Sejak beberapa minggu ni tempat kerja kami disinggahi seekor makhluk ..
Kadang dia turun ke tanah...
Kadang dia seakan ingin berkawan dengan kami...
Mula dulu dia seakan takut dengan orang.Tapi lama-lama dia dah tak takut..Ramai yang cakap ada anak monyet..
Tapi saya katakan kepada mereka ..tu anak lutong sebab bulunya kelabu dan yang paling nyata tanda putih pada matanya..
Melalui pengalaman saya,lutong ni jenis yang suka bergerak dalam kumpulan tetapi mereka salalu bergerak dengan senyap.Buka jenis kecoh riuh rendah macam kera.Mereka ni pemalu tapi awas,jangan diganggu.Walau fizikal nampak serupa tapi perangai mereka ada perbezaan.
Dulu-dulu zaman sekolah rendah,kalau balik sekolah kadang penat kayuh basikal kami akan berehat bawah pokok terutama kalau kawasan berbukit(jalan berbukit kami sebut "gon")
Tengah berehat tetiba rasa macam kita diperhatikan..Jenguk kiri kanan takda apa..Pandang atas...
Nah,rupanya sekumpulan lutong dok perati kita..Depa tak kacau orang tapi kita la terkejut tengok depa..Dah la muka putih..!
Satu lagi,dulu-dulu kalau pakai bedak tebal terutama kalau pakai bedak batu nasila( kami panggil bedak nyonya) sampai muka putih...orang-orang tua akan cakap pakai bedak macam lutong!
Hihihihi...
Ini lah anak lutong tu..
Comel kan...
Entah dari mana datangnya tidaklah siapa tahu..
Cuma perasan dah beberapa minggu sedar akan kehadirannya.
Mujur juga kat tempat kerja ni ada pokok mangga yang berbuah lebat dan sedang masak menjadi makanannya.Mangga tu manis tapi kami malas nak kait sebab banyak buahnya ada ulat dan kumbang dalam tu..Memang rezeki anak lutong ni la makan mewah...hihihi
Tapi semalam lutong ni dah tak da dah...
Mula JPAM datang cuba tangkap tapi lutong ni cerdik...dia panjat pokok tinggi-tinggi..bila nampak anggota JPAM tu dah give up..dia boleh bergayut rendah dan turun sampai ke batang pokok..Pastu bila dia rasa terancam,dia laju-laju panjat tinggi..Geram..tapi comel je tengok dia nganjingkan orang..hihihi
Namun,sepandai tupai melompat pun boleh jatuh ke tanah...
Akhirnya anak lutong ni berjaya juga ditangkap PERHILITAN..
Semua orang pun sayang pada anak lutong ni ..
Ada ja yang melahirkan rasa nak menjaga dan memelihara anak lutong ni...tapi bukan boleh bela sembarangan kerana kita tertakluk kepada undang-undang terutama haiwan yang diancam kepupusan.Siapa yang tak sayang haiwan comel macam ni
Kerana sayang lah,maka ia akan dihantar ke habitatnya agar dia dapat menjalani hidup yang lebih baik secara semulajadi.
Paling saya bimbang,jika ada orang yang tak bertanggung jawab akan tangkap anak lutong ni untuk tujuan yang tak sepatutnya..Dah la binatang ni dah mula jinak.
Hari ni dah tak ada lagi kelibat anak lutong ni...
Semoga Cik Tong bahagia kembali ke habitat nya....
Comelnya lutong.. kalau ad anak patung lutong ni mesti saya nak
ReplyDeleteheheh
Aaa..aa kan..kalau ada anak patung lutong pun comel kan
DeleteSesat kot...
ReplyDeleteYa orang tua² kita dulu suka usik pasai lutong ni...ingat lagi la haha
Agaknya la ...terpisah dari kumpulannnya
DeleteHehehee...lotong memang comel!
ReplyDeleteTeringat kecik-kecik dulu kalau ke kebun (tepi hutan) selalu dengar suara lotong dan siamang berbunyi.