Belum habis cerita mangga
Buat jem mangga pulak..
2 malam yang lepas,saya kupas kulit 8 biji tu & blend pure tanpa air.Melimpah blender jar tu sebab isinyanya banyak.Dekat 2 kg isinya
Puree mangga tu masukkan dalam kuali besar & saya masak hingga mendidih.Jenuh juga nak kering.Meletup- letup dalam kualai macam kacau dodol.Biar mendidih dalam 1/2 jam & saya matikan apinya sebab tiba- tiba rasa malas nak teruskan..Hihihi.
Terus tutup dengan bekas jarang dalam kuali tu & saya tidur..Hihihi
Esok paginya bangun,panaskan lagi biar mendidih hingga nampak sedikit susut baru saya tambah gula pasir anggaran 1/2 kg (tapi gula macam lebih 1/2 kg jer ..hihihi)
Bila masuk gula ,dia jadi semakin cair sebab gula mencair.Biar mendidih dalam 15 minit & saya matikan api & biar jer dalam kuali.
JEM MANGGA
2kg mangga masak
700gm gula pasir ( agak-agak 1/2 kg & lebih sikit)
1 biji limau nipis
1. Kupas mangga & blend isinya tanpa air
2. Masak dalak kuali hingga mendidih & agak susut jusnya.
3.Tambah gula & masak hingga mendidih .Ketika ini adunan akan cairkerana gula mencair.
4.Masukkan jus limau nipis & kacau hingga mengental
5. Jem akan semakin berat bila sudah mengentak kerana kandungan gula dalamnya
6.Biar sejuk sebelum dimasukkan dala botol.
Lama juga meletup- letup sebelum kering.Kena tutup dengan penutup kuali supaya tidak terpercik.
Dah macam kacau lempuk durian pun ada.
Hasil setelah kacau berhenti & kacau bila rajin..berhenti bila tiba- tiba malas.2 hari w malam baru siap.Hihihihi
Macam halua maskat pun ada.Warnanya jernih keemasan.Kental berkilat
Biar betul- betul sejuk baru simpan dalam botol.Masa untuk sejuk memang agak lama sebab kandungan gula yang tinggi.Saya sejukkan semalaman.
wahhhh.. boleh jual ni, hihi
ReplyDelete