Pisangnya gurih dan renyah
Sambelnyer pedas
Sama secangkir Kopi Panas..
Hidangan waktu sore..
Maknyus.....!!!
Haaaa....jangan tukar siaran anda...!
Gue masih di Malaysia..
Belum tukar kewarganegaraan...
Cumanya gue ngomong Indon sebab hari ni mak gue masak masakan Indon..
Pisang Penyet Sama Sambal Ijo..
Kikiki...bagus ngak ngomelan gue..
Hahaha...berapa bintang ya..??
Makan Pisang Penyet sambil layan "Surga Yang Tak Dirindukan 2" kat channel 131..
Aku layan jer citer2 Indon..
Kalau ada nenek memang jalan ar aku ngan nenek..
Nenek lagi ar..kalau ada watak yang nenek x suka..x suka betul2 nyer..
Hahaha...rileks ar nekkk..!
Mak aku langsung x layan citer2 Indon ke..
citer Melayu ke..citer Hindustan ke..
Yang mak aku layan..
-Bake With Anna Alson..
- Jamies At Home
- Barefoot Contessa
- Pioneer Women
- Cooking For Love
- Family Kitchen
Banyak lagi la..aku pun x ingat
Tapi banyak juga aku tahu dan aku pun suka..
Sebab kadang kena juga tengok sebab remote Astro kat tangan mak aku..!!
Haahaha..
Tapi Pisang Penyet ni mak aku cakap hasil explore blog masakan dari Indonesia
Mak aku cakap orang2 Indonesia ktmreatif dalam memasak.
Macam juga orang2 Thailand..
Kalau kat Malaysia makanannya macam2 sebab banyak kaum kat Malaysia
Kalau kat Indon mak aku cakap banyak jenis makanan sebab negara Indonesia luas dan banyak pulau2.
Setiap tempat ada makanan istimewa mereka sendiri..
Macam juga kat Malaysia..
Kelantan ada Nasi Kerabu..
Trengganu ada Nasi Keropok Lekor..
Hmm..mak aku kalau diberi microphone memang nanti xkan benti citer pasal makanan..
Aku ni yang kena jadi tukang dengar ..
Hahaha...
Tapi 2 minggu lepas kakak ada tanya mak aku pasal nak pilih menu sesuainikut tema..
Kakak cakap ..kakak kena wat asigmnent pasal makanan 1 Malaysia..
Haa...mak aku soh pilih Tema Perayaan supaya Tema 1 Malaysia tu lebih jelas..
Panjang la list menu makanan perayaan kaum dan etnik Malaysia..
Yang aku ingat..
Burasak..Aloo Gobi...Kelupis...Ayam Likku..Puttu..Macam2 lagi lah..
Kakak cakap...sib baik mak aku banyak info pasal ni...Banyak bantu kakak nak siapkan asigment
Yang best tu aku lagi tahu dari kakak pasal makanan tu..
Sebab aku selalu jadintukang dengar bila mak aku citer..Hahaha..
Ok..pasal Pisang Penyet ni..
Mak aku cakap ada kaitan ngan Ayam Penyet juga la..
Sebab penyet tu maksudnya diketuk2..
Macam Ayam penyet juga la...Lepas goreng ayam tu diketuk2..
Dicicah sambal..
Info dan cara masak PISANG PENYET di sini..
Bila baca rupanya Pisang Penyet juga dipanggil
Pisang Sanggara Peppe..
Cara masak PISANG SANGGARA PEPPE kat sini.. lebih jelas sebab ada step by step
Tak pe ..kat bawah ni pun ada step by step..
Pisang Penyet ni mak aku cakap selalunya dimakan cicah Sambal Penyet.
Macam Sambal Ayam Penyet tu
Tapi sebab xde buat tomato dan belacan..
Mak aku ganti cicah Sambal Ijo..
Sambal Ijo pun dari Indonesia juga
Mak aku kata nak bagi kena pakej dia..
Hahahaha...
Sepatutnya pic pisang tu bukan kuning
Patutnya pic pisang yang masih warna hijau..
Sebab nak buat Pisang Penyet ni mak aku cakap kena pisang yang dah tua tetapi masih hijau..belum.masak..
Pisang ni masa beli memang masih hijau..
Mak aku cakap masa pagi masih hijau .makbaku dah kopek pisang hijau tu rendam air garam nak masak petang
Tapi bila petang pisang tu dah jadi kuning
Nasib baik dah ambil pisang hijau masa pagi dah rendam air garam..
Kalau x ..x dapat la Pisanga Penyet..jadi pisang goreng plak..
PISANG PENYET SAMBAL IJO
7 biji pisang nipah yang masih hijau
1 sudu teh garam+ 2 cawan air
minyak untuk goreng
1. Kupas pisang yang masih hijau..yang masih belum.masak.
2. Rendam air garam supaya pisang x lebab dan rasa lebih sedap
3. Goreng pisang yang direndam air garam hingga pisang nampak keemasan
4. Angkat pisang dan ketika masih panas...ketuk2kan/(penyet) pisang dengan alu lesung batu hingga pisang pipih dan menipis.
5. Goreng semula pisang yang sudah di ketuk hingga garing rangup diluarnya
6. Hidangkan bersam sambal penyet@ sambal ijo.
Pisang yang masih keras belum masak dikupas dan direndam air garam sekejap lalu digoreng hingga keemasan..
Pisang tua yang dah digoreng keemasan
Penyet/ ketuk pisang yang sudah digoreng dengan alu lesung batu hingga leper dan nipis..
Hati2 supaya pisang tidah berderai..
Buat hingga selesai
Pisang yang dah dipenyet/ ketuk tadi digoreng semula hingga garing dan rangup diluarnya
Hidangkan bersma sambal yang digemari..
Sambal Ijo
2 biji cili hijau
5 cili padi( jika nak extra pedas)
1 bawang putih
Sikit garam dan gula
minyak
1. Patah2kan cili hijau dan cili padi
2. Goreng cili hijau, cili padi dan bawang putih
3. Tumbuk bahan goreng kasar2 bersama garam dan sedikit gula.
4. Tambahkan sedikit minyak goreng tadi dan sesuaikan rasanya..
5. Siap untuk makan bersama pisanv penyet.
Ops..jap2 sebelum makan... ada lagi mak aku nak pesan...
**Tip Pisang Penyet
-Pisang nipah/ pisang Abu/ Pisang Kepok lebih sesuai digunakan kerana isinya liat dan tidak mudah lerai masa diketuk
No comments:
Post a Comment