Sambal Teluir Sardin Lenyek
Haaa.....mak aku yang cakap namanya Sambal Telur Sardin Lenyek
Naper namanya camtu?
Mak aku kata sebab memang Sambal Telur
Tapi Sambanya adalah Sambal Sardin Lenyek
Camaner tew?
Camni la...
Mak aku cakap sebab selalunya kalau masak Sambal Sardin memang sambal jer akna licin
Tapi selalunya ikan sardin tu tergoleks dogs
Biasanya sardin tu akan berakhir denga Nasi Goreng Sardin
Now...mak aku cakap mak aku try new idea iaitu hancurkan sardin sebagai sambal & add telur rebus
Jadi la Sambal Telur Sardin Lenyek
Hasilnya memang menjadi kerana semua licin
Telur licin.sardin pun licin
Hahaha....sebab sedap
SAMBAL TELUR SARDIN LENYEK
10 biji telur- rebs keras
1 tin kecil sardin mekerel cap ayam
10 cili padi hijau
2 asam keping
1 sudu garam
1 sudu gula melaka
1/4 cawan minyak
Bahan Blend
30 cili kering
1 bawang holland
3 bawang putih
1. Bersihkan dan rebus semau bahan untuk blend.Rebus cili kering bersama semau bawang.Bila sejuk blendkan hingga halus
2. Telur direbus masak dan kupas kulit.
3. Panaskan minyak dan goreng telur rebus supaya bahagian luar telur mejadi berkulit.
4. Ketepikan telur dan tumiskan bahan blend dalam minyak tadi. MAsukkan asam,garam dan gula melaka & masak hingga naik minyak
5. Masukkan sardin bersama kuahnya dan lenyek-lenyekkan sardin kasar-kasar biar bergail dengan sambal.
6. Masukkan pula telur rebus yang sudah digoreng dan cili padi hijai yang dipatahkan
7. Sesuaikan rasa
3 biji Sambal Telur Sardin Lenyek ni mak aku yang bawa bekal
Aku bawa bekal lain
Mak aku cakap makan bersama kawan-kawan semua pun cakap sedap
Mmmmm...meang sedap la....
Sambal sardin memang kegemaran aunty, masa nak makan tu memang lenyek jugaklah tapi tak pernah lenyek masa masak. Tengok gambar pun dah tau sedap ni
ReplyDeleteSambal saedin memang alltime favourite kan....
DeleteHeee...pasni memang xde nasi goreng sardin.. Hahaha