Hati tidak tenteram sepanjang hari semalam.Ada rasa yang tidak terkongsi..Boleh jadi kifarah dosa.Mungkin juga ujian Ramadhan barangkali.Balik dari balai polis,ajak Adah ke pasar nak beli lauk basah.Pun melalui peristiwa yang menjengkelkan hati.Cancel masuk pasar,teringat Sabtu ada pasar tani @ Permaisuri.Dah sampai pasar tani......Loh,pasar taninya tutup sebab tapak pasar tu dah jadi bazar ramadhan.Penuh khemah bazar Ramadhan.Adah suggest gi Tesco walaupun belum pukul 8 pagi.Saya ikut sahaja sambil layan hati.
Tu yang jadinya iftar salmon grill.Saya cakap salmon agak mahal.Tapi Adah kata..kan kita dah banyak cut bajet puasa kali ni.Kita dah taknak buat kuih,bubur & banyak lauk.Kita hanya nak masak 1 lauk,1 sayur & buah sahaja.So,bajet tu boleh la ganti salmon.Lagipun kat Tesco harga salmon jauh lebih rendah dari Hero.Beza berbelas ringgit dari Hero.Maka beli la salmon 2 keping RM12.
Kalau kat Hero boleh cecah RM20 ni
Untuk anak bujang yang tak makan ikan saya panggang 1/4 ayam ni untuk dia.
Pun saya hanya guna garlick spread + sikit garam.Sebab nak warna nampak cantik skit saya ikut tips cikgu Amie iaitu sapu kicap manis.Kelar skit ayam tu.Memang cantik la warna ayam panggang bila sapu kicap manis!
Panggang 20 minit dengan suhu 200°.
Hidangan saya & Adah.Salmon grill & sayur broccoli
Anak bujang balik kerja dibelinya makanan favourite dia.Roti John.Dia cakap beli 1 sahaja tapi peniaga tu sedekah 1..Alhamdulillah
Sudahnya 1 dia makan masa iftar,sebab saya tahu dia tak kenyang bila portion nasi dah kena cut.Hihihi.Dia biasa makan nasi banyak sampai badan naik dan naik dan naik.Sekarang dah kena cut nasi hanya sesenduk.Sahur pun dah tak ada lagi heavy meal...hihihi
Apalah juadah iftar anak dara bongsu nun di Pantai Timur.Masa dia call pukul 6 petang,katanya baru balik kuliah & nak ke Bazar Ramadhan.Call emak waktu tengahari,kata emak setiap hari iftar kat rumah Achik.Semoga Allah mudahkan urusan kita semua.
Simple but healthy 😉.saya hidangn gini boleh tambah nasik..x tambah satg buat apapon x kusyukk dah hahaha
ReplyDeleteSaya pun sam jer Naz,cuma kengkonon puasa ni nak kurangkan sikit nasi.Nasi jer la yang kurang nya🤣
DeleteLama dah nak kata, baru sekarang dapat berkata : Nampak macam hidangan DSSS! Karbo suku, protein suku, fiber separuh! Berkaramel ayam panggang sebab bubuh kicap manis ye. Lemon panas tetap tak tinggal tu! Khasiat lemon itu selain rasa masam, kulitnya yang pahit itulah yang tinggi khasiatnya.
ReplyDeleteHihihihi...Cikgu,doakan saya istiqomah.Saya ni pecinta manis,tu yang payah...hihihi
DeleteAyam tu ikut tips cikgu sapu kicap.Memang cantik la.
makanan sihat
ReplyDeleteSelamat berbuka puasa
Alhamdulillah.Cuba berjinak- jinak makanan sihat..Tak tau jinak ke idok..hihihi..
DeleteInsaf pulak tengok hari2 ada lemon panas kat sini. Sejak hari pertama puasa, hari2 sy hentam air manis2 dua tiga jenis, semalam jer sy bantai teh tarik 3 cawan dan tembikai segelas.
ReplyDeleteSaya baru nak berjinak minum lemon tu SK...tak tau boleh jinak lama mana...hihihihi
DeleteAir tembikai tu ,pesanan mak saya setiap kali Ramadhan tu
Sedaplah makan mcm ni,tapi saya setiap hari nk kena nescafe o panas klu buka, klu tidak lepas aje maghrib hanyut
ReplyDeleteSaya pun suka nescafe 0 tu,tapi tak tau pasai apa kalau minum nescafe jantung jd berdebar sepanjang hari.Minum kopi takpa pulak
DeleteSalmon tue makanan orang have have nie😁😁
ReplyDeleteNak beli tenggiri & ikan merah lagi mahal...hihihi
Delete