Saturday 7 October 2023

CUBAAN MASAK CIRENG

 Selalu nampak kat youtube sejenis kudapan dari seberang ni..Dibuat dari tepung tapioka aka tepung ubi kayu.Menurut info yang saya baca Cireng itu katanya akronim daripada pati tepung ubi (aci) dan masak dengan cara  digoreng.. Lalu digandingkan jadilah "cireng" Satu lagi yang saya selalu nampak ialah "cilok" iaitu akronim dari aci dicolok( dicucuk dengan lidi).Ada lagi satu "Cimol" ..lupa pulak mol tu singkatan dari perkataan apa..

Saya suka baca tulisan masyarakat seberang yang banyak singkatannya hinga kekadang bunyinya kelakar..Paling popular pastinya "Pelakor" singkatan daripada "Perampas Laki Orang"(kita sebut penyondol🤭) ..

Pasal cireng ni pula lately ni dok nampak juga kat medsos,ramai yang terliur bila nampak Tokti masak cireng..Kita pun terjebak mencuba..


Hari ini ada sedikit kerajinan...


Makan bercireng lah...

Saya tonton   CARA BUAT CIRENG...kat sini  sebagai panduan tapi saya  buat agak-agak saja..Saya guna 

CIRENG

2 cawan tepung ubi

1 cawan tepung ubi ( ni untuk salut,)

1 ulas bawang putih- tumbuk

3 helai daun bawang- hiris halus

1 cili padi cincang( saya tambah sebab nak pedas)

air,garam,lada sulah dan sidikit pati ayam.

Kicap Pedas Mahsuri ( untuk cicah)



1. Campur dalam tepung semua bahan ( kecuali minyak dan air) 

2. Dalam kuali kecik ,vancuh tepung anggaran  1cawan ++  air dan kacau rata.Pasang api dan kacau adunan tepung hingga kental dan jernih.

3. Sejukkan sekejap adunan yang dah masak.Amibil tepung yang 1 cawan dan gaul sikit demi sikit sambil di cubit adunan dan leperkaj.Jikw melekat tambag lagi tepung ubi Buat hingga adunan habis.

4. Panaskan minyak dan mula lah menggoeng seperti menggoreng kuih lain.Balik-balikkan hingga timbul dan garing luarnya.( warnanya tetap putih) Tak payah tunggu keemasan kerana kalau goreng lama sangat dia akan merekah dan mengeluarkan bunyi,"puff" macam kita goreng sesetengah jenis  keropok lekor .

5. Sepatutnya makan dengan sambal kicap..Tapi saya makan dengan kicap pedas Mahsuri...



Ni lepas lumur tepung lepas dah dimasak doh tu...dah cubit- cubit  serta leperkan.Tinggal nak goreng 


Goreng dalam minyak betul-betul panas.Balik balikkan .

Kuihnya kena makan panas-panas...barulah garing diluar dan kenyal dalamnya...Kalau dah sejuk dia dah hilang garing dan mula nampak lutsinar .Pun masih sedap cuma dah tak rasa rangup luarnya..

                         pic google

Inilah kicap pedas Mahsuri yang saya guna sebagai pencicah.Cicah pisang goreng pun sedap.
Selain kicap lemak manis Jalen  dan kicap manis Cap Kipas Udang... saya juga guna kicap ni untuk goreng kue teow bagai.

Saya tak buat sambal kicap kerana ada stok kicap pedas Mahsuri .Terus ready to eat..
Saya suka  tekstur dan rasa cireng ini..Walau bahan simple tapi bawang putih dan lada sulah tu memberi rasa umami yang istimewa...Sedap..
In shaa Allah akan buat lagi...


8 comments:

  1. Perasan gak Tokti buat cireng ni, tapi baca tajuk ja 🤭
    Nak beli gak la kicap mahsuri tu, belum pernah try...
    P/S: Sy buat rendang + pulut kuning ala Mak Cella, bekfes pagi ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..nampak pulut depa cantik helok kejadiannya

      Delete
  2. Cireng pulak dah.
    Ari tu beberapa kali tengok cireng lalu lintas depan wall. Teringin nak rasa tapi tak rajin nak cuba buat.
    Jangan lupa makankan sekeping untuk saya kalau Mama Cella buat cireng lagi ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah tolong makan dah untuk cikgu...Tapi nak buat lagi lah ....jom kita mencireng

      Delete
  3. Masa tokti buat cireng ni kak lin da fkr nk buat one day nti.. sekali pg ni tgk umi cella plk buat.. ish, tgu ank2 blk la.. ramai sikit.. 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eloklah makan reramai...lagi layan kak Lin...
      Kena pulak time hujan...uiii

      Delete
  4. Cireng...memang SA x tau la pasal ni..nampak sedap..

    ReplyDelete