Wednesday, 20 December 2017

KARI IKAN JENAHAK CAMPUR BENDI

Kari Ikan Jenahak Campur Bendi..
Lauk mak aku masak untuk lunch hari Khamis
Minggu cuti balik Kedah tu
Mak aku masak tapi semua barang nenek yang beli
Ajak Achik semua datang lunch berjemaah
Selain Kari Ikan Jenahak ni mak aku juga masak Ayam Kicap sebab Aqil suka Ayam Kicap..Ayam Goreng..Ikan Pekasam...Ulam Buah Beka..Sambal Belacan nenek
Tapi xde pic sebab bila dah nak makan semua pun lupa..
Pic Kari Ikan ni pun sebab masak awal jer..


Selain Kari Ikan Jenahak ni mak aku jarang masak kot
Sebab aku dah cari entry lepas2 xde pun jumpa Kari Ikan Jenahak
Yang banya jumpa kari ikan kembong ...ikan sardin banyak la..hahaha
Atau mungkin ikan ni mahal kot..
Kalau nak kata xde..xkan kat KL xdebikan ni..
Hihihihi....
Kalau balik Kedah nenek memang suka beli macam2 jenis ikan sebab nenek x suka ayam...
Tapi ayam tetap la beli buat Ayam Goreng sebab abang..Aqil .aku..Haimal ngan kakak suka ayam goreng.


Mak aku cakap kari ikan masakan nenek lagi sedap .
Tapi kalau nenek masak...nenek mesti letak kuah sikit jer sebab nenek cakap nak bagi sedap x boleh banyak kuah sangat
Tapi yang ni mak aku yang masak sebab masa masak tu nenek tengah bz siang ikan lampam untuk buat pekasam
Mak aku xkan bagi sesiapa pun siang atau cuci ikan untuk buat pekasan.
Nenek mesti nak  uat sendiri
Nenek kata sebab nak buat pekasam banyak pantang larangnya..
Alamak..ada pantang larang ke..?
Haaaa...nenek kata pantang larangnya ialah x boleh siang atau basuh samba lewa..
Kena siang dan basuh betul bersih hingga putih dan tiada langsung kesan darah ikan.
Pastu nenek kata kena basuh guna asam keping dan garam supaya lagi bersih dan xde bau hanyir..
Ikan air tawar baunya lebih hanyir daripada ikam laut..
Kalau x...nanti pekasam x menjadi.
Haa..sebab tu nenek x kasi mak aku..nenek atau aku tolong..
Mak aku cakap kalau nenek bagi tolong pun,mak aku xnak sebab leceh dan bau ikan melekat pada tangan..
Aku lagi la...tengok nenek buat pun dah tal sanggup..
Hahaha..

KARI IKAN JENAHAK 
2 keping ikan jenahak- setiap 1 potong 4
4 sudu rempah kari ikan
2 asam keping
10 batang bendi
2 sudu garam halus
4 sudu minyak
4 cawan santan
(2 cawan santan pekat+ 2 cawan air)

Bahan Tumis:
3 bawang merah hiris
3 bawang putih hiris
1 sudu teh halba campur
1 tangkai daun kari

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis hingga harum dan bawang keemasan.
2. Masukkan rempah kari yang sudah dibancuh dengan 1 cawan air .
3. Masukkan asam keping,garam dan masak hingga naik minyak
4.Bila rempah naik minyak baru masukkan ikan dan balik- balikkan hingga ikan 1/2 masak.
5. Masukkan santan dan masak hingga mendidih
6.Setelah kuah menggelegak baru masukkan kacang bendi
7.Sesuaikan rasanya
8. Perlahannkan api paling kecik dan biar beberapa minit supaya kuah naik minyak dan cantik



Ikan jenahak..potong 4 setiap keping supaya senang nak makan nanti..Mak aku cakap ..kalau nenek suka masak sekeping- sekeping yang besar tu..nenek kata kalau masak kepingan besar isi ikan lebih manis

Tapi mak aku cakap..mak aku suka potong 4 supaya senang nak cedok sorang seketul masa makan.
Haaa ...mak aku cakap dah mula terbiasa potong- potong ikan tu jadi ketulan kecil sejak tahun lepas..Ada kisahnya tentang seorang tetamu dengan 4 orang anaknya..
Eiiii.....
Astaghfirullah....


Ini Brendy lah ..
Bukan brendy lah....Ini BENDI..
Hahaha....itu citer Ahmad Al- Bab
Bendi ni mak aku cakapbkena madukkan dalam kuah selepas kuah mendidih.
Lagi 1..mak aku pesan kalau kuah yang guna asam..elok masukkan asam terlebih dahulu sebelum masukkan bendu..Asam akan mengurangkan lendir pada kacang bendi..
Ops...ada lagi. .
Mak aku cakap...dolu2 masa mak aku baru belajar masak..
Nenek pesan...kalau perlu potong bendi..basuh bersih dahulu,baru potobg bendi..
Kalau potong dahulu..lepas tu basuh bendi yang dah potong..kacang bendi akan jadi bertambah berlendir...
Betulblah...aku dah cuba potong sebatang bendi dan basuh...memang lendirnya  bertali- tali  macam mozarella cheese..
Hahahaha.....



Rempah kari ni mak aku cakap guna banyak sebab nak kuah pekat



Bahan tumis..
Kalau kat KL mak aku cakap bileh belasah jer guna bawang besar.
Tapi kalau kat sini WAJIB guna bawang merah Kalau x...nanti nenek bising..
Nenek cakap bawang besar x wangi dan x garing..
Haaa...kalau xnak nenek bising...JANGAN gjna bawang besar...ha3


Hrmmm...1 rumah bau daun kari sedang ditumis...


Madukkan rempah kari


Masak hingga naik minyak
Haaaa...bab nibpun mak aku cakap nenek akan bising kalau guna api besar..
Nenek mesti siruh guna api kecik masak perlahan2..
Mak aku cakap...tapi itu dolu zaman mak aku baru belajar masak
Sekarang ni mak aku cakap...
Kalau nenek x tengok...mak aku pasang jer api besar nak cepat siap .hahaha
Hahaha...mak2 pun engkar petintah juga rupanya...


Nenek pesan ikan mesti masuk dalam rempah yang dah naik minyak..
Barulah rempah terasa dalam ikan dan isi ikan akan jadi lebih pejal
Mak aku kata kalau peniaga lauk atau kalau masak banyak- banyak ..biasanya akan masukkan ikan selepas kuah dah mendidih dan masak..Mereka  buat begitu supaya isi ikan x hancur sebab kalau kalau masuk awal2 nanti ikan hancur.Pelanggan mesti nak pilih ikan yang x hancur.
So masaklah ikut kesesuaian...
Aku...?
Anda Rasa Saya Ada Masa Untuk Sakit Kepala..??
Hahahaa...xde kaitan ngan iklan Panadol tu..!



Balik- balikkan ikan dalam rempah kari hingga ikan 1/2 masak baru masukkan santan


Bendi pula dimasukkan setelah kuah mendidih


Setelah masak semuanya..kecilkan api supaya kuah naik minyak dan cantik...

No comments:

Post a Comment