Cucur Jagung memang favourite semua..
Abang kakak..aku pun..
Mak aku pun memang selalu masak Cucur Jagung.
Kadang versi lemak manis..
Kadang versi lemak masin macam hari ni
Hari tu kat Kedah..
3x mak aku masak Cucur Jagung Manis
Jagung kat sana sedap sebab fresh..
Banyak dijual di pasar..Pekan sehari dan juga tepi2 jalan.
Nenek kata sebab memang sagar dari ladang..
Dari kebun jagung....
Yang ni mak aku masak Cucur Jaguang versi lemak masin
Ada udang...
Sedap...
Abang siap requeas nak bawa bekal Cucur Jagung
Dah la abang makan banyak...
Hahahha..
Cucur Jagung Berudang ni kalau versi Indon dipanggil Bakwan Jagung.
Ada juga yang panggil Begedil Jagung
Mak aku cakap selain dimakan sebagai kuih dan kudapan ..ada juga yang menjadikan sebagai lauk sampingan..
Mak aku juga pernah buat
BAKWAN JAGUNG @BEGEDIL JAGUNG kat sini...
Cuma versi hari ni banyak udanng..
Sebabnya mak aku cakap isi udang tu dah lama beku dalam freezer..
Bekal abang...
Abang suka sangat
Rasanya dolu2 abang x suka jagung...
Tapi sekrang naper dah suka plak...
Sebekas besar ni habis kitorang makan
Sebab sedap
Heee
CUCUR JAGUNG
2 tongkol jagung
1 labu bawang besar
1 cawan udang
1 cili merah
1 pokok daun sup
1 pokok daun
1/2 cawan tepung jagung/ tepung ubi
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 biji telur
minyak..
Siapkan bahan
Hiris jagung ambil isinya
Campurkan isi jagung..bawang cincang,daun sup cincang,daun bawang cincang,cili merah cincang garam dan gula..
Tambah 1/2 cawan tepung jagung..@ tepung ubi
Gaulkan ssmua bahan dan tepung supaya bercampur rata
Pecahkan telur dan gaul sebati
Adunan akan nampak seperti berderai sebab penggunaan tepung ubi yang hanya sedikit
Tetapi bila digoreng tidak akan berderai kerana telur membantunmelekatkannya..Cuma semasa hendak masukkan salam kuali perlu hati2
Boleh cedok guna sudu atau tangan untuk membentuk kuih.
Pasfikan kuih sudah garing dibawahnya baharulah diterbalikkan supaya tidak berderai
Selepas diangkatbtoskan minyalk sebelum dihidangkan
No comments:
Post a Comment