Sunday, 8 October 2023

SARAPAN ROTI CANAI FROZEN vs LATTE UNCANG PECAH & CERITA SEORANG WANITA YANG BIJAK

Eh,dah hari Ahad ...esok kembali rutin kerja..Tak sabar nak tunggu hari Jumaat.Sebab esok dan lusa tu cuti...hihihi



Baru sudah sarapan.
Roti canai frozen vs Kopi Latte Uncang Pecah....
Hihihi...


Baru nak menghirup kopi,dengar ada bunyi...Eh,ada jiran hantar pulut kuning & rendang ayam..
Hehehe...yang bunyi tu bukan pintu,tapi bunyi masej whatsApp...hihihi..
PH  ajak sarapan pulut kuning rendang ayam ..
Adoiiiii...kalaulah dekat,memang buat muka tak malu...pi join juga ni..Pulut memang kesukaan saya & tak pernah jemu...
Nampak sedap betul pulut kuning PH tu..pulut elok sebiji-sebiji tidak benyek.Saya suka pulut macam tu

Baru nak menyuap roti canai,terdengar alunan selawat..


Oh,ada perarakan Maulidurrasul la..Kenapa saya tak tau?
Oh,rasanya bukan dari perumahan kami,tapi dari kejiranan sebelah..Semoga barokahnya turut tertempias kepada kami..



Roti canai frozen ja...Panaskan dua keping...makan bersama sambal bilis dan susu pekat..Tekak ni kejap nak makan yang sovoury..kejap nak yang manis...Maka kita gabungkan dua-dua rasa.



Kopi Latte Uncang Pecah!
Haaa...bukan product baru..hanya nama saja yang baru.
Kopi latte Tenom ni kiriman Cikgu Amie minggu lepas.Kopi ni asalnya dalam uncang..Tapi entah macamana saya tersalah tarik dari dalam paket tu menyebabkan uncangnya pecah!
Maka ,sengaka saya tak tapis..


Terus saya tuang isinya dalam gelas.Biarlah hampas kopi kasar tu terapung...saya ok saja.Dah biasa minum kopi tanpa tapis masa dulu-dulu tatkala emak saya masih rajin proses kopi tumbuk sendiri.Petik buah kopi,jemur,peel off ,sangai dan masak bersama caremel hinggalah tumbuk dijadikan serbuk kopi semua mak buat sendiri.Kopi segar homemade tu sedap dibancuh  tanpa ditapis..


Hikmahnya....saya minum perlahan tanpa gelojoh...

Saya teringat sebuah cerita yang saya baca daripada buku jawi sekitar 30 tahun yang lalu ketika masih di sekolah rendah.Buku jawi  saya jumpa di celah susunan buku lama yang mak simpan.Dulu saya sula selongkar barang-barang ya g mak simpan..hihihi
Kadang jumpa surat lama kiriman mak kepada ayah yang berada di Sandakan,Sabah.Ada juga jumpa surat-surat kiriman rakan-rakan ayah yang ditulis dengan tulisan rumi yang kemas berangkai dan juga ada yang ditulis dengan tulisan jawi.Selain tu jumpa juga buku-buku lama termasuk salah satu buku jawi ni yang tertulis sebuah cerita...

Ceritanya bertajuk
" Seorang Wanita Yang Bijak"..
Kisahnya lebih kurang begini:

Di sebuah padang pasir,seorang sheikh yang sedang mengembara telah kehabisan bekalan air.Dalam kehauasan yang amat sangat,sheikh tersebut ternampak sebuah khemah orang Badwi.Sheikh tersebut telah singgah dan meminta diberikan sedikit air kerana terlalu haus.
Wanita Badwi itupun masuk ke khemahnya lalu keluar dengan sebuah bajana berisi air yang di atas permukaan air tersebut ditabur sedikit rumput kering.Sheikh itu merasa pelik,namun kerana beliau terlalu haus,beliau tidak bertanya.Sebaliknya air itu diminum perlahan bagi mengelakkan tertelan rumput kering yang terapung.
Keluarga Badwi itu telah mempelawa sheikh tersebut untuk bermalam di khemah mereka.

Malamnya ketika disajikan makan dan air minuman,sheikh itu mendapati air yang dihidangkan tidak pula ditabur rumput kering.
Sheikh itu bertanya kepada lelaki Badwi iaitu suami kepada wanita tersebut..mengapakan kali ini airnya tiada rumput,sedangkan  siang tadi dia diberikan air yang ditabur rumput kering.

Lelaki Badwi itupun bertanya kepada isterinya,adakah benar siang tadi  dia telah menabur rumput kering kedalam air yang dihidangkan kepada sheikh tersebut...

Wanita itu mengaku bahawa dia telah menabur sedikit rumput kering ke dalam bajana air yang diberikan kepada sheikh tersebut.Katanya,siang tadi dia mendapati bahawa sheikh tersebut berada dalam kondisi yang sangat haus dan dahaga.Kerana itulah dia menabur sedikit rumput kering yang bersih,agar sheikh itu meminum air dengan perlahan.Jika dia terus memberikan air kepada sheikh tersebut tanpa ditabur rumput itu,pastinya sheikh itu akan meminum dengan gelojoh kerana terlalu dahaga.Ini akan membahayakan nyawa sheikh tersebut kerana meminum air dengan gelojoh/ laju semasa terlalu dahaga boleh mendatangkan mudharat dan membahayakan nyawa..
Sheik itu sangat kagum dengan kebijasaan wanita tersebut lalu menggerlarnya sebagai seorang wanita yang bijak.


Begitulah lebih kurang cerita yang pernah saya baca dari buku bertulisan jawi kira-kira 30 tahun yang lalu dan masih dalam ingatan saya..

Sekian..

12 comments:

  1. Kagum saya dengan cerita tersebut dan lebih kagum lagi dengan mamaCella yang kuat ingatan 👍🏽

    Kihkih…saya ingatkan ada produk baru ‘uncang pecah’ 😂

    Teringat masa ke Bangkok dihidangkan roti canai telur dengan susu pekat. Saya cuba cicah sikit jelah sebab tak pernah makan begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi....minuman baru..
      Bangkok lagi bervariasi makanannya kan...syurga makanan

      Delete
  2. Sy baca uncang peach.(Eh, dah latte ada flavor peach lagi?) Fikir sy.

    Sy macam ada baca kisah wanita bijak tu. Dulu² mmg banyak buku pengajaran kan. Btw, sama menu sarapan kita cuma sy makan dengan kari dan sambal sardin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaha...huruf sama tapi ejaan lain..
      Sedap pulak kalau cicah sambal sardin kan...

      Delete
  3. Petang tadi dah berkunjung ke sini tapi tak sempat baca cerita Seorang Perempuan Yang Bijak.
    Sekarang datang lagi untuk sambung baca. Pertama kali saya dengar cerita ini. Memang betullah perempuan bijak.
    Kisah Kopi Latte Uncang Pecah membawa kepada cerita Seorang Perempuan Bijak. Memang benar, kita tak boleh terburu-buru, tapi tenang-tenang saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...masa tengah hirup pelan-pelan nak elakkan tertelan hampas kopi tu...terus teringat cerita tu...ada kesinambungan..hihihi

      Delete
  4. moral of the story minum la air perlahan ya jangan teguk je habis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...sunnah pun mwngajar kita minum 3 teguk ...berhenri untuk bernafas dan minum lagi 3 teguk kan

      Delete
  5. Haaa.. umi cella tergolong dlm wanita yg bijak tu.. 👍

    ReplyDelete
  6. masa kecik (eh skrg pun sama) kalau buat air kopi guna serbuk yang kasar2 tu...lepas dah tapis ammi gi kunyah bijik kopi tu. sedap sungguhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...sedap kan..
      Satu lagi saya suka makan serbuk kopi + gula...kacau-kacau...kemam dalam mulut macam makan gegula...uiii..sedap

      Delete