Salam 7 Ramadhan 1442
Rezeki iftar semalam.Hari Ahad bersamaan Ramadhan ke-6 untuk tahun 1442H.Ayam tu saya rebus dengan bawang putih & halia.Bila 1/2 masak saya angkat & gaul dengan bawang putih tumbuk+ halia & sapu kicap manis.Air rebusan ayam saya tambah tauhu,tomato ,garam & lada hitam tumbuk untuk jadikan sup.Sup tu saya lebihkan kuah sebab sup tu untuk makan dengan nasi & kuahnya juga saya cedok untuk masukkan dalam beras nak masak nasi ayam tu.Nasi tu saya masak dalam cawan aluminium sahaja.Jerang air dalam rice cooker hingga mendidih. Masukkan beras 1/4 & penuhkan dengan kuah sup rebusan ayam.Letak daun pandan untuk aroma.Letak cawan- cawan berisi beras & sup ayam tu dalam rice cooker yang berisi air mendidih tadi.Biar nasi tanak.Bila nampak beras sudah kembang & airnya kering tolakkan button cook kepada warm.Biar hingga waktu iftar .So,nasi kekal panas.Untuk 3 cawan nasi tu saya gunakan 3/4 cawan beras (cawan yang beli rice cooker dapat cawannya tu).Pastu bahagi sama banyak untuk 3 cawan aluminium tu.
1 cawan nasi untuk anak bujang.Banyak juga.Kesian dia bila nak makan terkial-kial sebab pinggan penuh sayur.
Saya suruh Adah isikan nasi abangnya dalam pinggan lain.Habis dikaisnya sayur.Hanya makan nasi & ayam cicah kicap tu...Hihihi
Sup tauhu ni sedap.Tapi sebab saya bukan jenis makan nasi berkuah sup.Akhirnya lupa nak hirup sup sebab asyik mencich ayam dengan kicap
Tumis dengan bawang putih sahaja + sikit garam.Sebaiknya celur dulu sayur ni baru tumis.Rasa lebih sedap
Tapi hanya saya & Adah suka sayur ni.Anak bujang tak suka sebab dia kata pahit.
Bismillah.....
Lemon panas.
Lemon panas.
Alhamdulillah....
Beberapa hari lepas hati terjentik hati bila terbaca kisah seorang security guard di Damansara bersahur hanya dengan nasi kosong bersama air garam.Tengok video tu nampak berselera dia makan tanpa merungut.
Malam tadi menonton Buletin Utama terselit kisah pelarian Syria menjalani ibadah puasa.Mereka yang terperangkap dalam kancah perang bergelut dengan kesusahan & perasaan yang bercampur.Dahulu mereka juga hidup senang,makan makanan yang sedap- sedap.Bila diuji dengan kesusahan itu,bukan mudah untuk menyesuaikan diri terutama anak-anak yang sudah biasa hidup mewah sebelum ini.Peperangan sememangnya memberi kesan yang besar.Semoga Allah memudahkan urusan & melimpahkan rezeki yang halal lagi barokah untuk kita semua & saudara
Sedap juadah berbuka puasa.Kailan bunga tu klu goreng dgn ikan masin lagi sedap.betul ckp mak cella kita seharusnya bersyukur dgn apa yg kita ada
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteBetul tu,kalau letak ikan masin lagi sedap kan...
Unik juga makan Nasi Ayam dengan Sambal Kicap tu. Betullah, kita kena bersyukur selalu, semoga kita dijauhkan dari medan perang, cukuplah dulu nenek moyang kita menempuhnya.
ReplyDeleteAaaa.. malam ni nak jugak buat lemon panas la
SK ,dah buat ke lemon panas tu..hihihihi
Deletesedapnyaaaa kak.. mst terangkat aroma nasik ayam tu setiap mangkuk tu ada daun pandan
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap Mim.Bila buka periuk memang aroma pandan mnerjah hidung
DeleteYa la mama Cella skrg ni bila tengok post orang susah nak mkn mula mata masuk habuk. Kita dulu susah gak smpi tak de beras tapi tak terasa sbb semua on susah.skrg ni wpun tak la taraf kayangan tapi sangat lah bersyukur semuga Allah tak ambik apa yg kita nikmati sekarang.Ameen
ReplyDeleteKan...dulu susah pun semua susah & hanya tak ada duit,makanan lain banyak lagi sebagai altenatif.Sekarang kalau miskin bandar memang susah sungguh
DeleteSedappp nyer nasi ayam...nanti nak try👆👆
ReplyDeleteInsha Allah sedap
DeleteKicap tu, mengancam betul Makan dengan ayam rebus, ayam panggang, ikan goreng pun sodap ni!
ReplyDeleteSambal kicap tu memang sama macam ciciah ikan ja cikgu.Ayam tu,idea cigu sapu kicap..Hihihihihi
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteSelamat berbuka puasa
Terima kasih wak
DeleteWaduuuh ..., kaldu sup ayam dan sambal kecapnya .., bikin saya lapaar.
ReplyDeleteNampak lezat sekali!.
Sabar ya Himawan,nanti waktu iftarnya boleh makan....Sejeak menjadi subscriber untuk Jul Elang & Anger Pradesa,selera saya sudah terarah lauk-lauk simple begini.hihihi
Delete