Kek Sarang Semut..
Kek Sarang Semut Berlubang-lubang
Memang macam sarang semut la
Aku pernah tengok sarang semut masa kat kampung nenek
Kek Sarang Semut Berubang-lubang
Mak aku yang masak
Aku mana reti masak Kek Peliks macam ni
Kalau Butter Cake & Cupcake aku tahu la masak
Actually dah berminggu-minggu dah aku aku plan nak baut Butter Cake
Bahan semua dah ada
Tapi kemalasan la plak
Sebab malas nak kemas semula
Sebabnya dalam oven tu penuh mak aku simpan tray & bahan bakery sebab dapur rumah aku bukan luas pun
Tu yang malas nak kena kuarkan & lepas baking nak kena masukkan semula
Bila cakap kat mak aku
Minggu lepas mak aku dah kemaskan semua barang dalam oven tu
Mak aku dah susun dalam tong container khas
Semua barang & bahan bakery dah letak dalam 1 tong
Bahan yang dah expired semua dah buang.
Banyak juga yang dah expired
Oats...Self Raising Flour...Nestum....Ghee
Mmmmm......now oven dah kosong
Tapi mood aku plak yang belum mari
Hahaha....selera nak makan tapi kalau nak baking aku kena buat dengan jiwa yang tenang
Now..jiwa lum tenang ....baru half trial
Tunggu habis semua subject teras dulu
Pasni tinggal elective leh ar penuhi selera tekak nak makan Plain Butter Cake
Itu pun kalau rajin la
hahahaha
Kek Sarang Semut Berlubang-lubang
Mak aku masak weekend baru ni
Masa kemas oven tu la
Samnil mak aku pilih barang nak asingkan tu
mak aku kata nak buat cake
Ingatkan Butter Cake
Berbunga la hatiku
Rupanya Kek ni
Mmmmmm.....not my taste la
Aku x suka kek ni sebab rupa dia yang berlubang-lubang tu jer dah buat aku rasa semacam..
Mak aku jer suka sangat kek ni
Dulu-dulu mak aku selalu masak kek ni
Tapi dulu-dulu rasanya xde lubang macam ni
tapi ada macam garisan-garian panjang tu
Kalau tak siap aku namanya BUKAN la Kek Sarang semut
tapi aku dah x ingat nama apa kek tu
Bila tanya mak aku
Maka ku cakap memang kek yang sama jer
Dulu mak aku pamnggil Kek Sarang Lebah..!
Yezzzz....Sarang Lebah
Mak aku cakap sama jer
Cuma cara potong tu yang buatkan berbeza
Kalau potong membujur mak aku kata jadi coraknya memanjang & jadi la kek sarang lebah
Kalau potong melintang jadi lubang-lubang macam ni dah tukar nama jadi sarang semut
Oooo...like that....
Mak aku kata sedap
Tapi aku x berminat
Aku lagi feel Butter Cake
Kalau dapat Bengkang pun sedap
Aduhhhh...craving Bengkan Tepung Beras macam nenek pernah buat kat kampung
Bukan Bengkang Ubi kAyu tu
Aku tak suak Bengkang ubi KAyu
Aku hanya suka Bengkang Tepung Beras
Yang warna putih bersih
Harum bakar dengan sabut tu
Lemak & manis yang sangat sedap
Aku start kenal kuih bengkang ni masa tengok animasi "Kampung Boy"
Masa tu Upin & Ipin xde lagi
Ada 1 siri tu meang ada scenes yang mak dia masuk pertandingan masak tu mak dia masak Kuih Bengkang guna sabut untuk bakar
Pergh...aku leh craving nak makan Bengkang tu
Minta mak aku buatkan
Mak aku dah terbuat Bengkang Ubi
Mmmm...frust la aku
Aku pernah citer about that dalam BENGKANG UBI : LAIN AKU NAK,LAIN MAK AKU BUAT....kat sini
Tapi dapat juga la aku makan beberapa kali bila mak aku buatkan
Tapi guna oven jer la
Balik kampung dapat juga la makan yang aku nak bila nenek buatkan Bengkang Tepung Beras ttu bakar guna dapur kayu & sabut
Huh...now, aku masih teringin nak makan lagi Bengkang Tepung Beras tu
Tapi......mak aku cakap leceh nak buat
Huhuhuhu
Mak aku masak Kek ni pun hanya mak aku yang suka
Abang..kakak & aku memang x minat
Agaknya sebab tu mak aku masak Kek Sarang Semut Berlubang-lubang ni denga Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang untuk weekend breakfast
Sebab mak aku leh ar makan kek tu
Aku ..abanng ngan kakak makan Nasi Lemak
Masa mak aku masuk dlam oven tu
Nampka pintu oven terbuka sikit
Ingatkan mak aku x perasan tutup tak rapat
Rupanya mak aku cakap itu tips s membakar kek ni memang kena buka skit pintu oven
Supaya kek ni cantik berlubang
Laaa......sib baik la aku x tutp pintu oven tu
Kalau tidakkkkkk...
haaaaaa......x tahu lah aku
KAsihan kek ni
Hanya mak aku yang makan
Sorry la kek sarang semut
Coz aku tidak tertarik ..
hihihihihi
KEK SARANG SEMUT
Sirap Gula Hangus:
1 cawan gula putih
1 cawan air panas
Bahan Lain:
4 biji telur ayam
1/2 cawan susu
1/2 cawan butter?marjerin
1 cawan tepung gandum + 1 susu teh penuh soda bicarbonat ( ayak bersama)
1 sudu th esen vanila
- masukkan gula dalam kuali dan pasang api kecil.
- bila gula lebur..tuangkan air panas yang baru mendidih hingga semua gula larut
Hati-hati kerana campuran akan merual wap panas..
JANGAN masuk air sejuk sebab nanti suhu gula panas akan turun mendadak menyebabkan gula berketul.
- Biarkan air gula hangus kekal atas api kecil dan masukkan butter.Biar air gula hangus panas semasa dimasukkan ke dalam adunan nanti
1.Kacau telur dan susu hingga rata
2. Masukkan tepung sikit-demi sikit sambil digaul rata
3. Tuangkan air gula hangus yang masih panas sambil dikacau cepat-cepat.
4. Sapu loyang dengan sikit butter dan tuangkan adunan
5. Biarkan adunan berehat 1/2 jam
6. Masukkan dalam oven yang sudah dipanaskan suhu 160
7. Guna api bawah sahaja dan biarkan pintu oven sedikit terbuka
8. Selepas 45 ninit,tutup rapat pintu oven dan pasang api atas dan bawah.
9. Tambah masa membakar api atas bawah selama 15 minit
10. Biar sejuk sebelum di potong
Tips mendapat "lubang sarang semut"
* Air gula hangus mesti dimasukkan panas-panas
** Bakar api bawah 1 sahaja..setelah masak baru guna api atas & bawah sekadar untuk mengering dan garingkan permukaannya
***Renggangkan sikit pintu oven 20 mint pertama bake.. Lepas tu baru tutup penuh
Tips mendapat "lubang sarang semut"
* Air gula hangus mesti dimasukkan panas-panas
** Bakar api bawah 1 sahaja..setelah masak baru guna api atas & bawah sekadar untuk mengering dan garingkan permukaannya
***Renggangkan sikit pintu oven 20 mint pertama bake.. Lepas tu baru tutup penuh
samalah kita .. kita pun tak makan kek ni. entahla tak sesuai dengan tekak.
ReplyDeleteHahaha.. Kiter gang
DeleteKiter x suka sebab x rasa kek
Seroknya sis gi Padang
https://www.consumerreports.org/food-safety/how-to-tell-whether-expired-food-is-safe-to-eat/
ReplyDeleteKek ni sedap
ReplyDeleteKalau guna air sejukbila buat gula perang apa akan jadi
ReplyDeleteMak kiter cakap kalau guna ait sejuk. Gula akan berketul sebab gula yg tersangat panas bila dicurah ait sejuk,ia akan mengeras kerana suhu turun mengejut
DeleteKalau masuk air panas suhu dia stabil..
Haaaa hari ni kita belajar Sains..
Hahahaha
Jadi x kalau buat gula perang guna air sejuk
ReplyDeleteHihihi...
DeleteYang ni belum tanya mak.
Tapi kalau baca penerangan di atas tu. Gula tu dah keras x tahulah jadi ke tak. Boleh try d error. Kalau jadi bgtahu✌️
Masuk panas2 rupenya utk nk dptkan lubang semut tu..knpa respi yg kita buat x ckp mcm tu..tu yg kek kita dah mcm kueh bengkang..nk try cara ni la plk
ReplyDeletetq sis..
Salam..
DeleteMak kiter cakap maybe cara memasak setiap orang x sama. Mak kata tips dari Indon.
Tips membakar juga mulanya dibakar api bawah sahaja & pintu oven x tutup rapat. Tapi lepas tu tutup rapat. Itu juga tips dari indon bila mereka masak kuih bika ambon yang jadi lubang-lubang cantik.
Apapun selamat mencuba & semoga menjadi. Jika menjadi الحمدالله..
Jika tidak, jangan putus asa.