Rindunya puasa dalam PKP 1 tahun lepas.Nikmat kelapangan masa.Cuma surau & masjid kesunyian kerana hanya beberapa orang AJK yang dibenarkan.
Buah yang paling popular di bulan Ramadhan..Tapi itu dulu la..Kalau kat rumah saya,dulu,- dulu memang macam tu.Bulan Ramadhan akan ada buah Melaka.Buah Melaka akan ada hanya pada bulan puasa.Mak tak pernah buat buah Melaka kalau bukan Ramadhan.Kalau Ramadhan pula ,tak pernah mak tak buat buah Melaka.Hampir setiap petang mak akan buat buah Melaka @ mak akan suruh buat buah Melaka ni.Kalau zaman kanak- kanak,saya paling tak suka kalau bulan puasa ada buah Melaka.Manusia bersifat baharu ,berubah dengan waktu.Kini buah Melaka manjadi antara yang dirindui.
Bukan juadah 1 Ramadhan hari ini.Ini pemanis iftar minggu lepas ketika Adah puasa penghujung Sya'ban minggu lepas.
Teringat PKP 1.0, hampir hari2 ada buah melaka atas meja
ReplyDeleteRamai terkenang PKp 1 yang penuh hikmah dalam musibah
DeleteArwah mak saya pun cuma akan buat buah melaka bila bulan puasa, tapi tidak lah hari2.Saya suka sangat2, laju aje saya menolong mak.Buat banyak pulak tu utk di beri pada jiran2.
ReplyDeleteDulu seronok kan..Berhantar hantar juadah ke rumah jiran.Seronok nak tunggu balasan jiran..hihihi.
DeletePernah beberapa kali mak suruh hantar kuih,dapat balasan kuih sama juga..Rupanya tersama masak kuih..hihihi
sedapnya buah melaka... kuih ni sy x try lg buat.. insya allah 1 day nk try
ReplyDeleteKat Sarawak mesti lagi banyak jenis kuih yang kami di Semenanjung jarang jumpa kan Mim
DeleteAlamak, apa tu buah keriang dengan buah kemuyu heheeee.
ReplyDeleteHihihi...Buahbnadir kat tempat saya .boleh google kalau nak tengok gambar buah tu..tak la ada tak dalam google
Delete