Jumaat lepas adalah hari terakhir Cella menimba pengalaman bekerja dalam cuti semester..
Anak jantan tu pun bawa bekal yang sama...termasuk juga saya memang bekal pulut kuning
Saya masak rendang ayam versi tumis dan ayamnya digoreng dahulu.
Rendang ayam ni saya masak waktu malam sebelum tidur..Esoknya panaskan ja semula sambil kukus pulut
Untuk bekal..
Pack sesiap supaya senang depa nak makan..
RENDANG AYAM GORENG
1 ekor ayam potong 16
( lebih kurang 2kg++)
1 kotak santan Kara + 1 cawan air
2 asam keping
1 keping kecil gula melaka
( boleh ganti 2 sudu gula perang)
2 sudu kerisik
4 sekawan untuk tumis
( kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga)serba 2 pcs
minyak,garam,daun limau purut
Bahan Blend:
30 cili kering- rebus
1 labu bawang Holland
5 bawang putih
2 batang serai
5 hiris lengkuas
1. Gaul ayam dengan garam kunyit dan goreng hingga masak.Ketepikan.
2. Panaskan anggaran 1 cawan minyak dan tumis bahan blend.Masak hingga naik minyak
3. Masukkan ayam goreng dan santan + 1 cawan air .Tambah garam,gula melaka,asam keping serta daun limau purut.Masak hingga mendidih.
4. Masak hingga agak kering + tambah kerisik.Perlahankan api sambil kacau hingga kuah mengering dan naik minyak.Sesuaikan rasa
Rendang ayam ni saya masak waktu malam sebelum tidur..Esoknya panaskan ja semula sambil kukus pulut
PULUT KUNING
1½ kg pulut.
2 asam keping
2 sudu kecil serbuk kunyit
½kg santan pekat segar
1 sudu kecil garam
1 sudu makan gula
1 pandan
1. Cuci dan rendam pulut bersama serbuk kunyit dan asam keping.Rendam semalaman @ sekurangnya 4 jam
2. Basuh pulut untuk kurangkan sisa serbuk kunyit dan kukus hingga masak.Anggaran. ½ jam.
3. Tambah gula dan garam dalam santan pekat.
4. Bila pulut masak,angkat dan tuangkan dalam bekas besar.Gaulkan dengan semua santan dan kacau rata sambil ditekan -tekan pulut hingga santan meresap dan nampak berkilat.
5. Alas pengukus dengan kain maslin dan tuangkan pulut atas pengukus.Kukus semul pulut bergaul santan TANPA menutup pengukus.
6. Kukus hingga naik wap lebih kurang 10 minit dan pindahkan dalam bekas.Sedia dinikmati
Saya pernah terima pemberian pulut kuning comel yang hanya dimasukkan dalam paper cup
( muffin paper cup) yang diletakkan seketul rendang daging dan sebiji tomato ceri di atasnya.Comel sangat dan cukup untuk 2 - 3 suapan sahaja.Sesuai untuk jamuan dan juga pemberian sebagai gudis.Tapi bila masak pulut kuning asyik lupa nak buat macam tu
Mak Ngah, santan utk pulut tu boleh ke jika nak guna santan kotak?
ReplyDeleteMemang bagus bagi pulut dalam porsi kecil letak dalam muffin cup tu sebab sy biasa nampak orang makan 2, 3 suap aje, kemudian tinggalkan begitu jer. Pernah juga masa tu pergi kenduri kawan pejabat, tuan rumah bagi pulut, pulut tu sampai dah berkulat tak dimakan. Rupanya member tak suka pulut tapi ambil sebab dia isi dalam gelas comel. Bagi aku pun takpe, kata hati saya 🤣.
Saya pernah sekali try guna santan kotak SK...
DeleteTapi hasilnya tidak cantik k
tidak berkilat kerana santan tak pecah minyak dan nampaknkedan putih.Tak tau kot orang lain buat jadi elok @ mungkin ada tips lain kalau guna santan kotak yang saya tak tau
Tapi bab ambil pulut tak makan tu sayang la kan...hihihi
Oh, kena guna santan segar jugak la ni.
Deletewahhhh sedapnya kak oi... dana suka makan pulut tapi itulah sejak jaga makan ni kdg teringin rasa sikit je bt syarat
ReplyDeleteAda orang alah dengan pulut..Tapi saya Alhamdulillah bab pulut tiada alahan.Makanan lain ada juga yang saya alah..
Deletelama dah ammi tak memulutkuning ni. nak tunggu si bujang kat asrama tu balik hujung bulan nantilah kita buat. buat sekarang confirm masa makan terbayang muka dia sbb dialah hantu pulut kuning
ReplyDeleteMak ni cam tu la kan...
DeleteMakan apa pun akan ingatkan anak
Oh, terakhir kukus tanpa penutup. Saya terbayang pulut kuning nampak berkilat!
ReplyDeleteKalau buat dalam jumlah sikit ,& tak simpan lama,pada tekak saya ...lepas gaul santan tak payah kukus semula lagi sedap swbab lebih lemak.
DeleteKukius semula tu kalau nak bagi tahan lama supaya santannya oecah minyak..Kukus tanpa tutup tu agar pulut tidak lembik dek wap air yang menitis
Kemas dan rapi bungkusannya
ReplyDeleteDalam gambar ja tu uncle...
Delete🤭...apapun terima kasih uncle
omg..sedapnya kak.. lama x makan ni
ReplyDeleteKena makan MA....kena jaga perut ....agar kenyang🤣
DeleteFav kak lin ni.. apa sj base pulut, mmg kak lin suka.. sllunya kak lin hentam je guna santan kotak.. mkn sndri je pun.. 🤭
ReplyDeleteKalau guna santan kotak untuk pulut tu ada tips dia...share la k.lin..
DeleteSy pernah try...tapi pulut jadi keruh dan macam berkeladak sikit..
Mungkin ada tips @ step dia yang saya tak tau..
Share la k.Lin..nanti saya try lagi
Mmg kalau guna santan kotak, pulut kurang berkilat.. tp sbb nk mkn sndri, kak lin hentam je.. ada org kata buh minyak sikit, xtau la.. 🤭
DeleteNanti kita try letak minyak sikit..Kalau ok sudah bagus...santan segar bukan selalu kita ada stok kan..
Deletekalau frozen pun lelama bau tengik jugak