Sunday, 11 August 2019

BALLIK KAMPUNG RAYA HAJI


Jumaat pagi dah gerak balik kampung
Jumaat semua orang kerja lagi
Sekolah pun belum cuti
Minggu depan baru start cuti sekolah
Tapi mak aku cakap kitorang akan bertolak balik hari Jumaat
Mak aku amik cuti hari Jumaat..
Patutlah hari Khamis mak aku dah siap masakRENDANG DAGING FROZEN... kat sini....
Rupanya sebab hati Jumaat dah nak gerak balik kampung

Jalan clear ja pagi Jumaat
Singgah Tapah mak aku nak minum kopi panas sebab mak aku kata mengantuk


Hujan lebat....
Singgah plak RTC singgah Mydin
Mak aku kata nak beli barang kering untuk bawa balik kampung
1 lagi nak beli pastri kat Harold Bread
Heeee.... Tapi mak aku dah pesan boleh amik sorang 1 jer
Huhuhu.. aku amik Almond Stick


Jalan clear jer dari Duta ke Ipoh
Cuma kat Terowong Menora jem sebab ada accident
Dulu-dulu kalau balik Kedah biasanya 4 @ 5 jam sahaja
Sekarang bertolak pukul 7 pagi..
Pukul 2 petang baru sampai walaupun jalan x jem
Mak aku cakap sebab dulu mak aku masih mid
Now dah berumur
Aku nak tolong drive mak aku x kasi kalau kat hi way ssbab aku lum ada lesen..
Hahahah.... Nanti aku dah ada lesen mesti boleh pendekkan masa balik kampung


Sampai rumah baru nenek dah siap nak gerak balik kampung
Nenek kata nak balik amik daun palas & cempedak
Nenek suruh makan..
Nenek kata nenek dah siap masak.

Waaaa...... Kari Ikan by nenek memang power..!
Kari Ikan Tuna..
Sedappppp
Sebab nenek campur jeruk rebung
Jeruk Rebung is my fav..
Huh makan x hengat..!!


 Ikan goreng pun kalau nenek yang masak memang sedap giler


 Ulam petai
Haaaa... Ni fav mak aku petai mentah


 Jeruk Petaiiiiiii
Nenek kata nenek dah siapkn 1 balang jeruk petai untuk aku
Pergh...!!!!
Makan x pandang kiri kanan dah


 Cabai Tumbuk by nenek
Berdesup pedas tapi sedapppppp

 Huh... Jeruk Maman
Nenek kat nenek buat sendiri
Ada 1 balang besar
Aummmmm

 Petang ronda pekan Pendang jap sementara nak gi umah achik
Meriah peniaga sedang didikan  khemah untuk Bazar Raya Haji
Kat Kedah memang meriah walaupun just raya Haji
Siap ada Bazar Raya Haji
Jual pakaian.. Kuih muih dan kelangkapan raya
Tapi banyak kuih tradksionl ngan pelbagai jenis kerepek la
Mak aku beli Kuih Goyang... Kuih Tiram.. Maruku.. Kerepak Gunting... Cakar Ayam dan Kerepek Mee..
Nenek dah beli Baulu Panas


Tepi jalan pun banyak jer khemah jual pakaian dan kuih muih kering...
Ops.... Tengah ronda Achik dah call..
Ok... To Be Continue


No comments:

Post a Comment