Juadah iftar semalam,Isnin.
Nasi putih
Ikan Cencaru sumbat
Sayur pedas bendi + tempe
Buah limau & anggur
Dia dah pesan jangan kopek limau dia
Inti kelapa sumbat tu saya recycle daripada serondeng NASI AMBENG SAMBUT RAMADHAN ...kat sini.Dah genap seminggu la serondeng kelapa ni.Alhamdulillah masih elok tanpa berubah rasa walaupun disimpan dalam tippuware suhu bilik sahaja.Asalnya saya memang masak lebih sebab plan nak masak nasi ambeng lagi sekali dalam puasa ni.Tapi ni kali saya guna sebagai inti ikan sumbat
Tanpa dimasak semula.Saya hanya tungkan sikit santan kotak kedalam serondeng tu ntuk basahkan inti..Ini sahaja pun dah sedap.Kalau ada daun kunyit ke dapat hiris halus-halus campur sekali mesti lagi sedap ni.
Sumbat dalam belahan belakang ikan tu & tak perlu ikat benang dah sebab nak panggang sahaja.Kalau nak goreng mungkin kena ikan dengan benang supaya inti tidak terkeluar dalsm minyak goreng
Saya tumbuk cili padi merah,bawang putih,bawang merah & ikan bilis sebagai rencah.
Goreng tempe hingga garing & kacang bendi tu potong kasar-kasar.Tumis bahan rencah dalam sikit minyak & terus campakkan tempe goreng & bendi.Balik-balikkan sekejap sahaja & matikan api.
Inilah iftar kami dua beranak semalam...
Ikan sumbat kelapa macam ni kalau di Kedah dipanggil "bantut"
Paling popular guna ikan haruan yang bersaiz besar & disepit dengan pemanggang & bakar atas bara api.Selain ikan haruan,ikan laut juga digunakan,seperti ikan cencaru ni.Selain itu ikan terubuk juga sangat sesuai dijadikan bantut ni termasuklah ikan tongkol.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteWaaa sedapnya cencaru sumbat kelapa. dulu2 arwah Tok selalu buat.
Kalau buat dengan ikaj terubuk @ ikan haruan lagi feel kan
DeleteOh, baru tau namanya 'Bantut'. Rasanya ada sekali dua , kak ipaq masak ikan caru sumbat kelapa ni. Ni kat rumah ada dua ekor caru jugak, plan nak sumbat sambal aje, ntah jadi ke tak? Kalau malas, buat bakar cicah air asam aje la nampaknya
ReplyDeleteBakar cicah air adam pun sedap SK.Cicah kicap cili bawang pun ngam jugak kan
DeleteBagusnya ada nama khas 'bantut' untuk gambarkan ikan sumbat kelapa. Selain ikan cencaru dan kembung bantut, saya pernah makan ikan tuna bantut.
ReplyDeleteKalau di Kedah bantut tubikan sumbat kelapa.Kalau bahasa standard pulak bantut tu maknanya terhenti membesar kot kalau tak salah
DeleteMak saya buat bantut dulu2 dia suka hiris daun kunyit halus2...bila bakaq ha semerbak Naik bau....
ReplyDeleteBetul tu,kalau ada daun kunyit harum kan
DeleteSelamat bersahur dan berbuka puasa
ReplyDeleteAlhamdulillah....
DeleteSeronok masak remeh remeh ni kalu ada saing nak mkn. Anak2 ku cuma suka ikan sumbat sambal lada je
ReplyDeleteBetul,kalau masak makan sorang,kurang feel kan...kena ada gu kata orangš¤
DeleteSaya pun kurang meminanti ikan cencaru.klu beli untuk masak kerutup atau di sumbat macam mak cella buat tu."Bantut" tu klu orang sini maksudnya pendek/tidak tinggi.
ReplyDeleteHahaha..betul
DeleteKalau bahasa standard bantut tu macam tidak membesar la...hihihi