Monday, 4 December 2017

AYAM MASAK SAMBAL IJO

Ayam Masak Sambal Ijo
Lauk untuk bekal kakak kakak balik kolej semalam...
Kakak suka sangat la Sambal Ijo selain dari T.E.M.P.E.



Sambal Ijo ..
Memang betul2 ijo..
Haaa...ijo tu mak aku cakap perkataan minang yang bermaksud "HIJAU"
Mak aku dah selalu juga masak Sambal Ijo ni
Tapi yang hari ni nyer memang versi BERAPI..
Mak aku cakap sebab guna cili padi hijau..
Selalunya mak aku cakap guna cili hijau yang besar..
Tapi aku lagi suka versi cili padi ni....
Pedas tapi sedappppp....
2x aku ulang makan....



Ayam Masak Sambal Ijo ni...
Feel makan ngam nasi putih panas- panas..
Pastu jangan lak spoil kan dengan kuah sup ke bagai...
Haaaa....dia sedap makan lauk ni SAHAJA...
Haaaa....baru terasa kesambalan keijoan tu..
Haaaa...betul..!!
Siyes cakap....




AYAM MASAK SAMBAL IJO
1/2 ekor ayam- potong & gaul garam kunyit
1/2 cawan minyak
1/2 asam keping yang kecil
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula

Bahan Blend:
1 mangkuk cili padi hijau- patah2kan
1 bawang besar- belah 8
3 bawang putih

1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit.
2. Goreng ayam hingga masak.Tak perlu garing.
3. Dalam minyak yang sama goreng cili padi,bawang besar dan bawang putih. Goreng sekadar layu sahaja.
4. Blend bahan yang digoreng layu tadi bersama 1/2 cawan air..Blend jangan halus..Cukup kasar2 sahaja
5. Panaskan minyak anggaran 1/2 cawan dan tumis bahan blend.
6. Tambah garam dan asam keping.
7. Masukkan ayam goreng dan balik- balikkan
8. Sesuaikan rasa



PESAN MAK AKU:

1.Untuk dapatkan sambal ijo yang warnanya HIJAU...cili MESTI digoreng dalam minyak sebelum diblend.Bawang juga digoreng

2. Jika blend cili yang mentah..bila dimasak warna hijau akan pudar dan x menarik

3.Patahkan cili sebelum goreng supaya cili x meletup

4. Jika mahukan Sambal Ijonyang x terlalu pedas boleh campur cili padi dan cili hijau yang besar.

5. Jika guna cili hijau besar sepenuhnya..sambal ijo tidak pedas.



Begitulah ceritanya...
Ok...bai..!!

No comments:

Post a Comment