Apakah itu?
Ha...itulah Burung Bangau Sawah..
Masih Catatan Diary Cuti Sekolahku..
Masa balik Kedah minggu lepas
Burung- burung bangau tu sedang mencari makanan.
Apa yang Burung Bangau makan?
Alaaaa...xkan x tahu...
Kalau x tahu jom nynyi dulu...
Bangau oh bangau,kenapa engkau kurus..
Macamana aku tak kurus,
Ikan tak mahu timbul...ikan tak mahu timbul..
Ikan oh ikan kenapa tak mahu timbul..
Macamana aku nak timbul
Rumput panjang sangat...rumput panjang sangat
Haaaa....Burung Bangau makan ikan la..
Sekarang ni musim menanam padi..
Dalam sawah tu airnya dikeringkan dan rumput2 dibersihkan ..
Sebab tu Burung Bangau banyak dalam sawah tu..
Sebab air pun dah cetek..
Rumput dah xde...ikan2 x boleh nak sembunyi lagi..
Senang lah Burung Bangau nak tangkap ikan dengan paruhnya yang panjang tu...
Banyak betul Burung Bangau ni
Ini kalau malam2 jumpa harus aku langkah seribu
Nampak putihhh jer
Hahaha..
Tapi malam2 Burung Bangau tidur kat mana..?
Mak aku cakap kalau malam2 Burung Bangau biasanya tidur ramai2 atas pokok
Sarang dia pun atas pokok..
Selalunya pokok yang tinggi la..
Burung Bangau ni kalau x kacau dia..
Dia x lari pun..
Tapi kalau kita bising ke..
Kacau dia ke...
Memang dia terbang la..
Aku tingin nak tangkap Burung Bangau tu
Tapi boleh ke tangkap?
Mmm...dalam sawah nun..
Lagipun xkan la Burung Bangau tu nak biar diri dia kena tangkap...kan...
Mesti lah dia terbang...
Ada traktor sedang membajak...
Banyak nya Burung Bangau berlegar ikut traktor tu bergerak..
Kenapa yer..?
Bila tanya nenek..
Nenek cakap Burung Bangau tu ikut pergerakan traktor untuk tangkao ikan..
Apa kaitannya...?
Nenek kata sebab bila traktor bergerak dan bajak sawah tu...air dan lumpur akan membuatkan ikan-ikan yang ada dalam sawah tu bergerak2 untuk menyelamatkan diri.
Pergerakan ikan memudahkan Burung Bangau mengesan kedudukan ikam dan mudahlah Bangau tangkal ikan untuk dimakan..
Ikan haruan..keli..sepat dan puyu..
Kata nenek ...selalunya kalau tempatbyang banyak ikan..
Bukan takat Burung Bangau..
Orang pun ramai yangvakan ikut belakang traktor untuk tangkap ikan.
Ada yang terror terus tangkap guna tangan jer..
Kalau tempat yang banyak air..serkap digunakan untuk tangkap ikan tu.
Nenek cakap..masa zaman muda..nenek pun selalu ikut belakang traktor untuk tangkap ikan.
Waaa....advanture tul nenek aku..
Nenek ko hado..???
Hahaha...
Pemandangan Burung Bangau di Tengah Sawah itu adalah live dari dalam rumah
Dari pintu dapur...
Snap pic dari dalam rumah jer..
Seronoknya kat sini..
Malasnya nak balik KL....
No comments:
Post a Comment