Dah merajuk dah ,takmau beli lagi buah pelam aka buah mempelam..Sampai hati penjual tu pilih lebih separuh pelam yang rosak.Padahal bulan ni sahaja anak bujang saya dah belanja lebih rm100 dah kot beli pelam tu kat dia.Beli untuk makan sendiri,beli untuk kawan yang kirim,beli untuk buah tangan, & beli bawa kat kawan- kawan bagai..Huhuhu ,tak tahu lah macamana rupa pelam yang anak bujang saya beli bagi kawan-kawan & yang kawan kirim tu.. Harap- harap mereka dapat yang elok la buahnya.Janganlah nasib macam yang beli kali terakhir hari Isnin tu.Naya Pak Karim!
Sebab tu dah merajuk ,takmo beli dah kat lori tu..
Merajuk dengan lori pelam sahaja.Pelam yang jual kat gerai buah lain & pasar Acheh tu rasanya akan beli jer lagi..Hihihi
Sebab merajuk takmo beli pelam,maka kita beli pula buah Kundang Siam.Belah Kedah ,kami panggil Ghemia Siam.Sebab buah kundang kami panggil buah ghemia.Tapi ada sejenis lagi buahnya lebih bulat & besar kami panggil buah star.Alor Star tu sempena nama buah star la kot.Ada lagi adik beradik buah ghemia & buah star tu namanya buah merapuh.Agaknya nama tempat kat hulu Kelantan ..Merapuh tu,ntah- ntah sempena pokok merapuh.Agaknya laaa.Saya tak pasti pun..
Beberapa tahun lepas buah ghemia Siam ni memang harga kayangan.Kalau saiz besar pelam telur tu memang sekilo rm60 pun ada.Kalau nak cari yang lagi harga kayangan ,carilah kat R&R Bukit Gantang..Hihihihi..tapi tu la ,mahal macamana pun,kalau dah singgah Bukit Gantang ,hati mesti nak beli juga buah- buahan kat situ sebab tertarik dengan presentation depa.Paling tidakpun beli juga buah potong untuk makan dalam kereta.
Musim kali ni dalam PKP ni bagus pula harganya tidaklah kayangan macam dulu.Sekilo dapat harha RM10.Jarang nak jumpa harga macam ni @ KL.
Buah saiz sederhana,tak besar sangat,tak kecik sangat.
Sekilo =25 biji
Purata sebiji 40sen la...
Sekadar mengembalikan nostalgia lama.Kalau kat kampung dulu pokok buah ghemia banyak.Musim buah berputik kami menyicah dengan penyicah kering macam
Pencicah Mangga Muda ...kat sini.
Kalau musim buah ghemia masak,pakat buat pula pencicah versi boh toyu.Toyu @ Kedah mean kicap la.Hihihi
2 hari lepas,mak saya call cakap pokok ghemia besar kat kampung berbuah lebat sedang masak.Mak cakap hari tu tak nampak bunga & putik pun.Mungkin sebab pokok terlalu besar & tinggi sangat membuatkan mak tak nampak & tak perasan pokok ghemia berbunga & berputik.Lagipun buah putik warna hijau sama dengan daun,mungkin tak perasan la.Kata mak dah 2 hari mak tak balik kampung.Bila balik kampung hari ke3 ,kata mak bawah pokok ghemia macam permaidani kuning.Penuh dengan biji ghemia & sisa buah ghemia yang dikendurikan kera.Mak cakap atas pokok ghemia besar tu penuh dengan anak cucu kera sedang berkenduri hingga bawah pokok jadi seperti permaidani kuning.Pandai pula kera- kera tu makan isi & buang bijinya.(Kera lagi la pandai kalau bab buah-buahan).Saya suruh mak snap gambar,saya nak tengok.Malangnya mak cakap mak dah snap gambar tapi mak tak rahu macamana nak sent pic tu kepada saya.Mak tak pandai nak hantar whatsApp.Kalau baca whatsApp mak tahu.Nak share pic mak tak reti.So,dengar sahajalah cerita mak & bayangkan sahaja la...Hihihihi
Alhamdulillah dapat makan buah ghemia Siam yang boleh tahan manisnya.Hari tu masa harga sekilo masih berpuluh ringgit,dapat beli beberapa biji sahaja buat hilang kempunan laut & darat.Hihihi
Kat sini buah kundang masih rega kayangan telan air lior je la sbb tak berbaloi rasanye nak beli.dulu kecik2 belasah je kundang kampung smpi tak dan masak. nama kampung kelahiran pn kundang you. Merapuh kat kuala lipis pahang sempadan kelantan tapi kot ada gak merapuh kat kelantan.
ReplyDeleteOoo....Merapuh yang tu la saya maksudakan.Ruoanya dalam Pahang yer.Ingatkan Kelantan sebab selalu baca pasal kemalangan warga Kelantan yang berulang alik melalui Merapuh TQ info,nanti saya betulkan.Kampung Kundang tu kat mana?
DeleteTasi Biru Kundang jer saya tahu..heeee
Kira murahlah
ReplyDeleteKat sini RM20.00 sekg
Betul tu Wak,semalam mak saya call cakap buah ni kat Kedah pun masih mahal.Rezeki pulak orang KL dapat murah berbanding tempat lain.
Deletemasa saya singgah R&R bukit gantang akhir tahun lepas, harga masih kayangan..haha..jadi, kita tengok je lah :P
ReplyDeleteSama- sama kita tengok.Tapi macamana nak tengok R&R Bukit Gantang tu.Tak boleh rentas negeri...hihihihi
Delete