Semalam Shifa cakap dia nak belanja lunch untuk saya,Kak Zam & Ratna..Kata Shifa dia jumpa port baru yang sedap makanannya & nak kongsi rezeki belanja kami.
Tapi tak tau pula ada tempat makan sedap kat sini..
Sebelum ni datang parkir kereta jenuh juga cari petak...Rupanya depan tu betul- betul tang kona..depan pub & lounge ada privete parking RM6/entry..
Jangan la dok pi masuk enjoy kat pub tu pulak🤣
Restoran ni terletak kat ground floor ja..Mula nampak macam restoran cina.Sebab kat luar tu ada sebuah restoran cina....Cuak dah...dalam hati adakah Shifa nak bawa ke restoran cina...
Adoii,...jangan la bukan-bukan Shifa oii....🤣
Rupanya restoran kat dalam ..Betul-betul kat enterence...Masuk je dah nampak belah kiri
EAST MEET WEST
Masuk je pilih meja(walk in) dan memang dah siap gelas dan sudu garfu tersusun kemas atas meja mengikut bilangan kerusi.Mejanya kemas bersih dengan alas meja merah corak petak ala inggeris.
Restoran biasa -biasa saja tapi 1st impresion tu ..Waaaa!
RM11
Udang 2 ekor besau-besau dan siap belah belakang & memang fresh.Nampak sikit sebab pinggan dia besar kan.. tapi portion dia memang agak banyak.
Kongsi-kongsi menjamah...Memang rak dapat dinafikan ..
Rasanya sungguh sedap dan udangnya memang segar.
Tiada tauge...tiada kucai tapi yang hijau tu daun bawang gemuk-gemuk dan manis bergabung dengan kue teow dan fish cake yang kenyal.
Menghirup kuahnya...
Mmm...ya memang sedap..Udang & fish cake dia memang berkualiti
Jom...tengok apa saya order..
Tak ingat pulak harga mee udang ni ..tapi dalam belasan ringgit..cuma tak ingat harga yang tepat
Dah kata East Meet West kan...
Depa semua pilih east...saya pilih la west...hihihi
Saya pilih Fish & Chips (kalau tak salah harga RM17)
Tapi ni dihidangkan dengan black pepper sauce..
Ikannya rangup diluar & juicy serta tak ada bau hanyir...sungguh sedap digandingkan dengam black pepper sauce...Friesnya tidaklah crispy tapi ada kelainan rasa.Macam depa sprincle dengan cajun ke paprika ke apa...sedap bila dicelup sos lada hitam tu...licin....
Dah tak sabar nak makan..aroma masakan ni sungguh menggoda
Shifa tengah membayar..
Tak lama lepas tu chef dia keluar berbual dengam kami...
Laaa...Chef Abas...patut macam familiar mukanya..
Sayang pulak lupa nak snap pic Chef Abas...
Seronok dengar cerita Chef Abas yang pernah menjaga makan Almarhum DYMM Sultan Azlan Shah dan juga banyak pengalaman menjadi chef dibeberapa buah negara .Namun seperti kata perpatah..
"Sejauh Mana Seluang Melaut,Akhirnya Pulang Ke Lumpur Juga"
Begitu juga dengan Chef Abas yang akhirnya beliau memilih untuk kembali ke Malaysia...
Menurut Chef Abas,beliau sudah terbiasa menggunakan bahan yang segar dan berkualiti & beliau tak reti nak masak cincai cincai..
Dari segi keuntungan,pastinya lebih mewah di luar negara,namun katanya bila do East Meet West kat sini beliau korbankan harga demi memastikan pelanggan dapat merasa air tangannya dan kesegaran bahan.
Cuma satu pesanan ikhlasnya...
andainya ketika berkunjung ke sini waktu puncak,jangan ambil hati jika wajahnya macam " Asam Keping" kerana beliau bergelut dengan masalah jantung yang dihadapinya sekarang.Kadang kalau terlalu stress wajahnya akan mencuka tetapi percayalah beliau tetap akan memasak dengan penuh ikhlas..
Beliau juga buka sesapa nak jadi pengedar...dan dengan telusnya Chef Abas bagitau ....kalau sesapa nak jual kat tempat kerja ka ....dapat keuntungan RM2/pack
Kalau kawan kawan order 50 pack..dapat pulangan RM100..
Kalau 100 pack...kalau 1000 pack...
Tapi saya lupa nak tanyab1 pack tu beliau tolak borong berapa RM....maklumlah saya tak pandai berniaga....hehehe
Hehehe... dapat bayangkan wajah asam keping macamana.
ReplyDeleteApa pun tahniah buat Chrf Abas dengan semangat patriotismenya itu!
Eh, sy rasa kdg muka sy pun masam mencuka masa tgh penat, ia semulajadi kan ðŸ¤. Kita ingat Mak Ngah order kambing 😋.
ReplyDeleteWah.. kebetulan abg yan nk blnja mkn.. umi cella cte plk psl tmpt ni.. kat jln pudu ke ni? 🤔
ReplyDeleteNampak sedap semua makanan tu.. fish n chip tu feveret kitaaaa ðŸ¤
ReplyDeleteSaya catat dulu tempatnya. Nanti kalo ke KL lagi nak pula visit dan makan di restoran sana. Memang nampak sedap kak. Saya selalunya lebih suka makanan rumah melayu seperti ini🤤
ReplyDeleteBestnya bila ada yang belanja...bila la dapat jumpa akak ni..dlm gambar x nampak muka..hehehe...semoga murah rezeki yg belanja ye
ReplyDelete