Saturday, 17 April 2021

SETELAH BERBELAS TAHUN TIDAK KE BAZAR RAMADHAN- IFTAR RAMADHAN KE-4 (1442}

 Pekan tempat saya antara yang terkenal dengan Bazar Ramadhan yang makanannya sedap & banyak pilihan.Ramai akan mencari akok,nekbat,gulai kawah,ikan percik,ayam panggang  hatta kepada segala jenis minuman.Tapi itu dulu sebelum Covid melanda Malaysia & seluruh dunia.Semalam Adah ajak saya ke Bazar Ramadhan untuk beli juadah.Sebab terlanjur abangnya berbuka kat luar,katanya kita tak payah masak,beli sahaja.Dengan masih masih berbaju kurung kerja,kami merempit 2 beranak.Setelah berbelas tahun saya tidak ke bazar.Hanya masak sendiri & sesekali anak- anak pergi juga membeli di bazar tu terutama kuih akok,nekbat & martabak serta juadah lain yang saya tak reti masak 


Masa kami sampai pukul 6 tak ramai sangat.Bila nak balik dalam 6.30 ramainya la manusianya.Tuh,panjang beratur.Pastinya mereka juga menyangka bazar dalamnya itu sama seperti dulu.Tapi peniaga juga ada alasannya.3 hari puasa memang petang hujannya lebat,maka agaknya ramai yang tak mahu ambil risiko lalu hanya menyediakan juadah  jualan seadanya  sahaja.Faktor covid juga tak boleh dijangka.Selalu turun naik susah diramal


Penuh dengan motor kerana kebanyakan datang dengan motor .Kalau datang dengan kereta,alamatnya tersangkut dalam jem & memang tiada parking.


Manusia yang datang nak membeli lagi ramai daripada penjual di Bazar.Kebanyakan membeli makanan berat seperti nasi,murtabak & roti john.Tiada sangat pelanggan di gerai kuih.Tidak seperti 20 &. 30 tahun yang lalu ketika saya baru sampai ke KL.Masa tu gerai kuih muih & manisan macam cendawan tumbuh.Aneka kuih yang tak penah jumpa dari seluruh pelosok negara boleh ditemui di Bazar Ramadhan.Setiap pengunjung akan penuh dua belah tangan menjinjing bungkusan makanan


Hari ini setelah berbelas tahun tidak mengunjungi Bazar Ramadhan,saya menyaksikan perubahan yang sangat ketara.Selain tapak bazar yang sudah berkali- kali beralih tempat,suasana juga sudah jauh berbeza.Apatah lagu sejak Covid melanda.Jika tahun lepas,memang tiada langsung Bazar Ramadhan dibenarkan buka,semua merindui.Tahun ini walaupun dibenarkan beroperasi,suasana jauh berubah.Hanya semusim  mampu mengubah landscape .Saya mambayangkan suatu hari nanti keadaan akan kembali seperti tahun- tahun 80-an & sebelumnya..
Wallahu'alam

Adah beli la juga sebungkus air jagung kecik ni RM3.Kemudian ajak balik.Katanya baik masak kat rumah kalau macam ni.Katanya baru pukul 6 lebih sempat lagi masak simple- simple.Tapi saya ajak juga dia beli sikit makanan sebab dah terlanjur datang

Dia beli takoyaki ni RM5

Kuih tepung pelita bite size ni RM7.50


Saya beli kuih dangai.Sebiji 70sen.Minta 3 ,tapi Adah bayar RM3 & keep the change.Bila buka kat rumah  dapat 2½ sahaja sebab yang 1 tu memang separuh sahaja.Agaknya masa dia sepit tu kuih tu tertanggal kot.
Hihihi..

Nampak ada kambing.1 pack dia tulis RM8.Portionnya kecik sahaja,dalam bekas kecik tu.ni dah zoom in.Tapi boleh la sebab nama dia kambing.Sekali masa cust.depan saya membeli 2,& bagi rm20,terus penjual tu ambil tanpa pulang baki.Customer tu tanya baki lagi RM4 ,penjual tu cakap harga dah jadi RM10 sebab kentang goreng habis.Laaaa kok gitu..Terkebil- kebil cust tu .Mungkin dia dah bajet baki lagi RM4 tu nak beli air ker...hihihihi..Tapi saya beli juga sebab tak ada pilihan lain yang menarik

Balik rumah saya potong buah yang memang dah ada dalam peti ais.

Sambil tu rebus seketul keledek  ungu & seketul keledek kuning

Inilah juadah iftar saya semalam.Tu la portion kambing tu bila dipindahkan dalam pinggan.Berjurai air liur menggigit & mengunyah sebab daging tak mau putus..Hihihi....
Air jagung Adah.
Lemon panas ni saya punya.
Sahur tadi saya hanya buatkan wrap .Hanya guna filling daging burger + salad,mayo & chilly sauce untuk depa 2 beradik tu.
Hari ni tengah memikir nak masak apa.Jiwa down setelah melalui peristiwa tak menyeronokkan di balai polis pagi tadi.Ada rasa yang tidak terucap.Ada geram yang terbuku di hati









6 comments:

  1. Hehehee... termenung seketika baca cerita kambing dengan customer yang terkebil-kebil tunggu baki RM4 tu.
    Meriahnya hidangan berbuka puasa. semuanya nampak sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,masih ada rezeki kita dilimpahkan Allah.Pasal kambing tu,saya memang lama juga memberatkan kepala memikir.hihihi

      Delete
  2. Wak belum pernah turun bazar ramadan lagi puasa kali ini.
    Biasanya anak dara waklah yang membeli belah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang lelaki biasa tak suka tempat sesak kan Wak.Anak dara,depa ada taste depa sendiri dalam membeli juadah-juadah terkini

      Delete
  3. Kalau Amie termenung seketika, sy pulak termenung panjang...

    Apa kisah di balai polis tu???

    ReplyDelete