Wednesday, 28 November 2018

SUP FUCUK CAMPUR NOSTALGIA ORANG BUJANG

Sup Fucuk Campur
Tapi mak aku cakap Sup Fucuk Campur Nostalgia Orang Bujanv..
Apa kaitannya?
Mmm...mak aku cakao ni Sup yang mak aku selalu masak masa bujang...
Hahaha....Sup Orang Bujang la tu..
Mak aku cakap masa study dulu tahun 1990-an...
Tinggal kat rumah sewa ramai2..
Dolu2 mak aku cakap  masak sendiri sebab nak jimat...
Mak aku cakap nk sewa peti ais pun x mampu...
Mak aku kata banyak makan dan masak lauk-pauk menggunakan bahan kering sahaja kerana tak perlu simpan dalam peti ais..
Mak aku cakap telur,ikan bilis,sardin dan kentang memang bahan wajib
Sup Fucuk ni plak mak aku kata lauk berkuah yang selalu dimasak untuk makan ramai2...
Mmm....macam best jer duduk rumah sewa ramai2..

Sup Fucuk Campur ni..
Jarang mak aku masak...
Rasanya hanya beberapa kali jer aku makan sup macam ni...
Mak aku cakap sup ni  nenek x pernah masak dolu2..
Mak aku kata mak aku kenal sup ni kat KL masa study sebab menyewa ramai- ramai..
Ada yang masak sup ni & pastu mak aku cakap mak aku pun ikut juga..



Sup Fucuk Campur ni mak aku masak untuk lunch aku ngan abang hari Isnin...
Mak aku masak Sup Fucuk Campur ngan Sambal  Tumis..
Mak aku dah siap masak nasi sekali..
Sebelum keluar mak aku pesan nanti nak makan buatlah Telur Dadar sendiri...
Mmm....aku x buat pun..
Hahahaha...
Abang makan nasi ngan sup ni jer..
Tapi sup ni ratah pun sedap
Heee...



SUP FUCUK CAMPUR
2 keping fucuk- rendam kembang
secekak suhun- rendam kembang
segenggam kim cham kering- rendam lembut
sejemput ikan bilis bersih
2 biji kentang - kiub besar2
1 sudu minyak
1 sudu teh garam
sikit daun bawang

1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing.
2. Masukkan 3 cawan air
3. Masukkan kentang dan masak hingga mendidih dan kentang empuk..
4. Tambah kim cham,suhun dan fucuk dan masak hingga lembut
5. Sesuaikan rasa dan tabjr daun bawang



Mak aku cakap ...nak buat sup ni sebab hari tu ada beli set sup fucuk campur ni..



Mak aku cakap sebab ni product muslim..
Selalunya makanan macam ni lebih senonim dengan orang Cina...

Ni Kim Cham kering...
Hari tu ada Aunty Masa tanya beli kim cham kat mana...
Haaa.....tu siap ngan label & harga ..
Beli kat CS
Semalam gi Hero..
Tengok kat Hero pun ada..
Haaa...nanti Aunty Mas boleh cari kat Hero Sg Buluh...
Cari kat bahagian ikan kering..bilis dan bawang tau..
Sebab kiter nampak Kim cham kat Hero tu



Kim cham kering ni mak aku cakapmkena rendam dan basuh beberap kali


Guna minyam sikit jer untuk goreng ikan bilis



Mak aku cakap ada kawan Chinese ..
Puan Wong yang kasi tips nak buat kuah sup sedap...
Kena goreng ikan bilis bagi garing
Pastu masuk air dan reneh agak lama supaya semua rasa dari ikan bilis keluar dalam kuah sup..?
Reneh tu apa..?
Mak aku cakap reneh tu masak @ rebus dengan api perlahan agak lama...
Contohnya masak masak sup dan masak bubur..
Setelah mendidih api dikecilkan dan dibiar mendidih perlahan tu yang dinamakan reneh..
Oooooo


Mmmm...betul la...
Kuah sup lebih sedap


Kentang...
I like potato..!



Seperiuk Sup untuk aku ngan abang..
Periuk kecik la..
Bukan periuk besar..
Hahahaha


Slruppp
Slruppppp....
Ok..bye

4 comments:

  1. salam

    lauk hujung bulan... dan musim hujan.. mak kita selalu masukkan telur sebelum padamkan api...

    ReplyDelete
  2. dapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......nak carik kincam..nak carik kincam

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAhahaha...carik jangan x carik..
      Aunty mas nyayi ke...
      nak cari kayu...nak cari kayu
      hahahaha

      Delete