Friday, 23 August 2019

ROTI PARATHA BUKAN ROTI CANAI

Roti Paratha...
Bukan roti Canai
Haaaa...nampak saa tapi x serupa tau
Sebab mak aku kata Roti Parataha ni lebih ori
Manakala Roti canai adalah roti yang dah mengalami pembaharuan
Haaaa....kellllasss mak kau nyer info
Actually aku dah pernah dapat info masa Lawatan Sambil Belajar ke Kilang Roti Gardenia kat Shah Alam
Kalau tak silap info yang aku dengar tu rori berasal dari Mesir
Asalnya roti dibuat dengan bancuhan tepung  dan dibakar
Tetapi ada ketikanya aduan tepung tidak habis dibakar
adunan tepung yang terbiar itu apabila dilihat keseokan harinya didapati baubau agak masam tetapi bila dibakar menjadi lebih lembut dan sedap
Haaa.... itu jer yang aku ingat
Lain-lain info kena cari sendiri
Hihihi...
About Roti Paratha ni
Selama ni aku ingt Roti Canai & Roti Paratha mender yang sama
Rupa-rupanya lain la..

Ni la Roti Paratha by mak aku
Ada juga rupa Roti Canai
Tapi xdelah berlapisglais macam roti canai
Coz mak aku kata Roti Paratha ini tidaklah ditebar seperti Roti Canai
Just dileperkan seperti capati sahaja
Lagi satu perbezaaannya mak aku cakap kalau Roti Paratha diuli guna yis nak kasi lembut
Roti Canai plak tak guna yis tapi lepas diuli dan dibulatkan kena rendam dalam minyak & kena tebar..
Dah pernah tengok
HOMEMADE ROTI CANAI...by mak aku kat sini...
Ni Roti Paratha ni mak aku masak untuk dinner hari Sabtu



Makan ngan Rendang Frozen yang mak aku masak untuk tinggalkan kat abnag masa nak balik Raya Haji


Makan panas-panas
Huh...
Habis sampai x tinggalkan untuk abang
Tapi mak aku kata ada lagi dough untuk masak kat abang
Tapi lepas makan jer a ang call cakap ada kat Pasar Malam tengah beli makanan
Mmmm.... Kalau masak juga roti paratha untuk abang nnti abang akan makan double tripple..
Sebab abang dah beli makanan
So.. Nak elakkan abang terlebih makan..
Mak aku cakap cuci semua bekas makan roti paratha ni
Jangan sampi abang nampak ada kesan
Supaya abang x kecik hati
Hahahaa...
Mak aku selalu pesan ada kitorang semua
Kalau beli makanan  bawa balik rumah, sila pastikan semua dapat makan
Kalau nak makan sorang-sorang... Sila pastikan JANGAN tinggalkan sebarang kesan yang boleh dilihat  orang lain
Haaaaaa.. ni aku selalu buat.
Kadang beli chicken wing..
Beli 2 jer nak makan sambil tengok TV..
Lepas makan segala tulang kena bungkus dan renyuk dalam surat khabar baru buang dalam bakul sampah...
Takde sapa tahu
Hihihihi....

Roti Paratha panas-panas vs Rendang frozen
Minum Teh O Panas...
Huh.... Berpeluh

ROTI PARATHA.... by mak aku
3 cawan tepung gandum
1 sudu marjerin/ butter/ minyak – untuk dough
1 sudu teh yis mauripan
1 cawan air suam
2 sudu susu pekat
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu marjerin/ butter- untuk glis

1. Campur tepung,garam,dan yis mauripan serta gaul rata
2. Tambah marjerin dalam tepung tadi dan gaul ramas hingga jadi berbiji halus
3. Bancuh susu pekat dengan 1 cawan air suam
4. Guna susu suam tadi untuk uli tepung hingga dapat dough seperti dough roti
5. Biar dough mengembang lebih kurang 15 minit
6. Bahagikan kepada 10-12 ketul. Bulatkan doh dan biarkan lagi selama 15-20  minit
7. Gelekkan setiap bagaian doungh  tadi hingga agak nipis anggaran ½ cm
8. Panaskan kuali dan sapu sedikit sahaja marjerin supaya tidak melekat
9. Bila sudah panas,letakkan sekeping adunan tadi dan tutup kuali
10. Bila nampak roti semakin naik dan bawahnya nampak garing,balikkan sbelah lagi dan masak kedua-dua belah roti hingga bewarna keemasan,
11. Sapu marjerin pada kedua-dua belah permukaan roti dan  hidangkan panas-panas bersama kuah pilihan dan minuman panas.. 

Tepung & marjerin

Yis...
Mak aku cakap boleh terus masuk dalm tepung jer
Tapi yang ni mak aku kata kena bancuh ngan air & sikit gula dulu sebab yis ni dah lama.. takut  yis ni dah mati..
Kalau lepas 15 minit bancuh xde tanda2 berbuih makan silalah BUANG sebab confirm yis tu dah mati
Kalau dicampur dalam tepung pun xkan ada effect untuk tepung nak mengembang
So.. Sila  beli yang baru..
Kang xpasal-pasal tepung yanv x berdosa plak  disalahkan
Haaaa.... tu kata mak aku
Aku lum pernah try
Aku malas kalau mender leceh macam ni
Kalau nak buat cake ok..
Aku suka
Sebab lepas mix... Masuk loyang or paper cup..
Bake...
Done...!
Haaa... kalau mender leceh macam roti paratha ni.....
Mmmmmm.....tak kot...!
Hehehehehe...


Kena uli sampai naik muscle oooo


Bahagiakan bulat-bulat

Selepas dibiarkan berehat 15 minit


Tabur tepung supaya x melekat


Gelek supaya leper

Buat sampai habis


Panaskan kuali tanpa minyak
Letakkan roti yang dah dileperkan

Bila nampak ada gelembong

Terbalikkan
Haaa...... Part ni aku yang tolong mak aku


Pastu dah masak..
Masa panas-panas sapukan marjerin
Ni kakak tengah sapu marjerin
Masa  ni aku dah malas nak joint
Aku siapkan meja
Haaa... bukan aku buat meja
Aku just bentang surat khabar atas meja
Senang... Lepas makan semua sisa tuang atas surat khabar tu
Renyuk2... buang dalam bakul sampah


Roti Paratha
Sedap & aku rasa lagi healty dari Roti Canai kot..?

6 comments:

  1. Oh, selama ni aunty fikir roti paratha & roti canai sama. Aunty pun ada entry pasal roti canai dan gelaran2nya.. Rupanya tak sama langsung ya..??? Kena buat kajian ni, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiter pun sama
      Hihihi... Sebab masa beli roti canai frozen tu tulis roti paratha
      Tapi dah mak kiter cakap x sama..
      Kena la percaya
      Hahahahaha

      Delete
  2. Jiran Saudi cakap plan murtabak datang Dari wilayah Hijaz.
    Entahla..kat negara meka chef Suma Dari India.suma menu kat India Dan Pakistan Ada..so ..roti paratha Pon DIA buat Gak.
    Lupa nak Tanya APA Nama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau camtu.. Logik la roti asal dar sana.
      Arab ngan India sama taste ker?
      Patutlah orang Arab suka makan kambing macam india gak.. Nenek kita pernah citer masa nenek puasa diMekah setiap petang dapat roti sebesar kuali. Hahaha jenuh nak makan

      Delete
  3. Nasi briyani banyak pengaruh parsi. Lepas Tu parsi YG bukan convert to Islam Masih amalkan Zoroastrian lari ke seberang laut ke India etc
    Zaman akhbar khan etc.. Some pergi ke benua afrika. Kendian Sana sini.
    Kdian org pedagang Dari India Dan Arab bawa jualan Segar Dan beras ke wilayah Arab Yang berpadang pasir.
    Beras ayam ternak kambing.. sayuran herbs rempah ratus.
    Maka turut dibawa seberang laut adalah culture mereka.
    Dizaman modern bila wilayah dipecahkan selepas perang dunia.. kerana kolonial British Danperanchis Dan German itali.... Sultanate Di bentuk. Bila minyak Di jumpai baru seperti msia..Dan Indonesia... Cheap labour Dari India Sri Lanka Pakistan etc datang bekerja.. Dan bermastautin.
    Kenangkan pekerja dirumah rumah Dari benua tu. So tukang masak kebanyakan lelaki. Cara memasak rempah ratus. ...Kari semua adunan Dari pengaruh India. Dan pakistan.

    Roti roti semua.
    Tapi ingat kisah Ibu YG tiada makanan nak beri anak anak makan ..DIA rebus Batu.. sampai saidina Umar Al khattab Ra. Beri gandum?
    So main food mereka remains roti ..gandum ..tepung gandum dibuat bubur etc..

    See masa dulu mereka makan gandum dtg Dari semenanjung wilayah Arab YG subur.to named a few.
    Dulu dulu mereka makan gandum..roti roti..YG berasaskan gandum.buah YG Ada kurma Aja.
    Sblm jumpa minyak... Mereka punya menuss roti gandum.. buah kurma Aja .. takde anggur etc.peti sis Pon takde ...
    .bila dah modern baru lah banyak makanan datang Dari Sudan.. mesir etc..India etc.

    So yeah roti memang makanan ruji mereka satu ketika dulu...

    This explanation not fully complete and all cuma setakat secara ringkas.maka ketepatan data adalah kurang...
    .yea.. my kawan dietician cakap cara makan mereka sekarang memang resipi utk diabetic. Lebih karbo Dari protein ..

    Kawan laki Bini under 40s, dia matron laki kena hypertension.their daily protein staple consists of lamb /mutton. Tu YG paling murah.

    Lamb adalah source of cheap protein... Mass produced, injected with hormones etc... Kendian these people makan as their cheap source of protein, anak lelaki mengalami kesan sampingan..mereka baru umur 7,8 tahun dah bertubuh seperti dewasa etc..

    Anyway jauh Dari topic.

    Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huh...banyaknya info.dah macam. Cikgu Sejarah la. Macam pakar pemakanan pun ada.. Mesti sis nor ni rajin membaca.. Tbanks for info

      Delete