Sunday, 18 April 2021

SALMON GRILL vs AYAM PANGGANG- IFTAR KE - 5 RAMADHAN 1442

 Hati tidak tenteram sepanjang hari semalam.Ada rasa yang tidak terkongsi..Boleh jadi kifarah dosa.Mungkin juga ujian Ramadhan barangkali.Balik dari balai polis,ajak Adah ke pasar nak beli lauk basah.Pun melalui peristiwa yang menjengkelkan hati.Cancel masuk pasar,teringat Sabtu ada pasar tani @ Permaisuri.Dah sampai pasar tani......Loh,pasar taninya tutup sebab tapak pasar tu dah jadi bazar ramadhan.Penuh khemah bazar Ramadhan.Adah suggest gi Tesco walaupun belum pukul 8 pagi.Saya ikut sahaja sambil layan hati.

Tu yang jadinya iftar salmon grill.Saya cakap salmon agak mahal.Tapi Adah kata..kan kita dah banyak cut bajet puasa kali ni.Kita dah taknak buat kuih,bubur & banyak lauk.Kita hanya nak masak 1 lauk,1 sayur & buah sahaja.So,bajet tu boleh la ganti salmon.Lagipun kat Tesco harga salmon jauh lebih rendah dari Hero.Beza berbelas ringgit dari Hero.Maka beli la salmon 2 keping RM12.
Kalau kat Hero boleh cecah RM20 ni


Buat grill dengan black pepper sahaja.Anak bujang cakap suruh sapu jer garlic spread &  tumbuk lada hitam biji & sikit garam.Saya ikut cara dia.Grill 190° selama 20 minit


Untuk anak bujang yang tak makan ikan saya panggang 1/4 ayam ni untuk dia.

Pun saya hanya guna garlick spread + sikit garam.Sebab nak warna nampak cantik skit saya ikut tips cikgu Amie iaitu sapu kicap manis.Kelar skit ayam tu.Memang cantik la warna ayam panggang bila sapu kicap manis!
Panggang 20 minit dengan suhu 200°.

Pastu buat pencicah ni.Bawang,cili padi,kicap manis & perah limau Licin dia makan 


Hidangan saya & Adah.Salmon grill & sayur broccoli

Air lemon panas.Saya cuba buang kulit lemon & hanya guna isi lemon.Ternyata lagi sedap guna sekali kulitnya sebab ada pahit- pahit sikit tu yang sedap.


Anak bujang balik kerja dibelinya makanan favourite dia.Roti John.Dia cakap beli 1 sahaja tapi peniaga tu sedekah 1..Alhamdulillah

Sudahnya 1 dia makan masa iftar,sebab saya tahu dia tak kenyang bila portion nasi dah kena cut.Hihihi.Dia biasa makan nasi banyak sampai badan naik  dan naik dan naik.Sekarang dah kena cut nasi hanya sesenduk.Sahur pun dah tak ada lagi heavy meal...hihihi


Ops,ada juga bubur lambuk dari surau.

Tak lama sebelum iftar,ada kawan anak bujang tu hantarkan kuih akok.Alhamdulillah,Allah sentiasa kirimkan rezeki untuk kita semua.


Menanti azan ,kaki langit terbahagi 2.Cahaya diufuk barat hampir hilang dilitupi mendung tebal.

Tidak lama kemudian,bumi disirami hujan mengiringi waktu iftar.
Apalah juadah iftar anak dara bongsu nun di Pantai Timur.Masa dia call pukul 6 petang,katanya baru balik kuliah & nak ke Bazar Ramadhan.Call emak waktu tengahari,kata emak setiap hari iftar kat rumah Achik.Semoga Allah mudahkan urusan kita semua.

12 comments:

  1. Simple but healthy 😉.saya hidangn gini boleh tambah nasik..x tambah satg buat apapon x kusyukk dah hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sam jer Naz,cuma kengkonon puasa ni nak kurangkan sikit nasi.Nasi jer la yang kurang nya🤣

      Delete
  2. Lama dah nak kata, baru sekarang dapat berkata : Nampak macam hidangan DSSS! Karbo suku, protein suku, fiber separuh! Berkaramel ayam panggang sebab bubuh kicap manis ye. Lemon panas tetap tak tinggal tu! Khasiat lemon itu selain rasa masam, kulitnya yang pahit itulah yang tinggi khasiatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi...Cikgu,doakan saya istiqomah.Saya ni pecinta manis,tu yang payah...hihihi
      Ayam tu ikut tips cikgu sapu kicap.Memang cantik la.

      Delete
  3. makanan sihat
    Selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.Cuba berjinak- jinak makanan sihat..Tak tau jinak ke idok..hihihi..

      Delete
  4. Insaf pulak tengok hari2 ada lemon panas kat sini. Sejak hari pertama puasa, hari2 sy hentam air manis2 dua tiga jenis, semalam jer sy bantai teh tarik 3 cawan dan tembikai segelas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru nak berjinak minum lemon tu SK...tak tau boleh jinak lama mana...hihihihi
      Air tembikai tu ,pesanan mak saya setiap kali Ramadhan tu

      Delete
  5. Sedaplah makan mcm ni,tapi saya setiap hari nk kena nescafe o panas klu buka, klu tidak lepas aje maghrib hanyut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka nescafe 0 tu,tapi tak tau pasai apa kalau minum nescafe jantung jd berdebar sepanjang hari.Minum kopi takpa pulak

      Delete
  6. Salmon tue makanan orang have have nie😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak beli tenggiri & ikan merah lagi mahal...hihihi

      Delete