Setiap kali Ramadhan ( kecuali tahun 2020) pastinya bubur lambuk Kg Baru mendapat liputan media.Hari Selasa baca surat khabar ( saya masih baca surat khabar kertas,bukan online) tentang persediaan peralatan untuk masak bubur lambuk hari pertama puasa.Beberapa malam lepas tengok kat TV agihan bubur lambuk Kg Baru diagihkan kepada orang ramai.Teringinnya nak makan bubur lambuk Kg Baru.Walaupun Kg Baru bukan jauh sangat tapi saya belum pernah merasa bubur lambuk masjid Kg Baru tu.20 tahun yang lalu,masa mengandungkan Cella, saya pernah mengidamkan bubur lambuk Kg Baru,tapi sampai hari ini belum dapat merasa.Dah menunggu sahaja,tidak berusaha pergi beratur di sana,memang tak dapat la..hihihi
Makanya,hingga hari ini memang tak dapat la merasa bubur lambuk Kg Baru tu.
Saya berbelah bahagi nak pergi ambil.Malu,sebab sesuatu yang saya tak pernah pergi beratur & ambil bubur lambuk.Dulu zaman anak bujang saya masih sekolah,memang setiap weekend dia akan sertai membantu jemaah surau masak bubur lambuk.Memang dia akan bawa balik buburnya.Tapi semalam,hanya saya & Adah yang ada dirumah.Takkan saya nak suruh Adah pergi beratur,macam tak sesuai anak dara nak gi beratur.Lagipun,takkan nak perginya dia waima diupah sekalipun.Hihihi
Maka,dengan bismillah,saya tukar baju,capai tudung & menuju ke surau.Alhamdulillah,tidak beratur pun,terus sahaja dihulurkan 2 bekas bubur lambuk ni.Kalau di Kedah,bubur lambuk dipanggil "Kanji".Rasa & bahannya lebih kurang bubur lambuk KL juga,cuma kanji biasanya ditambah kucai.Aroma kucai tu yang membuatkan rasanya unik & sedap.Kebanyakan masjid memang menyediakan setiap kali Ramadhan untuk agihan.
Sy pun teringin sangat nak merasa bubur lambuk kg baru.. Pak Inche pulak memang tak makan bubur lambuk
ReplyDeleteHuhuhu,bila kita nak pi beratur kat Kg Baru ni Sk?Hihihi
ReplyDeleteOrang lelaki memang kebanyakan tak suka bubur- bubur ni kan..
Arwah ayah lahir di Kampung Baru Kuala Lumpur. Tak sah rasanya kalau tak pernah makan bubur lambuk Kampung Baru. Saya pernah makan bubur lambuk di sini zaman saya remaja, zaman belajar di KL. Waktu tu nak jimat belanja. Ambil saja di masjid waktu petang.
ReplyDeleteKlu ada bubur lambuk, bubur yg saya makan dulu.
ReplyDeleteCikbunga tahun nie belum rasa lagi bubur lambuk👆
ReplyDelete