Panjang tajuk entri ni.Kali pertama Ramadhan tanpa anakanda Cella bersama.Dengan abang & kakaknya sudah biasa bertahun .Masa depa study dulu memang tak dapat puasa bersama la kecuali sesekali depa balik.Tahun ini giliran Cella berpuasa jauh dari keluarga. Pagi semalam pukup 4.30 pagi dia whatsApp bagitahu sahur roti.Kami pun sahur pertama makan roti sahaja.Sahur ke 2 pagi tadi saya buar tortila sorang 1 roll .Tu sahaja sahur simple sebab semua tak nak makan nasi.Lepas maghrib semalam iftar 1 st Ramadhan dia cakap beli kat luar nasi,ayam Korea,wedges & air.Harga semua tu baru RM5.Alhamdulillah,semoga peniaga tu dimurahkan lagi pintu rezeki yang halal lagi barokah.
1st Ramadhan dia pilih nak masak Siakap 3 Rasa.Tapi ikan tu saya jugak la kena siang...hihihi
IKAN SIAKAP
3 RASA.
1 ekor ikan
siakap - sapu sikit garam
2 sudu tepung ubi
2 sudu sos tomato
2 helai daun limau purut
1 pokok daun ketumbar @ daun bawang -hiasan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
1/2 sudu cuka makan
Bahan Blend:
2 cili merah
10 cili padi merah
1 biji buah tomato (sederhana)
1/2 bawang besar
2 bawang putih
2 daun limau purut
1 pokok ketumbar -dengan akarnya sekali
1 serai
sikit lengkuas
1. Sapu ikan dengam sikit garam &
sapu tepung ubi. Goreng ikan hingga garing
2. Dalam minyak yang sama,tumis bahan blend hingga naik minyak
3. Tambah sos tomato,garam,gula,cuka & daun limau purut.
4. Masukkan ikan & tabur daun ketumbar / daun bawang
Ulam bayam brazil buat ulam.Kalau dulu saya rajin nak masak kuih la bubur la bagai.Sejajar dengan umur,sekarang dah malas.Memang tak buat kuih pun
Ni la hidangan kami 2 beranak untuk iftar...Ikan kerat 2,makan sorang 1/2.Adah amik video masa tengaj azan.Siap ada suara azan surau sebelah ni..Hihihi
Bagus tu amalkan minum air lemon untuk kesihatan.
ReplyDeleteSedapnya siakap 3 rasa. anak-anak suka lauk begini.
Dah tua- tua ni baru nak belajar minum lemon...hihihi
DeleteNampak menyelerakan sungguh sambal tiga rasa Adah tu. Ringan sikit dah bahu emaknya memasak, kan.
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeletesedap2 belaka
Saya baru nk masak siakap 3 rasa hari ini.saya tak guna cuka, tapi tambahkan perahan lemon dan hirisan bunga kantan.
ReplyDeleteLagi harum la kan letak bunga kantan...boleh try
Delete