Sayur broccoli tumis bersama tauhu telur..
Masak untuk lunch tadi.
Timbul rasa keinginan nak homemade tauhu telur a.k.a tauhu jepun ni selepas malam tadi terbaca cara buat sendiri tauhu jepun ni kat Google.Macam mudah..
Katanya hanya perlu air soya dan telur sahaja bersama secubit garam.Lets try...
Kebetulan saya ada soya beans powder ni.Hari tu try bancuh..tak sedap(jujur) pada tekak saya.Kalau soya beans drink ni yang kat pasar malam saja sedap sebab fresh dan saya suka air soya panas.
Kalau yang segera saya pernah cuba yang dalam botol kaca tu..apa brand dia ..V-soy multi grain tu..sedap minuman tu kalau minum sejuk-sejuk.Tapi yang dalam botol kaca tu ja yang saya rasa sedap...pekat berlemak..
Memandangkan serbuk soya ada...
Maka saya pun cuba buat tauhu telur ni..
Bahannya :
250ml air susu soya
5 biji telur
secubit garam
*plastik ais krim malaysia
1. Kacau telur dengan susu soya hingga sebati.Tapis.
2. Isi dalam plastik aiskrim malaysia atau dalam loyang.
3. Kukus 15 minit.Biar sejuk baru potong.
* kalau guna plastik ais krim malaysia tu..boleh pilih nak kukus atau rebus.Saya tengok kat Google..resipi ni dapat 4 plastik askrim tu..tapi tak penuh la.
Atau paling bagus gunakan plastik aiskrim malaysia tu kan..
Keadaan isinya cantik licin tapi sebab saya potong tak berapa sejuk lagi agaknya..potongan tak kemas.
Ada yang agak hangus.Saya rasa mungkin sebab serbuk soya tu sedikit manis kot.Masa bancuh jadi minuman macam tak manis.Tapi ni rasa macam little sweet pula..
* Lain kali saya nak cuba beli air soya pasar malam & minta yang kosong tak campur air gula.Kan kalau penjual air soya memang depa tak campur gula kan.Bila kita nak beli baru dia cedok air gula kan..So,nanti boleh la kita minta soya taknak air gula..hihihi
Dulu saya selalu fikir kenapa penjual minuman pasar malam kebanyakan tak campur gula siap-siap dalam minuman.Orang nak beli baru cedok air gula dan tuangkan minuman bancuh yang ada dalam balang besar tu.Macam kena buat dua kerja pula..Rupanya depa lagi bijak la..Kalau jualan tak habis depa cuma buang air berperisa yang tawar tu saja..tak da la nak bazir gula..
Ka ada sebab lain yang saya tak tau?
wah...menarik ni...ni kalau SA yang buat x tau la jadi apa ni..huhu..
ReplyDeletehihihi
Deleteni pun bukan la jadi sangat..
5/10 je kot🤭
Wah, try and error!
ReplyDeleteMama Cella memang berani mencuba! Bagai saya ini satu kejayaan. Orang kata, pertama adalah mencuba, kedua akan bertambah baik dan seterusnya akan lebih sempurna.
Kerajinan & kemalasan itu silih berganti🤣
DeleteYa Allah, dia punya rajinnnn.
ReplyDeleteKalau saya malas turun ke bumi biasanya saya rajin mencuba.
DeleteTapi kalau rajin turun ke bumi alamat laaaa asyik nak beli ready to eat🤭
kok mudah banget caranya... bolehlah ammi pun cuba sbb kat rumah semua hantu tauhu telur ni. kalau beli 3 tubes tu berlumba pulak masing-masing makan. kene guna plastik aiskrim yg gemuk pendek tu kan..baru mcm best sikit
ReplyDeleteOwh....ada plastik jenis gemuk pendek yer...
ReplyDeleteAgaknya yang saya tengok kat google tu depa guna plastik tu.
Baru tau..ingatkan plastik ais krim tu sepesen saja🤭