEMAK TEMPOYAK PISANG MUDA+TERUNG PIPIT

5biji pisang emas muda
(siat kulit & belah dua-kulitnya simpan)
1 cawan terung pipit
¼ cawan tempoyak
1 kotak santan
1 helai daun kunyit
1 batang serai
garam & secubit gula

Bahan Tumbuk
15 cili padi hijau
1 ketul kunyit
3 bawang merah
1 genggam bilis bersih

1. Masukkan pisang,kulit pisang,terung pipit,bahan tumbuk,tempoyak,serai  & 3 cawan air.Masak hingga mendidih.

2. Bila nampak pisang & terung empuk,tambah santan,garam & secubit gula.Juga masukkan daun kunyit.

3.Perlahankan api & masak hingga pekat sambil dikacau.Sesuaikan rasa.

Masa ni belum tambah santan.Dah empuk semua baru masukkan santan.

Masak lemak tempoyak ni sama macam masakan berkuah yang lain juga.Elok masak beberapa jam awal sebelum makan Baru kuah dia pekat melekat & lebih sedap.

Gu dengan ayam goreng panas sahaja.Takdak lauk lain dah.
Tapi lauk tempoyak tu hanya saya berdua beranak dengan Cella yang pulun.Depa dua beradik lagi tu tak makan pun.Depa dua tu memang tak sesonim sangat dengam durian..
Berpeluh la kami dua beranak pulun masak lemak tempoyak ni sebab tak banyak saingan...
Alhamdulillah.....hihihi



4 comments:

  1. Seronok main masak-masak, dapat tukar-tukar idea. Tak lah boring masak di dapur sorang-sorang. Time nak masak teringat orang KL olah apa, teringat orang Johor masak apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...
      Kalau ada bahan lengkap ..syok nak masak

      Delete
  2. hihihi,, kita pun selalu teringat orang LD dan KL masak apa

    ReplyDelete
  3. Eh, salah tekan, patut tekan buttpn reply kat komen Kak Amie..

    Kita belum pernah lagi try masak tempoyak, selalu makan tempoyak gitu aje atau campur tempoyak dalam lauk yg sedia dalam pinggan, hihi

    ReplyDelete