Sunday, 25 April 2021

IFTAR TERAKHIR SEBELUM BALIK KL- 12 RAMADHAN-(1442)

 Semalam,Sabtu 12 Ramadhon 1442.Iftar terakhir di Kedah.Kebetulan hari Sabtu kat sini ada Nat Sabtu.Nat tu bukan sedara skru yer,hihihi.Nat tu kat Kedah maksudnya Pekan Sehari @ Pasar Minggu.Kalau ke pekan nat memang rambang mata la sebab macam- macam hasil pertanian ada jua.Dari segala sayur,buah- buahan,hasil laut hinggalah  ulaman rare.

Achik 

 Beli udang sebab Adah tak jemu- jemu nak makan udang.Minggu mi 3 kali kot udang.Semalamnya tu Achik masak udang goreng kunyit untuk dia.Hari ni sambal udang pula.

Sambal tumis buah macang muda.Ni makanan nostalgia Achik.Lauk yang menjadi sebutan Achik setiap kali nampak pokok macang.Ada orang panggil buah bacang.Kami panggil buah macang.

Ikan merah masak kicap.


Ni lauk rare ni.Nanti nak buat entri khas lauk ni
Sayur lemak buah gajus + sotong.

Ayam masak kicap khas untuk Aqil

Tapi hari ni Aqil taknak pula makan ayam sebab dia nak makan spaghetti

Sambal udang petai 
Ni sama la yang atas tadi.Cuma ni dalam tupperware.Sebab saya masak kat rumah,bawa kat rumah Achik.


Ni juga lauk rare.Hanya sesetengah tempat yang ada lauk ni.Gulai pucuk johar.Ada yang panggil pucuk juaq.Nanti saya nak buat entri khas juga lauk ni sebab tak ramai yang pernah makan lauk sedap ni.

Spaghetti ni nampak macam sempoi sangat tapi sedap & baunya sungguh menyelerakan.Tak tahu spaghetti apa sebab Achik yang masak.

Pisang goreng

Karipap frozen


Roti John & samosa.Samosa ni setiap kali balik Kedah,pakcik akan beli.Kali ini balik,dalam hati sangat sangat sayu melihat pakcik.Semoga Allah kurniakan kesembuhan untuk pakcik yang banyak budi & jasanya kepada kami semua.Ketika emak sakit Achik & Pakcik lah yang bergilir mengambil cuti untuk menjaga emak termasuklah mendukung & mencebok emak ketika emak mengalami Cikungunya.Ketika anak bujang habis SPM,Pakcik lah yang berusaha mendapatkan tempat untuk anak bujang saya menyambung pelajaran di kolej.Menanggung pengajian & setiap minggu menjemput & hantar ke asrama.Ketika Adah mendaftar di UiTM Segamat,Achik & Pakcik juga yang sanggup datang dari Kedah menghantar Adah hingga selesai kerana anak bujang baru menjalani pembedahan lutut & hari yang sama saya sedang final axam.Banyak kami terhutang budi kepada keluarga Achik & Pakcik.Semoga semuanya menjadi antara asbab untuk Allah ringankan kesakitan Pakcik & menguniakan syafakillahNya.






12 comments:

  1. Mudah-mudahan suatu hari nanti dapat merasa air tangan Mama Cella. Tak sabar nak tunggu entri masakan rare sayur lemak buah gajus dengan gulai pucuk jauhar.... eh! Johar. Tengingat sk di Tanah Jauhar la ni sampai tersasul hihihiiii.

    ReplyDelete
  2. sedap2 lauk.selamat berpuasa Cella

    ReplyDelete
  3. Sebak dan sayu baca tentang kebaikan Pokcik dan Achik. Sy sendiri tak mampu membina jasa seperti itu. Semoga segera sembuh ya Pokcik dan semoga Achik tabah dgn dugaan ini.

    Terlalu sedap gambar2 masakannya, rindu pulak nak makan spaghetti dan teringin merasa lauk yg rare tu

    ReplyDelete
  4. Izinkan saya mengameenkan doa2 yg dipohon pada Allah SWT.sangat bertuah keluarga ini saling bantu membantu wpun tinggal berjauhan

    ReplyDelete
  5. Sayu pulak bila baca akan kebaikan acik dan pokchik

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhan emak & Pakcik.Semoga Allah menggantikan takdir yang lebih baik untuk kita semua

    ReplyDelete
  7. Kakkk.. akhirnya dapat baca habis semua entry akak 😂. Aduhhh..ngences la tgk semua masakan tu..lagi² sambal udang ngan sambal bacang tu..
    Moga diberi kesembuhan untuk mak & pakcik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Semoga Jaja sihat bersama baby juga.Jaga kesihatan.Salam untuk Afnaf😁

      Delete
  8. Saya teringin nak tahu resepi spaghetti itu.

    ReplyDelete