Southern Yellow Chicken Rice..
Minta mak aku masak sebab terliur tengok aunty Ogy masak KAT SINI....
Aunty ogy tu pandai masak kek
Tapi nasi tu memang nampak sedap
Sampai kita terliur dan minta mak masak
Sedappp...muah3
Tq aunty ogy...
Perut tengah lapar...
Nampak nasi kuning ada ayam..
Huh rasa macam x boleh nak tunggu nasi tu masak..
Sedapnya Soutern Yellow Rice..
Makan dari pagi sampai tengahari..
Sampai malam pun sedap..
Mak aku masak pagi Selasa..
Sebab hari Selasa tu abang off
So boleh aku ngan abang makan sampai malam pun..
Hahahaha...
Tapi betul lah..
Abang memang makan sampai malam..
Aku xde lah makan sampai malam..
Makan branch...pastu petang aku ulang lagi makan..
Pastu malam xdelah lagi dah..
Biar abang jer habiskan
Ayam pun sedap
Nasi pun sedap..
Ayam dia hari tu kat kampung nenek mak aku dah masak Ayam Goreng Rempah Kari.
Yang ni tambah lah ngan nasi dia
Abang cakap suruh mak aku masak lagi nantk
Mak aku cakap nanti pasni kakak cuti seminggu..
Boleh masak lagi masa kakak balkk nanti
Abang tu memeg..
Asal namanya ayam jer
Dia boleh hidup ngan lauk ayam jer..
Kalau xde ayam...jemmmm
Hahaha...
Bila gaul dah macam Nasi Beryani pun ada..
Macam Nasi Arab pun ada
Mak aku cakap sebab guna beras basmathi
Mak aku citer...
Nasi Ayam Selatan ni ada persamaan dengan makan dari negara Peru.
Pergh..mak aku dah gi Peru ke..
Peru tu kat mana..?
Tengok la World Map..
Ooo..ok..ok.dah tengok..
Tapi bila mak aku gi Peru.
Mak aku cakap semuanya sebab mak aku memang suka kumpul resepi dariajalah sejak sekolah menengah dulu..
Kata mak aku Southern Yellow Rice ni mempunyai rupa yang hampir sama dengan salah satu resepi dari Majalah yang mak aku simpan sejak tahun 1990-an.
Kata mak aku resepi tu dikongsikan oleh ex wife kepada salah seorang mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia..
Huh..complicated jer ceritanya...
Ok..aku soh mak aku pendekkan..
Kata mak aku resepi tu dikongsikan oleh Datin Maria Musa dalam Majalah.
Datin Maria tu mak aku cakap berasal dari negara Peru..
Mungkin sebab tu beliau share resipi dari negaranya
Tapi mak aku kata x ingat pulak majalah apa..
Mak aku suruh cari dalam majalah lama tu.
Kata mak aku dalam pic tu Datin Maria tu pakai baju kurung biru gelap berbunga2..
Aduh....
Xkan aku nak cari hanya dengan sikit clue tu..
Sebab puas hati juga mak aku google & nak juga tunjuk Nasi Ayam dari negara Peru tu..
Ok lah...betul..
Ada persamaan kalau tengok image kat Google..
Mak aku still nak juga buktikan kebenaran tu..
Suruh aku tengok salah satu resipi
PERUVIAN CHICKEN RICE kat sini
Kalau pasal makanan memang mak aku ada banyak info..
Agaknya mak aku dulu nak jadi cheff kot..
Hahaha....
Sup kosong..
Sebenarnya x la kosong Sebab ni sebenarnya Sup Kaki Ayam.
Tapi hanya mak aku yang suka kaki ayam..
Aku amik sup kosong jer..
Abang pun amik kuah kosong juga
Kaki semua tu tinggalkan untuk mak aku
Sebab mak aku suka kaki ayam..
Mak aku tengah bising sebab beras basmathi tu dah ada kutu beras..
Bila aku tanya bila mak aku beli beras tu.
Mak aku cakap ...mak aku pun dah lupa sebab beras tu ada dalam tong beras pink..
Haa...kat umah aku ada 2 tong beras..
Tong biru tu beras masak hari2.
Tong pink tu kecik dari tong biru
Tapi dalam tong pink tu ada macam2 beras..
Beras pulut,beras basmathi ni..beras nasi impit dan beras perang .
Mak aku cakap dah lama x buka tong pink tu .
Bila buka nampak pack beras basmathi ni dah ada kutu beras..
Haaa...ni la KUTU BERAS.
Bila biar lama dalam bekas..habis kutu beras tu pakat kuar ramai- ramai..
Haaa...bapak geli nama dia kutu..
Mak aku cakap kat kampung nenek x panggil kutu beras..
Tapi dipanggil BUBUK..
Haaa...apa pulak kaitan bubuk tu
Mak aku cakap kalau kat Indon bubuk tu maksudnya serbuk..
Contohnya Merica Bubuk..
Maksudnya Serbuk Lada Putih..
Tapi bila dah basuh berulang kali habis la kutu beras tu timbul kat air.
Beras yang dah dimakan kutu beras tu pun akan terapung dan senang la nak buang
Tapi tengok mak aku basuk lebih 10x kot sampai dah x jumpa nak cari kutu beras tu lagi..
Pastu mak aku cakap beras basmathi tu kena rendam dalam 15 minit supaya bila masak nasi akan jadi gembur dan cantik.
Resepi pun mak aku cakap amik sukatan aunty ogy jugak la sebab memang nak makan 3 orang juga...
Tapi mak aku cakap kiub ayam xde.Serbuk Pati Ayam ada..Tapi mak aku elergi x boleh makan sebuk pati ayam tu..
Kalau makan jadi sakit kepala..
So...skip pati ayam..
Ganti garam+ gula + oren sunquick
NASI AYAM KUNING SELATAN
3 cawan beras basmathi - rendam 15 minit
3 cawan air
1/2 cawan susu cair( xde stok..guna susu tepung + ½ cawan air suam)
2 pandan
1 sudu teh garam ( kalau guna kiub ayam..skip garam dan gula ni)
1 sudu teh gula
1 sudu besar pati oren(sendiri tambah)
1 sudu besar rempah kari
1/2 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu marjerin
1 pokok daun sup/ daun ketumbar
Bahan Ayam:
1/2 ekor ayam
1 sudubteh garam
1 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu serbuk kunyit
Minyak untuk goreng
Bahan Tumis:
1/2 bawang besar- hiris
5 buah pelaga
1 pandan- gunting2
1 kayu manis
2 bunga lawang
Bahan Tumbuk:
3 bawang merah
3 bawang putih
1 ketul halia
1. Gaul ayam,garam,serbuk kari dan serbuk kunyit dan goreng hingga masak
2.Panaskan marjerin dan tumiskan bahan tumis hingga harum
3. Tambah bahan tumbuk dan serbuk kari serta serbuk kunyit ( bahan untuk nasi)
4. Bila naik minyak masukkan air.
5. Tuangkan semua bahan tadi dalam rice cooker dan on " cook" biar hingga mendidih.
6. Bila mendidih tambahkan susu,garam,gula dan pati oren.
7. Masukkan beras yang sudah direndam.
8.Kacau rata..tutup dan biar cook hingga nampak airnya kering
9. Bila nasi dah mula kering,susunkan ayam yang sudah digoreng tadi.
10. Tutup semula rice cooker dan biar nasi masak
11. Tabur daun sup/ daun ketumbar cincang..
12.Setelah nasi masak gemburkan nasi dengan garfu supaya nasi gembur cantik.
Boleh hidangkan bersama Sup dan Sambal Cili
Sup Kaki Ayam
2 pasang kaki ayam- potong
4 cawan air
1 sup bunjut
1 sudu minyak
garam
daun sup/ daun bawang
bahan tumbuk:
1 bawang merah
1 bawang putih
1 hiria halia
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk
2. Masukkan kaki ayam dan air
3. Masakkan juga sup bunjut
4. Masak hingga kaki ayam empuk
5. Sesuaikan rasa dan taburkam daun sup
Sambal Cili
4 cili merah
1 bawang putih
1 sudu besar cuka
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula
1. Tumbuk cili dan bawang putih
2. Tambah garam dan gula.
3. Masukkan cuka dan sesuaikan rasanya
Ayam...Garam...Serbuk Kunyit & Serbuk Kari
Gaul rata dan perapkan ayam sekejap
Goreng ayam hingga masak
Bahan Untuk Menumis.
Daun pandan ditambah dalam tumisan supaya bau lebih harum
Bahan Untuk Tumbuk
Panas marjerin danasukkan bahan tumis
Tambah bahan tumbuk
Serbuk Kari..
Sebab orang Kutub Utara memang Ratu Kari..
So..kena beli pack besar dan simpan dalam botol
Kar dalam kabinet dapur tu ada sebotol Rempah Kari Ayam dan sebotol Rempah Kari Ikan.
Tapi hanya mak aku yang tahu bezanya..
Mak aku cakap bau rempah kari ayam lebih kuat dan warnanya lebih gelap daripada rempah kari ikan..
Aku x dapat nak bezakan..Aku tengok sama jer..
Bau pun sama jer..
Bau kari..
Hahaha....dah serbuk kari..xkan nak bau vanila plak..hahaha
Masukkan serbuk kari dan sedikit serbuk kunyit.
Tambah 3 cawan air .
Bila dah masukkan air...Tuangkan semuanya dalam rice cooker
Tekan cook dan biar mendidih
Bila mendidih baru masukkan susu
Masukkan juga 1 sudu besar pati oren sunquick
Mak aku cakap tujuannya selain bertambah sedap..pati oren ni akan mengelakkan rasa muak nasi yang berempah .
Selepas masukkan susu jangan biar mendidih
Terus masukkan beras yang direndam.Pastikan semua air rendaman ditoskan.
Tutup periuk dan biarkan nasi tanak hingga kering airnya
Bila air telah kering...Susunkan ayam goreng tadi di atas nasi..
Tutup periuk semula dan biarkan nasiasak sepenuhnya..
Sebelum menghidang taburkan daun sup dan daun ketumbar.
Hidang bersama Sup Kosong dan sambal cuka cili merah..
Mak aku cakap macam rupa Nasi Beriani Gam pun ada..
Macam Nasi Arab pun ada sikit..
Mak aku makan sambil patahlan cili hijau yang besar tu untuk feel rasa Nasi Arab..
TQ Aunty Ogy...share resipi super sedap ni..
Mak aku cakap nasi ni ada rasa dan rupa Nasi Morocco..
Kata mak aku lagi nasi ni juga mengingatkan nostalgia zaman sekolah menengah...
Kenapa dengan sekolah menengah..??
Haa..kata mak aku masa form 2 ada masak nasi yang hampir sama macam ni dalam subjek Sains Rumah Tangga...
Mak aku cakap nama masakan tu NASI BERPERISA..
Tapi mak aku kata Nasi Berperisa tu just ganti daging dan dimask terua bersama nasi.
Mmmm...aku cakap aku x percaya selagi makan aku x masakkan untuk aku..!
Hahahaha....cerdik x aku..
Barulah dapat makan ...
Hihihihi....
No comments:
Post a Comment