Wednesday, 28 August 2019

LAKSA KUAH LEMAK KEDAH SEDAP


Laksa Lemak  Kedah
Mak aku masak untuk bawa bekal hari Isnin
Haaaa...bawa bekal laksa?
Heeee...mak aku jer bawa bekal laksa ni
Aku xnak bawa sebab susah nak makan waktu rehat
Berkuah bagai
Dah la tengah trial axam lagik
Aku nyer...mak aku buatkan  bekal Chicken Slice Sandwich



Tapi balik dari sekolahg
Petang tu memang aku makan Laksa ni la
Aku x minat snagat Laksa-laksa ni
Tapi kalau LAksa Lemak Kedah yang mak aku masak aku masih boleh go
Sebab dia xdelah rasa kelaksaan macam laksa biasa tu
Laksa ni rasa dia unik skit tau
Tapi ni yang penuh ulaman kat atas ni pinggan mak aku la
MAk aku nak makan dalam pinggan
Kata mak aku orang Kedah suka makan laksa dalam pinggan
Mostly kalau makan laksa kat gerai-gerai laksa di Kedah depa akan hidang dalam pinbgan pun
Aku x tahu naper sebab bila tanya mak aku pun mak aku cakap menag sejak dulu
Maybe sebab pinggan lebih lebar dan bila hidang nampak makanan tu banyak  kot
Haaa...kotttttttt


Ni aku nyer
Aku makan dalam mangkuk
Coz aku orang Key El memang akan makan laksa dan maknan berkuah dalm mangkuk
Heeeee satu lagi
Kalau mangkuk aku xdelah banyak sampah sarap tu
hahahaha.....marah mak aku kalau tahu aku panggil ulam-ulam tu sampah sarap
Tapi memang ulam-ulaman tu mengganggu nak makan la
Sebab tu kalau aku makan aku  hanya akan letak ulam timun & telur jerk




Ni yang makan malam plak
Aku just letak telur sahaja
No ulam lagi dah sebab ulam timun dah hbis
Yang tinggal ulam daun apa ntah



Mak aku memang selalu masak Laksa Kuah Lemak Kedah ni
Jarang mak aku masak Laksa Kuah Penang
Kata mak aku,sebab mak aku memang x pandai masak kuah versi Penang
Mak aku kata ....masa kanak-kanak dulu kalau nenek masak laksa pun nenek akan buat 2 kuah
1 Kuah Penang untuk makan ramai
1 lagi nenek akan masak sikit Kuah Lemak Kedah sebab mak aku kata dulu-dulu mak aku langsung xmakan Kuah Penang
Mmmmmm....patut la tak tau masak kuah laksa penang
Hahahaha



Laksa KUah Lemak Kedah ni pun dah agak lama juga mak aku x masak
Ni mak aku masak kuah sejak hari Ahad Malam
Pagi Isnin mak aku kata just rebus laksa & sedikan ulaman
KAta mak aku sebab ada kawan  mak aku yang craving Laksa Kuah Lemak Kedah ni
Yang craving tu mak aku kata kawan dari Trengganu
Haaaa......

Ni resipi just c&p dari old post jer..Sebab mak aku cakap sama jer
Cuma yang kali ni mak aku kata digandakan sebab nak bawa untuk kawan yang craving Laks Kuah Lemak Kedah tu + nak makan kat rumah..

LAKSA KUAH LEMAK UTARA..mak aku..
1 paket Laksa-
 rendam & rebus hingga lembut & toskan - tapi mak aku buat 1/2 paket je sebab x ramai kan.....

Kuah Lemak Utara:
1/2 kg ikan selayang
1 bungkus (2 sudu besar) rempah kari ikan
1 biji kelapa parut- perah santan pekat agak-agak 3 cawan..x perlu banyak sangat sebab nanti akan guna banyak air masa blend ikan
5 asam keping
garam & sikit je gula
daun kesum /bunga kantan pun boleh
sikit minyak untuk tumis
5 bawang kecil-hiris
2 bawang putih-cincang

Ulaman:
1 ikat daun selom- 
1 timun - potong bentuk batang mancis
1 Bawang besar-belah 2 & hiris nipis
cili padi- jika suka potong2
Limau nipis- belah2 & buang tengahnya
1 ikat daun pudina -lupa beli
1 potong nanas-dicincang

1.  Ikan yang dah direbus diambil isinya & blend bersama air secukupnya.Ketepikan.
2. Blend kepala & tulang2 ikan hingga halus & tapis untuk ambil airnya...Ulang tambah air & tapis sisa tulang.
3.Panaskan anggaran 1/2 cawan minyak & tumis bawang kecil & bawang putih hingga garing
4.Masukkan rempah kari yang dah dibancuh  dengan 1 cawan air.Biar hingga garing & naik minyak
5.Masukkan isi ikan yang dah blend & air tapisan tulang-tulang ikan.
6. Tambah garam,asam keping ,bunga kantan & biar hingga mendidih beberapa minit.
7.Tambah santan pekat & daun kesum & biar mendidih sekejap sebelum ditutup api...

8. Bila sentiasa dipanaskan kuah akan semakin pekat..Boleh saja tambah air untuk sesuaikan pekatnya.



This is Kuah Lemak Kedah
Dari malam mak aku masak
Kata mak aku kalau nak masak pagi halamatnya mersh la punch card
Hahahaha
Lagi pul mak aku kata kuah laksa elok dimasak awal-awal sebelum dimakan supaya rasa lebih sedap
Makanya dari malam bau kuah laksa
Pagi pun bau kuah laksa dipanaskan
Isnin malam pun bau kuah laksa lagi sebab makan laksa ni untuk dinner



Laksa siap direbus,dibasuh dan ditoskan
Mak aku cakap ni laksa siam sebab lebih halus
Kalau laksa biasa lebih besar



Ulam-ulaman



Laksa Kuah Lemak Kedah
Mak aku cakap kalau kat Kedah... Laksam Kedah kuahnya macam Laksa Kuah Lemak Kedah la..
Jang terkejut lak kalau tengok kuah x sama macam Laksam Kelantan
Bila belek old post..
Hmm.... Ada jer

MACAM-MACAM PASAL LAKSA... kat sini

Tapi banyak-banyak laksa aku lum pernah lagi tengok mak aku masak Laksa Johor..
Mak aku cakap Laksa Johor leceh nak masak
Tapi Achik pernah cakap dulu mak aku ada masak Laksa Johor yang sedap...


4 comments:

  1. Ada sikit macam Laksa Johor tapi Laksa Johor makan dgn spaghetti dan ada sambal belacan, kecurlah pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau balik Kedah jangan lupa try Laksa Lemak Kedah tau...

      Delete
  2. Laksa Penang sedap..Dan simple..
    Tapi kuah laksa APA pun sedap cicah roti..atau makan dgn nasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa... Kat Kebun Nira Nipah Sedaka.. Kiter pernah tengok Meehoon Goreng makan ngan Kuah Laksa

      Delete