Thursday, 29 August 2019

KERABU PERUT SANTAN KERISIK

Kerabu Perut Santan Kerisik
By mak aku
Coz maknan exotic macam ni memang fav mak aku
Aku memang x laaaaaaa
hahahaha
Perut lembu kot
Heeee...kalau daging lembu aku suka la
Tapi mak aku semua about lembu yang boleh makan mak aku meang makan
Lidah lembu
Kaki lembu
hati,paru,limpa,jantung
event kulit lembu
Agaknya kalau tanduk lembu boleh makan pun mak aku akan makan kot
kikikiki
Hmmmm....mak aku cakap kerabu perut lembu ni sedap
Haaaa....no comment
Sebab aku x makan


Ni ni mak aku kata Kerabu perut versi santan dan kerisik macam nenek selalu buat dolu-dolu
Kata amak aku ada yang versi simple just gaul dengan cili bawang,garam & air limau nipis sahaja
Kata mak aku tu versi sihat..
Haaaa...makan organ binatang sihat ke..?
Hihihihi
Ni mak aku cakap versi heavy macam nenek selalu buat kerabu

KERABU PERUT SANTAN KERISIK
1/2 kg perut lembu - siap bersih dan rebus lembut serta hiris
1/2 bawang besar -hiris
1 tomato masak- hiris
1 biji limau nipis
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan santan pekat
2 sudu kerisik
1 sudu makan beras- digoreng tanpa minyak & tumbuk jadi serbuk

Bahan Tumbuk
10 cili padi
1 cili merah
1 sudu teh belacan

1. Campurkan bahan tumbuk dengan santan, kerisik, bawang hiris, garam dan gula.
2. Masukkan perut, tomato dan gaul rata.
3. Perah limau, dan sesuaikan rasa
4. Akhir sekali raburkan serbuk beras goreng dan gaul rata.. Siap


2 comments: